Mengapa DAP Beriya-Iya Mahu Menakluk Johor??

Tinggalkan komen

Mengapa DAP Beriya-Iya Mahu Menakluk Johor??

eXception hampir dapat merungkai, mengapa Pakatan Rakyat terutama sekali DAP beriya-iya mahu menakluk Johor dalam PRU 13 nanti.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Johor dahulunya adalah antara negeri yang mempunyai banyak sarang komunis. Akan tetapi kekejaman pengganas komunis ini berjaya dipatahkan oleh Tentera Selempang Merah di bawah pimpinan Kiyai Haji Salleh…

Tentera Selempang Merah ini dikatakan telah menggempur habis-habisan pengganas komunis ini dengan hanya bersenjatakan sebilah parang panjang sebelum Tentera Bristish kembali semula ke Malaya.

Malah semasa peristiwa 13 Mei 1969 juga, pasukan Tentera Selempang Merah ini juga turun ke Kuala Lumpur dari Johor untuk membantu orang melayu, akan tetapi mereka telah dihalang oleh pihak Polis sebelum sempat membantu.

Atas jasa beliau dalam membenteras pengganas komunis, Kiyai Haji Salleh telah dianugerahkan dengan darjah kebesaran oleh Almarhum Sultan Johor ketika itu.

Kemungkinan inilah puncanya mengapa DAP melalui Pakatan Rakyat beriya-iya mahukan Johor. Pada hemat eXception DAP melalui Pakatan Rakyat mahu membersihkan Johor dari saki-baki Tentera Selempang Merah di Johor. Ini kerana jika pergerakan ini kembali hidup dan aktif, ianya akan merencatkan agenda DAP menjajah Malaysia. Malah agenda DAP melalui Pakatan Rakyat selalu memburuk-burukkan Sultan Johor juga adalah atas sebab kerana Sultan Johor telah mengiktiraf Tentera Selempang Merah. Ini menyebabkan DAP cukup membenci Sultan Johor dan keturunannya…

Sesungguhnya agenda terancang komunis dalam DAP masih belum pudar. Cuma kita rakyat Malaysia yang mudah terlupa… Malah ramai anak muda yang lalai dan enggan belajar dari sejarah… Kita perlu ingat Pelanduk mudah melupakan jerat… Tetapi jerat mana mungkin boleh melupakan pelanduk… Jangan kita sangka agenda komunis merupakan satu omongan kosong kerajaan Barisan Nasional… Selagi ada DAP, selagi itu agenda komunis tak pernah padam.

Sumber:


Tentera Selempang Merah

Chin Peng , Kiyai Salleh Dan Selempang Merah

KIYAI SALLEH PANGLIMA SELEMPANG MERAH

KIAYI PANGLIMA SALLEH – TENTERA SELEMPANG MERAH

Advertisements

RAFOC Kejap Sokong Mat Sabu… Kejap Kecam Mat Sabu… Apa Kes??

Tinggalkan komen

Mat Sabu Kantoi Muhung… RAFOC Kecam Mat Sabu…

Siapa tak kenal Mat Sabu… Dia lah manusia pertama di muka bumi ini yang menggelarkan Anwar sebagai Al-Juburi… Kaki putar belit nombor wahid, serupa je la dengan Anwar… Jika dulu Mat Sabu kutuk Anwar… Sekarang Mat Sabu sanggup minum air basuh kaki Anwar jika Anwar suruh…

Baru-baru ni, Mat Sabu buat satu kenyataan yang memerangkap dirinya sendiri…

“Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita,”

Malah Mat Sabu berkata lagi…

“Kebelakangan ini ramai bekas jeneral-jeneral cuba cari saya, mereka beritahu saya mengenai Kelab Pegawai-Pegawai Tentera Bersara (RAFOC) telah memutuskan bersetuju dengan kenyataan saya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Bagaimanapun, kenyataan Mat Sabu itu terkantoi apabila Presiden RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth mengecam kenyataan Mat Sabu yang cuba mengaitkan RAFOC menyokong perjuangan komunis seperti mana Mat Sabu menyokong perjuangan komunis dan mengangkat komunis sebagai pejuang…

“RAFOC tak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Mat Sabu. Bagi kita mana-mana pihak yang berkomplot dengan komunis pada ketika itu adalah musuh negara. Orang politik (Mat Sabu) boleh kata apa saja tetapi RAFOC tidak sokong kenyataannya.”

