Bukti PAS Memang Tiada Minat Laksanakan Hudud

Tinggalkan komen

Bukti PAS Memang Tiada Minat Laksanakan Hudud

Pemimpin PAS berjaya mengencing para penyokongnya untuk melaksanakan hudud, jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 nanti akan melaksanakan hudud dan menghapuskan perlembagaan persekutuan yang dikatanya perlembagaan Lord Reid… Hakikatnya… Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke – 3… Pemimpin PAS bersama pemimpin PR lain telah berikrar untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan…

Kah kah kah kah… Terkulat-kulat pencacai PAS nak menjawab… Semua kena kencing hidup-hidup…

Jelas dalam kepimpinan PAS juga ada ramai MUNAFIK…

Advertisements

Malaysiakini Mainkan Persepsi Isu Kenaikan Tarif Elektrik?

Tinggalkan komen

Malaysiakini Mainkan Persepsi Isu Kenaikan Tarif Elektrik?

Seperti biasa, Malaysiakini bermain dengan persepsi dengan membuat andaian kononnya akan berlaku kenaikan tarif elektrik pada bulan November. Walaupun Malaysiakini tidak menyatakan dengan jelas, tetapi ramai blogger bangang di luar sana secara semberono mempercayai apa yang disampaikan oleh Malaysiakini… Yang menghairankan, hanya Malaysiakini yang memaparkan berita ini, akhbar-akhbar lain tidak menyiarkannya hatta Bernama sekalipun.

Malaysiakini menyebarkan berita di atas dipercayai untuk mengaburi isu dana George Soros dan ramai kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai akal setengah masak mempercayai bulat-bulat. Hakikatnya tarif elektrik sudah dinaikkan sejak bulan Jun yang lepas, tetapi hanya melibatkan pengguna bukan domestik sahaja. Pengguna domestik terkecuali dari kenaikan ini.

Kebijaksanaan Malaysiakini memutar belitkan berita temuramah Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dengan Sin Chew Daily dengan menokok tambah berita, wajar dipuji. Kerana dengan cara itu Malaysiakini terus dapat memanipulasi pemikiran rakyat Malaysia yang kebanyakannya mempunyai akal setengah masak…

Apa yang pasti tahun ini tidak akan berlaku kenaikan tarif elektrik untuk pengguna domestik kerana Perdana Menteri kita tak pernah umumkan semasa pembentangan Bajet 2013 tempoh hari. Berhati-hati apabila menyebarkan satu berita yang kita tak pasti

Sumber: Tarif elektrik naik…tapi tak libatkan 4.4 juta pengguna domestik

Panas!! MyVi Dijual Di Israel??

1 Komen

Panas!! MyVi Dijual Di Israel??

Mohd Sayuti Omar tak habis-habis dengan fitnah… Bulan Ramadhan pun nak fitnah… Tengoklah kenyataannya di bawah ini berkenaan gambar di atas…

Cuba perhatinkan gambar kereta yang ditanda dengan bulatan merah itu. Apakah itu bukan Myvy… kereta keluaran Produa yang terhebat di Malaysia. Para penggemar automobil Malaysia berbangga dengan kereta ini ia adalah buatan Malaysia. Kalau kita setuju dengan dakwaan itu, persoalan timbul apakah Malaysia menjadi pengeksport Myvy ke luar negara termasuk negara Yahudi Isreal yang kita benci kononnya? Gambar ini dirakam di satu persimpangan jalan di Israel.

Menurut amalan negara Zinois itu plat berwarna kuning adalah kereta milik orang Yahudi, manakala berwarna putih bukan Yahudi. Kereta yang sama jenis dengan Myvy ini platnya berwarna kuning?
Mungkin sesiapa ada idea untuk memberi jawaban untuk menafikan Malaysia bukan mengeksport Myvy ke Israel atau lebih tepat lagi tidak berdagang dengan Israel seperti dinafikan. Wasalam.

