Borang SPR Habis Pun Nak Meroyan!! Hapekebendalaa!!

Tinggalkan komen

Kuciwa Borang SPR Di Pejabat Pos Habis. 15 Anak Muda Ancam Menari Bogel Depan Anwar.

Seramai 15 orang anak muda mendakwa hak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi baru telah dinafikan oleh Pos Malaysia Berhad.

Wakil kumpulan berkenaan, Tengku Arief Tengku Hamid berkata, dia bersama-sama 14 rakannya telah pergi ke pejabat pos cawangan Pandan Indah namun ketika mereka meminta borang untuk mendaftar sebagai pengundi, pegawai yang bertugas memaklumkan cawangan tersebut telah kehabisan borang.

“Saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke pejabat pos cawangan Pandan Indah pada pukul 2.30 petang pada hari Jumaat, 8 Jun yang lalu untuk mendaftar sebagai pengundi. Apabila kami tiba di sana borang yang diperlukan tiada.

“Seorang pegawai wanita yang bertugas di kaunter 2 pejabat pos berkenaan memaklumkan bahawa borang telah habis. Kami bertanya kembali di manakah cawangan paling hampir untuk kami mendaftar namun agak memeranjatkan apabila pegawai tersebut berkata kemungkinan pejabat pos yang lain juga tiada borang.

“Dia menyarankan kepada kami supaya pergi ke pejabat Umno bahagian yang berhampiran untuk mendaftar sebagai ahli..itu lebih mudah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkam bahawa rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendafar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mereka mendaftar sebelum 30 Jun ini sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan selepas Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata, bulan Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pengumuman SPR itu telah menyebabkan ramai golongan muda yang belum mendaftar berpusu-pusu dan menyerbu pejabat pos untuk mendaftar sebagai pemilih pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini saya telah menggesa SPR menyediakan borang daftar pemilih secukupnya di semua pejabat pos dan agen-agen yang dilantik. Ini kerana tidak mahu perkara yang sama terjadi sebelum ini di mana borang-borang ini turut habis dan akhirnya menyebabkan anak-anak muda ini kecewa,” katanya.

Beliau mendakwa apa yang berlaku menunjukkan SPR tidak serius dalam usaha menambah jumlah pengundi baru ini.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau menyarankan kepada Arief dan rakan-rakannya membuat aduan rasmi kepada SPR dan pihak polis dalam tempoh terdekat.

“Saya minta Tengku Arief pergi ke pejabat pos berkenaan untuk mengenal pasti siapa pegawai wanita berkenaan untuk kita buat laporan polis. Hal ini bagi mengelakkan tidak ada salah guna kuasa yang digunakan orang pihak tertentu dalam jabatan kerajaan,” katanya.

Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya pula menggesa SPR dan Pos Malaysia memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kerana telah menafikan hak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih.

Dalam perkembangan lain, Arief bersama-sama 14 rakannya yang lain turut menyerahkan borang untuk menyertai PKR.

Borang tersebut diserahkan kepada Zuraida yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

-Mstar-


Hualaaweyyy!!! Borang SPR habis pun lu nak kecoh!! Pekebendeeelaaaa mentaliti puak PR ni… Aku heran laa…!! Nak buat camne kalo dah habis!! Dah SPR bekal borang pun bukan banyak, terhad untuk setiap pejabat pos… Kenalah faham!! Pos Malaysia cuma bertindak sebagai ejen… Diulangi… Pos Malaysia cuma ejen sahaja la bunguks!!

Memandangkan 30 Jun tarikh akhir mendaftar, sudah tentu ramai yang ambil kesempatan mendaftar… Pikir la wei!! Ada otak pakai!! Ada akal pakai!! Tapi lu ada bijak… Lu kasi gadai!!

Memang bahalol tahap longkang tersumbat 15 orang anak muda ni… eXception pasti, ini semua gimik Makl Lampir ZUraidah nak buat kecoh… Macam la takde pejabat Pos lain dalam KL… Takkan Pandan Indah satu jer pejabat pos yang ada dalam Lembah Kelang!!?? Bongok!! Ptuih!! Aku ludah ko Mak Lampir!!

Advertisements

PAS menyalahkan pengundi muda?

2 Komen

Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

“Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

“Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki yang juga timbalan speaker DUN Kelantan berkata, pilihanraya kecil di Manek Urai tidak sama dengan pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kawasan Manek Urai menjadi tumpuan para menteri berkempen untuk memastikan 80 peratus – yang rata-ratanya peneroka – menyokong BN.

“Kita tengok di Manek Urai, ia tidak sama dengan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu atau Bukit Gantang. Di sana (pengundi tinggal ) di kawasan berada. Suasana di sini berbeza,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Begitulah PAS, kerana kemenangan tipis di Manik Urai, mereka menyalahkan pengundi muda. Tetapi mereka tidak sedar sewaktu pilihanraya umum ke 12, pengundi mudalah yang menaikkan Pakatan Rakyat.

BN tidak langsung menyalahkan pengundi muda akibat kekalahan besar semasa pilihanraya umum ke 12, malah mula belajar dari kesilapan dan mengambil pendekatan mesra belia. Tetapi PAS semasa itu tidak pula mengatakan punca pengundi muda menyokong mereka sebab disogok atau dirasuah, tetapi bila malang menimpa, mereka menyalahkan orang lain.

Sendiri terpijak tahi, salahkan anjing yang berak merata-rata. Itulah PAS. Sukar mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri. Masih terus mendabik dada. Ye lah, geng-geng Erdogan bersama mereka. Tentulah kuat. Tapi geng-geng erdogan ni kuat menipu. Mereka mempergunakan PAS demi memenuhi tuntutan nafsu Al-Juburi