Nota: Kepada anggota Polis, masih mahukah anda mengundi PR, sedangkan anda digelar sebagai ANJING KERAJAAN oleh penyokong PR… Malah mereka juga amat bencikan Polis… Jika anda mengundi PR pada PRU13 nanti, diibarat anda melumur taik ke muka sendiri… Kerana menyokong manusia yang mengeji anda…

Sumber: Mat Sabu: Pakatan akan calon pegawai tentera, polis

Lawak Bulan Ini: Anjing PR Dakwa FELDA Ditubuhkan Oleh British?

5 Komen

Lawak Bulan Ini: Anjing PR Dakwa Felda Ditubuhkan Oleh British?

Ha ha ha ha ha ha!! Aduiyai!! Geli buku lali eXception bila membaca artikel yang disiarkan oleh anjing PR yang bernama Tamizi Mohd Jam… Jam apa?? Jamban ke?? Ke Jantan Jambu?? Ha ha ha ha ha ha!! Dah lak tu, sekor lagi anjing PR bernama Tulang Anjing… Eh silap… Tulang Besi… Pakat iyakan sahaja dakwaan si Tarmizi… Entah kitab mana la dia selak… Mungkin kitab Jinggay kot?? Ha ha ha ha ha…

Jom kita selak apa dakwaan Tamizi ni??

Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina, lapor Dzulkarnain Taib dari Suara Keadilan.

Oh… Si Tarmizi ni hanya rujuk laporan dari Suara Keldaian… Eh silap… Suara Keadilan… Ha ha ha ha ha!! Sebut Suara Keadilan… Teringat lak penipuan yang dilakukan oleh Suara Keldaian…. Eh silap lagi… Suara Keadilan laa… Kalo tak silap eXception laa… Cuba baca artikel eXception pernah siarkan dulu: Tegakkan Keadilan Untuk Allahyarham Mohd Salleh Hamdan. Wow!! Betapa putar belitnya Suara Keldaian ini… Malah Suara Keldaian juga pernah memfitnah MB Perak kononnya ditahan di San Fransisco… MB Perak saman Suara Keadilan RM100 Juta?? Wow!!

Kalau korang kenal dengan keldai… Suara keldai memang sumbang-mambang… Kalau masuk Akademi Fantasia pun, belum tentu boleh lepas masuk… Apa lagi dengan Suara Keldaian…. Eh… Silap… Suara Keadilan… Yang sentiasa bernada sumbang dan berat sebelah laporannya…

Di sini eXception jelaskan bahawa Felda ditubuhkan pada tahun 1956 dan peluang menjadi peneroka Felda adalah dibuka kepada Bumiputera sahaja. Tahun 1955 kabinet Persekutuan Tanah Melayu telahpun dibentuk…

The Federal Land Development Authority (more commonly referred to as FELDA) is a Malaysian government agency handling the resettlement of rural poor into newly developed areas. It focuses on opening smallholder farms growing cash crops. FELDA’s schemes are generally open only to ethnic Malays, who form a majority of the Malaysian population.

FELDA was formed on July 1, 1956 when the Land Development Act came into force. Its initial capital was M$10 million, and the first FELDA settlement, comprising 2946.88ha of land and focused on rubber, was opened at [[Lurat Bilut[3][4]]] the following year. In 1958, five similar schemes were opened.

In the 1960s and 1970s, government policy began to emphasise crop diversification, in an effort to avoid being affected if the world price of rubber were to drop precipitously. In 1961, FELDA’s first oil palm settlement opened, with 3.75 square kilometres (1.45 sq mi) of land. As of 2000, 6,855.2 square kilometres (2,646.8 sq mi) (approximately 76%) of the land under FELDA’s programs are devoted to oil palms.

FELDA focuses mainly on West Malaysia (Peninsular Malaysia); other government agencies are responsible for land development in the states of Sabah and Sarawak, which form East Malaysia.

Untuk pengetahuan korang semua, pemilihan peneroka adalah secara sukarela dan bukan secara paksaan… Peneroka akan ditempatkan di tanah-tanah rancangan tertentu untuk menjadi peneroka di sana.