Mungkin Mohd Sayuti Omar dilahirkan untuk memperbodohkan dirinya atau memperbodohkan orang lain… Kenderaan di atas bukan Perodua MyVi… Berdasarkan design belakang, ianya jelas ialah Daihatsu Boon…



Di bawah ini barulah MyVi…





Nak fitnah tu beragak la sikit… Lain kali selidik dulu sebelum sebar fitnah…

Satu lagi nak beritahu… Perodua TIDAK PERNAH MENCIPLAK DESIGN dari pengeluar lain seperti Daihatsu dan Toyota… CIPLAK bermaksud menggunakan design kereta tanpa kebenaran… Tetapi Perodua sudah mempunyai perjanjian dengan Daihatsu dan Toyota untuk menggunakan design kedua-dua pengeluar itu untuk produk keluaran Perodua. Jika tidak, sudah lama Perodua sudah diheret ke Mahkamah kerana melanggar Akta Hakcipta…

Kepada Mohd Sayuti Omar… Len kali nak fitnah tu, biarlah nampak REAL…

Sumber Fitnah: Mohd Sayuti Omar Wall Photos

Benarkah Aishah Bertemu Datuk Seri Sharizat Untuk Minta Lembu??

2 Komen

Benarkah Aishah Bertemu Datuk Seri Shahrizat Untuk Meminta Lembu??

Benarkah penyanyi Aishah ini bertemu dengan Kak Ijat semata-mata kerana mintak Kak Ijat support lembu??

Benarkah penyanyi Aishah ini bertemu dengan Kak Ijat semata-mata kerana mintak kondo dari Kak Ijat??

Benarkah penyanyi Aishah ini pernah berkahwin di Thailand??

Macam-macam la ko kelentong orang Aishah…

Dulu dapat biasiswa suruh belajar kat New Zealand supaya bawak balik ijazah…

Bukan suruh ko bawak balik ‘FAN CLUB’!! Tongong!!…

Kes artis di dalam PR cuba mengelentong dah banyak didedahkan termasuklah seorang ostad kumpulan Rock…

Kununnya tak mengaku berkahwin lebih dari satu…

Tapi bapak mertuanya pula mengaku anaknya berkahwin dengan ostad celop ni…

Kali ni Aishah plak nak nak kelentong… Sudah-sudahlah tu…

Selanjutnya korang boleh baca di sini: Aishah berbohong dalam ceramah PAS

RAFOC Kejap Sokong Mat Sabu… Kejap Kecam Mat Sabu… Apa Kes??

Tinggalkan komen

Mat Sabu Kantoi Muhung… RAFOC Kecam Mat Sabu…

Siapa tak kenal Mat Sabu… Dia lah manusia pertama di muka bumi ini yang menggelarkan Anwar sebagai Al-Juburi… Kaki putar belit nombor wahid, serupa je la dengan Anwar… Jika dulu Mat Sabu kutuk Anwar… Sekarang Mat Sabu sanggup minum air basuh kaki Anwar jika Anwar suruh…

Baru-baru ni, Mat Sabu buat satu kenyataan yang memerangkap dirinya sendiri…

“Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita,”

Malah Mat Sabu berkata lagi…

“Kebelakangan ini ramai bekas jeneral-jeneral cuba cari saya, mereka beritahu saya mengenai Kelab Pegawai-Pegawai Tentera Bersara (RAFOC) telah memutuskan bersetuju dengan kenyataan saya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Bagaimanapun, kenyataan Mat Sabu itu terkantoi apabila Presiden RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth mengecam kenyataan Mat Sabu yang cuba mengaitkan RAFOC menyokong perjuangan komunis seperti mana Mat Sabu menyokong perjuangan komunis dan mengangkat komunis sebagai pejuang…

“RAFOC tak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Mat Sabu. Bagi kita mana-mana pihak yang berkomplot dengan komunis pada ketika itu adalah musuh negara. Orang politik (Mat Sabu) boleh kata apa saja tetapi RAFOC tidak sokong kenyataannya.”

Nota: Kepada anggota Polis, masih mahukah anda mengundi PR, sedangkan anda digelar sebagai ANJING KERAJAAN oleh penyokong PR… Malah mereka juga amat bencikan Polis… Jika anda mengundi PR pada PRU13 nanti, diibarat anda melumur taik ke muka sendiri… Kerana menyokong manusia yang mengeji anda…

Sumber: Mat Sabu: Pakatan akan calon pegawai tentera, polis

Inikah Pendidikan Percuma Yang Diperjuangkan Pakatan Rabak??

2 Komen

Pendidikan Percuma Hanyalah Retorik Semata-Mata

Janji berpuluh macam janji telah ditabur semata-mata untuk mengabui mata rakyat… Kini Pakatan Rabak cuba mengabui mata mahasiswa dengan retorik pendidikan percuma… Pendidikan percuma yang dilaung-laungkan Pakatan Rabak hanyalah sekadar retorik… Tidak ada bukti sepanjang Pakatan Rabak mentadbir Selangor, bidang pendidikan diberi keutamaan… Kenapa baru sekarang??