Matlamat penubuhan Tanah Rancangan Felda adalah berbeza dengan penubuhan Kampung Baru. Yang mana matlamat penubuhan Felda ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada bumiputera dan meningkatkan taraf hidup peneroka. Manakala matlamat penubuhan Kampung Baru pula ialah meletakkan penduduk ke satu penempatan baru untuk mengekang anasir komunis. Di sini Dzulkarnain Taib telah terkantoi…

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.

Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.

Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.

Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk:

1. Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.

2. “Kampung baru” telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.

Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi malumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila.

Tahun 1956 Tanah Melayu telahpun mencapai kemerdekaan melalui perjanjian yang ditandatangani pada 8 Januari 1956 di London. Kemudian pada tarikh 31 Ogos 1957 kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan. Maka tidak wujud lagi pemenrintahan British pada tahun 1956, kerana tahun 1956 Tanah Melayu sudahpun merdeka. Satu lagi kekantoian penipuan Dzulkarnain Taib… Malah Felda ditubuhkan pada bulan Julai tahun 1956… Kabinet Persekutuan Tanah Melayu telahpun dibentuk sejak tahun 1955… Yang mana Tunku Abdul Rahman memegang jawatan Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Berkenaan dengan perlantikan Tun Abdul Razak pada tahun 1959 sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana projek pembangunan walaupun tidak memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kerana Persekutuan Tanah Melayu baru sahaja dibentuk, dan banyak kementerian yang belum diwujudkan termasuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diwujudkan pada tahun 1956.

Berikut adalah senarai barisan kabinet Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 dan 1957.

Kabinet 1955

Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri: Y.T.M. Tengku Abdul Rahman
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri: Bahaman bin Shamsuddin
Menteri Pelajaran: Datuk Abdul Razak bin Hussain
Timbalan Menteri Pelajaran: Poh Choon Beng
Menteri Hasil Bumi: Dr.Ismail bin Datuk Abdul Rahman
Menteri Pengangkutan: Kolonel H.S.Lee
Menteri Pertanian dan Perikanan: Abdul Aziz bin Ishak
Menteri Muda Pertanian dan Perikanan: Mohd Khir Johari
Menteri Kesihatan: Baba Leong Yew Koh
Menteri Muda Kesihatan: Rahman bin Talib
Menteri Kerjaraya: Sardon Haji Jubir
Menteri Buruh: Tun V.T.Sambathan
Menteri Muda Buruh: Khalid Awang Osman
Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar: Sulaiman bin Datuk Abdul Rahman
Menteri Perhubungan, Telekomunikasi dan Pos: Baba Ong Yoke Lin
Ketua Setiausaha Negara: masih pegawai British
Setiausaha Kewangan: masih pegawai British
Peguam Negara: masih pegawai British
Setiausaha Kerajaan: masih pegawai British

Kabinet 1957

Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Luar Negeri: Tunku Abdul Rahman
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan: YB Dato’ Abdul Razak bin Hussein
Menteri Kewangan: Kol Sir Henry Han Shik Lee
Menteri Mutlak (Tidak Berjawatan) dan Wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Duta ke Washington: YB Dr. Ismail b. Dato’ Abdul Rahman
Menteri Dalam Negeri dan Keadilan: Sulaiman bin Abdul Rahman
Menteri Perniagaan dan Perusahaan: Tan Siew Sin
Menteri Kesihatan: V.T. Sambanthan
Menteri Pelajaran: Mohamad Khir Johari
Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat: Ong Yoke Lin
Menteri Pengangkutan: Abdul Rahman bin Taib
Menteri Hasil-hasil Bumi: Bahaman Samsudin
Menteri Pertanian: Abdul Aziz Ishak
Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekom: Sardon Jubir

Pada tahun 1957 sememangmya belum lagi wujud Kementerian Pembangunan Luar Bandar, apatah lagi jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Maka Tun Abdul Razak mengambil inisiatif untuk menubuhkan Tanah Rancangan Felda semasa beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1957.

Kepada blogger-blogger anjing seperti Tulang Anjing dan Tamizi Jantan Jambu, sebelum nak siarkan satu-satu artikel… Buat kajian dulu… Bukan main hentam keromo sahaja… Apa lagi bila bersumberkan akhbar fitnah dan penipu besar yang sudah banyak kali kantoi membuat fitnah… Checkmate!!

Sumber Fitnah…

Malaysia Waves: BRITISH yg Tubuhkan FELDA, bukan UMNO Mahupun Tun Razak

SANGGAHTOKSAGO.COM: Tun Razak dan Umno tiada kaitan langsung: Felda diwujudkan oleh Inggeris melalui Rancangan Malaya Pertama (RMP) untuk kekang komunis

Sumber Fakta…

Rancangan Malaya Pertama
Felda: Penubuhan dan Matlamat
Federal Land Development Authority
Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1957
Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955
Rentetan Peristiwa Pengistiharan Tarikh Kemerdekaan
Darurat Tanah Melayu

Nota: Blogger-blogger PR dan fitnah tak dapat dipisahkan…

Mat Indera… Seorang Wira Atau Pengkhianat Negara?

Tinggalkan komen

Sebaik Mana Keturunan Mat Indera… Tinggi Mana Sekalipun Ilmu Agamanya… Sebijak Mana Akalnya… Apabila Memilih Cara Perjuangan Yang Salah Tetap Dianggap Pengkhianat Negara…

eXception sebenarnya malas nak mengulas isu Mat Indera ni, akan tetapi apabila ada seorang pondan dengan beraninya mengatakan bahawa Berita Harian turut mendakwa bahawa Mat Indera ini pejuang kemerdekaan, eXception terpaksa juga memperbetulkan fitnah budak Milo Suam ni terhadap Berita Harian… Semua sedia maklum bahawa pondan Milo Suam ni suka menyiarkan artikel tahap longkang di dalam blognya… Banyak putar-belit dari fakta…

Sebagai contoh, artikel mengenai: Berita Harian – Mat Indera pejuang kemerdekaan!, Milo Suam memfitnah Berita Harian kononnya Berita Harian mendakwa Mat Indera pejuang menuntut kemerdekaan… Hakikat sebenar ianya sengaja diputar belit oleh bapuk tak sedar diri ni… Yang mana ayat di dalam artikel dalam Berita Harian menyebut: ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah’… Diulangi… ‘ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah’…


Milo Suam dengan aksi manjanya…

Berita Harian cuma menyampaikan beritanya melalui temubual dengan responden… Maka segala kenyataan adalah dikeluarkan oleh responden tersebut… Bukan keluar dari pengarang hatta wartawan Berita Harian sendiri… Berita Harian hanya menyiarkan artikel berdasarkan hasil temubual tersebut sahaja. Malah yang menganggap Mat Indera pejuang kemerdekaan hanya disebut ‘masyarakat Jawa Ponorogo’ diulangi ‘masyarakat Jawa Ponorogo’ bukan rakyat Malaysia keseluruhannya… Di sini jelas sekali Milo Suam (gambar) sengaja memutar-belitkan fakta… Tak perlu nak dihairankan kerana sudah menjadi kelaziman blogger anjing macam Milo Suam… Seperti juga perangai anjing kalau jumpa tahi, kalo tak dihidu, dimakannya…

Apapun bagi eXception jika kita ingin ukur ketinggian ilmu agama, kebijaksanaan serta keturunan dari yang baik-baiknya Mat Indera ini, sekiranya dia memilih cara perjuangan yang salah… Tetap digelar sebagai pengkhianat negara… Begitu juga dengan seorang pemimpin dalam PR yang bernama Al-Juburi… Sehebat mana dia berpidato… Sebaik mana keturunannya… Setinggi mana ilmunya… Tetapi peliwat tetap peliwat… Al-Juburi tidak boleh nak menyanggah pendapat itu… Ini bukan pendapat masyarakat Jawa Ponorogo, tetapi pendapat majoriti RAKYAT MALAYSIA…

Satu lagi persoalan… benarkah Mat Indera ini tinggi ilmu agamanya? Jika tinggi, mengapa Mat Indera ini memakai tangkal? Bukankah tangkal dan azimat adalah satu perkara yang bercanggah di sisi Islam dan jatuh syirik hukumnya? Jika benar Mat Indera ini bijak dalam soal agama, sudah tentu dia tidak memakai sebarang tangkal kerana dia jelas ianya syirik.