Jika korang masih ingat… Bagaimana kerajaan Selangor menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar… Apa alasan kerajaan Selangor pada masa itu?? Alasan mereka berikan ialah IKYS tidak memberikan keuntungan kepada mereka…


IKYS kini tinggal kenangan

Macam ni ke nak ke nak bagi pendidikan percuma?? Sedangkan IKYS ditutup hanya semata-mata tidak menguntungkan mereka… Inikan pula nak beri pendidikan percuma… Jangan harap!!

Selepas IKYS, Asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur pula menjadi mangsa seterusnya… Tanpa sebab dan alasan yang kukuh, asrama yang banyak berjasa itu mahu mereka tutup… Inikah pendidikan percuma yang mereka laung-laungkan sedangkan asrama ini pun tidak terurus… Malah mahu menutupnya pula…

Bukan itu sahaja… Pengarah Strategi PKR juga berdolak-dalik apabila desakan mahu kerajaan Selangor menanggung hutang PTPTN anak Selangor…

“Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan PKR tidak boleh menampung hutang peminjam PTPTN daripada kalangan anak Selangor kerana ia tertakluk bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

Katanya, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.”

Kepada rakyat Malaysia dan mahasiswa-mahasiswi sekelian… Tak perlulah kalian percaya dengan manusia yang tahunya menabur janji, tetapi culas sekali untuk mengotakan janji mereka… Hanya bos mereka sahaja, Anwar Ibrahim yang berjaya… Itupun hanya berjaya ‘mengotey’ China Doll… Itu sahaja kejayaan mampu dikecap…

Tepuk dada tanya selera… Jangan terpedaya kepada janji manis Pakatan Rabak…

Artikel berkaitan:

Isu Mansuh PTPTN: Pakatan Rabak Kena Checkmate!!!

IKYS di tutup, Anwar masih sembang besar

Konon Nak Bagi Pendidikan Percuma, Tapi Tutup Institut Kemahiran Selangor Atas Sebab Rugi!!!

Yayasan Selangor Tutup Asrama Sebab Dah Nak Bankrap?

Isu Mansuh PTPTN: Pakatan Rabak Kena Checkmate!!!

7 Komen

Pakatan Rabak Kena Checkmate Apabila Berdolak-Dalik Soal Tanggung Hutang PTPTN Anak Selangor

“Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan PKR tidak boleh menampung hutang peminjam PTPTN daripada kalangan anak Selangor kerana ia tertakluk bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

Katanya, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.”

Ha ha ha ha ha ha ha!! Pandai la nko Rafizi, putar belit… Macam-macam la ko pusing, pengubahan wang haram laa… BULLSHIT!! Kalau tak mampu cakap je la tak mampu!! Toksah la nak pusing-pusing sampai ke akta pencegahan penggubahan wang haram…

Nko nak menipu mahasewel boleh laa… Tapi kalo nak tipu mahasiswa, kita mintak maaf laa… Penipuan nko tak berhasil langsung!! Kenapa nak kaitkan pinjaman PTPTN dengan akta pencegahan penggubahan wang haram?? Adakah duit PTPTN tu adalah duit HARAM?? Iaitu dari hasil rasuah, judi, rompakan, penyelewengan, pembiyaan keganasan, skim cepat kaya… Toksah nak kelentong la Rafizi…

Kalo tak mampu nak biaya, cakap je terus terangan “BAHAWA KERAJAAN SELANGOR SEJUJURNYA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBIAYAI HUTANG PTPTN MAHASISWA KALANGAN ANAK SELANGOR”. Cukup sekadar ayat itu… Tak perlu nak pusing-pusing keliling… Bila dah tau diri tak mampu dok pusing-pusing cerita… Kah kah kah kah kah!!

Memang elok la nko jadi balaci Anwar… Bos kaki putar alam, balaci pun kaki putar alam…

Kepada mahasiswa-mahasiswa anak Selangor… Korang tengoklah… Betapa penipunya Rafizi Ramli…

Sumber:
Rafizi: Tampung hutang PTPTN bidang kuasa pusat

Rujukan:
BNM: Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001

SC: AMLA Guidelines

Older Entries