Sememangnya wajar Inggeris memberikan tekanan kepada penduduk kampung yang membantu Mat Indera, kerana membantu Mat Indera serupa sahaja dengan membantu komunis… Malah selepas peristiwa berdarah awal pagi di Bukit Kepong, telah menyebabkan Inggeris menggiatkan usaha memburu Mat Indera kerana dia juga terlibat dalam serangan Balai Polis Bukit Kepong… Untuk apa penduduk kampung membantu komunis sedangkan kekejaman komunis dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong sudah cukup membuktikan betapa kejamnya komunis…

Apapun, terserahlah kepada pembaca untuk menilai… Kerana pada pendapat eXception… Sebaik Mana Keturunan Mat Indera… Tinggi Mana Sekalipun Ilmu Agamanya… Sebijak Mana Akalnya… Apabila Memilih Cara Perjuangan Yang Salah Tetap Dianggap Pengkhianat Negara…

Al-fatihah kepada para syuhada yang terkorban semasa mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong…

Usaha UMNO Mendapatkan Kemerdekaan Bukan Satu Perjuangan?

Tinggalkan komen

Adakah Perjuangan Bermakna Perlu Mengangkat Senjata Dan Berperang?

eXception mahu tergelak apabila ramai kalangan anjing-anjing kurap PR (blogger) yang sedaya upaya mempertahankan kenyataan Mat Sabu yang menyatakan komunis itu adalah pejuang kemerdekaan…

Malah lebih melucukan, usaha Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan bukan satu perjuangan tetapi perundingan… eXception tak faham apakah di dalam otak kuning anjing-anjing ini… Adakah penuh dengan cecair lendir hanyir busuk yang pekat? Adakah satu-satu perjuangan menuntut kita mengangkat senjata?


Tidak sama sekali!! Jika anjing-anjing ini melabelkan usaha Tunku Abdul Rahman dan UMNO mendapatkan kemerdekaan bukan satu perjuangan, mereka salah!! Perjuangan bukan semata-mata termaktub dengan mengangkat senjata ataupun berhimpun membuat tunjuk perasaan dan sebagainya yang menampakkan kebodohan diri sendiri… Konteks perjuangan boleh dikategorikan dalam banyak maksud, bukan hanya semata-mata mengangkat senjata…

Usaha Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman merupakan satu perjuangan yang murni kerana tidak ada setitik darah pun yang mengalir dalam usaha UMNO mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dari British… Malah usaha Tunku Abdul Rahman adalah sangat bijak kerana menuntut kemerdekaan secara diplomasi dengan British.

British merupakan sebuah negara yang mempunyai peradaban, jika kita menuntut kemerdekaan secara keras dari British, sampai bila kita takkan menikmati kemerdekaan seperti sekarang… Oleh itu cara Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan secara diplomasi adalah lebih beradab tanpa perlu menumpahkan darah… Hasilnya kini sudah 54 tahun kita merdeka…

Sedihnya sudah 54 tahun kita merdeka, masih ada lagi kalangan anjing-anjing yang tak sedar diri mempertikaikan cara Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan… Kalangan anjing-anjing yang dok menyalak 24 jam ini bukanlah antara golongan yang berjuang bersama-sama Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan, tetapi mereka adalah kalangan dari generasi baru yang tidak sedarkan diri dan bodoh… Mereka anggap perjuangan komunis adalah perjuangan yang suci…

Adakah perjuangan tersebut suci jika ramai yang mati dibunuh komunis? Kebanyakan yang mati adalah kalangan mereka yang tidak berdosa… Fikirkanlah… Jangan nanti kita menyesal di kemudian hari… Untuk membina sebuah negara mengambil masa yang amat panjang… Tetapi untuk memusnahkannya sekelip mata pun boleh…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54…

Benarkah Dakwaan Tiada Pemimpin UMNO Berjuang Menentang Penjajah?

Tinggalkan komen

Membongkar Dakwaan Pihak Tertentu Kononnya Tiada Pemimpin UMNO Terlibat Dalam Perjuangan Menentang Penjajah

Ramai yang tak tahu sejarah penjajahan Inggeris (kini digelar British) di Tanah Melayu, ramai kalangan buta sejarah menerima bulat-bulat fakta palsu yang mengatakan pemimpin UMNO dahulu membiarkan Inggeris menjajah Tanah Melayu, tak kurang juga yang memesongkan fakta dengan mengatakan tiada seorang pemimpin UMNO terlibat dalam penentangan terhadap Inggeris…

Kalangan mereka yang menerima bulat-bulat fakta palsu ini adalah dari kalangan anak muda yang gagal dalam mata pelajaran Sejarah ataupun mengambil mata pelajaran tersebut secara terpaksa tanpa memahami dengan teliti fakta sebenar tentang sejarah penentangan terhadap penjajahan Inggeris. Di sini eXception akan bongkar kisah sebenar bagaimana bermulanya penentangan penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan siapakah watak-watak penting disebalik penentangan ini.

Penjajahan di Tanah Melayu telah bermula sejak tahun 1511 di mana sejak zaman kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka kepada penjajah Portugis. Apakah niat sebenar Portugis ini menjajah Tanah Melayu? Tujuan Portugis adalah bersifat serampang tiga mata iaitu menguasai Melaka yang maju sebagai pusat perdagangan serantau, melebarkan pengaruh ke asia tenggara dan menyebarkan fahaman Kristian. Kemudian Tanah Melayu dijajah oleh Belanda selepas Portugis dan seterusnya Inggeris…

Zaman penjajahan Inggeris telah berlaku sejak tahun 1867 lagi, ketika itu tidak lagi wujud UMNO mahupun PAS… Jadi tak wujud fakta yang mengatakan pemimpin UMNO membenarkan Inggeris masuk ke Tanah Melayu… Semua itu adalah BOHONG!! Dari tahun ke tahun Inggeris meluaskan pengaruhnya dan mengamalkan corak pemerintahan kolonial. Ramai kalangan orang melayu tidak berpuas hati dengan Inggeris kerana memeras dan mengenakan cukai yang tidak munasabah terhadap penduduk Tanah Melayu dan membangkitkan pemberontakan sekitar tahun 1786.

Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Rosli Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah.

Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung. Ingin dimaklumkan juga pada waktu itu UMNO masih belum wujud, apa lagi PAS… Jadi bohonglah jika ada yang mengatakan pemimpin UMNO tidak terlibat dalam perjuangan dalam gelombang pertama ini, kerana UMNO masih belum wujud ketika ini.


Tok Gajah


Datuk Bahaman


Mat Kilau


Mat Salleh


Rentap

Kemudian penjajahan Jepun telah memaksa British berundur dari Tanah Melayu. Sebelum penjajahan Jepun bermula, penduduk Tanah Melayu terpesona dengan slogan Jepun iaitu ‘Asia Untuk Orang Asia’ yang menyebabkan ramai yang membantu Jepun memasuki Tanah Melayu dengan harapan pemerintahan Jepun adalah lebih baik dari pemerintahan British.

Akan tetapi, ibarat keluar dari mulut harimau, terjun ke dalam mulut buaya, pemerintahan Jepun yang disangkakan baik, rupanya lebih teruk dari Inggeris. Makanan terpaksa dicatu. Beras menjadi mahal dan sukar didapati. Pemerintahan Jepun yang bersifat kuku besi ini sedikit sebanyak membangkitkan penentangan maka tertubuhlah MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army). MPAJA menggunakan cara perang gerila dalam memerangi tentera Jepun. Selama 3 tahun lebih era pemerintahan Jepun, akhirnya Jepun menyerah kalah dan berundur dari Malaya.

Sewaktu kekosongan yang ditinggalkan pentadbiran Tentera Jepun di Malaya, keadaan Malaya menjadi kucar-kacir apabila sebilangan ahli MPAJA bertindak masuk ke hutan lalu menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) dan bertindak untuk menubuhkan Negara Komunis di Malaya.

British yang kembali memerintah Malaya sedaya-upaya memerangi PKM. Keadaan darurat ketika itu menyaksikan banyak tragedi berdarah angkara Komunis terutamanya Peristiwa Bukit Kepong yang mana ramai anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong telah terkorban diserang hendap oleh Komunis.

Setelah komunis berundur dan darurat di tarik balik, keadaan Malaya ketika itu kembali tenang. Kemudian ramai anak muda melayu mula sedar dan bangkit menentang British. Maka tertubuhlah Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berhaluan sosialis, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan lain-lain. Akan tetapi semua parti tersebut diharamkan oleh British pada tahun 1948 kerana banyak menimbulkan kekacauan.


Ahmad Boestaman


Burhanuddin Helmi


Shamsiah Fakeh

Tahun 1946 hasil inisiatif Dato’ Onn Jaafar dengan hasil kesepakatan orang melayu, maka tertubuhlah Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) sekarang dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dato’ Onn Jaafar bersepakat bersama orang melayu serta Raja-Raja Melayu untuk memulaukan Majlis Pelancaran Malayan Union.

Dato’ Onn mahu semua penduduk Tanah Melayu menentang Malayan Union dan bertemu dengan Raja-Raja Melayu bagi meraih sokongan terhadap penentangan terhadap Malayan Union. UMNO telah bersatu dengan MIC dan MCA atas inisiatif Dato’ Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk menuntut kemerdekaan Malaya. Tunku Abdul Rahman akhirnya berjaya mendapatkan kemerdekaan Malaya selepas hasil pertemuan dengan Ratu Elizabeth. Maka Tanah Melayu atau Malaya diisytiharkan Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.


Penentangan terhadap Malayan Union


Penentangan terhadap Malayan Union

Siapa kata tiada pemimpin UMNO yang terlibat dalam penentangan terhadap British? Perjuangan UMNO agak berbeza dengan perjuangan API, AWAS, PUTERA dan lain-lain. Ini kerana UMNO mempunyai pemimpin yang berpandangan jauh dan melakukan penentangan secara halus bukan secara memberontak dan mengangkat senjata. Ternyata kebijaksanaan Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman berjaya membebaskan Tanah Melayu. Jika diikutkan ramai lagi nama-nama pemimpin UMNO yang berjuang menentang British antaranya termasuklah Tun Dr Ismail, Sardon Jubir, Tun Abdul Razak Hussein, Datuk Syed Jaafar Albar dan lain-lain…

Siapa kata untuk mendapatkan kemerdekaan Malaysia ni mudah? Jika mudah, mengapa selama lebih 400 tahun dijajah baru kita boleh mencapai kemerdekaan? Jika mudah, mengapa banyak pejuang yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu? Berapa banyak air mata yang mengalir dek kerana derita yang ditanggung nenek moyang kita menempuhi darurat semasa era penjajahan? Jika tidak wujud Dato’ Onn Jaafar maka sehingga kini kita masih lagi dijajah… Beliaulah yang menjadi pencetus idea membebaskan Malaya dari cengkaman British yang kemudiannya perjuangan tersebut diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman. Adakah itu masih belum dikira perjuangan? Adakah dengan mengangkat senjata, merusuh, memberontak dan menumpahkan darah baru dinamakan perjuangan?

Sedihnya Ramai Anak Muda Buta Sejarah!!??

Tinggalkan komen

Orang muda buta sejarah!

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka ‘tidak ambil pusing’ semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema ‘1Malaysia Menjana Transformasi’ kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti ‘Hip Hip Hooray’. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu ‘Bersekutu, Bertambah Mutu’.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai ‘Belang’. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

– Remaja masa kini buta sejarah.

– Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

– Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

– Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

– Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

– Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

– Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

-UTUSAN MALAYSIA



Aduhai sedihnya aku dengar apabila ramai anak muda BUTA SEJARAH!! Inilah akibatnya jika sejarah tak diambil peduli dan dianggap remeh. Jika ini berterusan, maka anak muda zaman sekarang akan terus hanyut…

Pengumuman DS Najib untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek WAJIB LULUS dalam SPM sangat dialu-alukan. Ini bagi meningkatkan pemahaman anak muda terhadap sejarah Malaysia, supaya tidak mudah didedah dengan sejarah palsu.

Banyak sejarah palsu yang cuba diputarkan oleh anasir-anasir tertentu yang mengatakan negara ini bukan milik orang melayu, komunis tidak pernah melakukan kekejaman, peristiwa 13 Mei 1969 didalangi oleh orang melayu dan banyak lagi.

Malah pengumuman DS Najib untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus disambut dengan cercaan oleh kalangan pembangkang terutamanya DAP. Apa yang menyebabkan kemarahan mereka? Tak lain tak bukan, mereka gagal untuk menipu anak muda pada masa akan datang dengan sejarah palsu mereka cipta.

Older Entries