Big Blackout!! Lebih 300 Ribu Pengguna Internet Berisiko!!

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) hari ini memberi amaran bahawa lebih daripada 300,000 pengguna internet di seluruh dunia mungkin kehilangan akses internet pada 9 Julai ini susulan satu penipuan bernilai jutaan ringgit.

Bagaimanapun, pengguna boleh menarik nafas lega apabila FBI berjaya mencipta langkah penyelesaian yang mana mangsa siber itu hanya perlu melayari dcwg.org, bagi membolehkan mereka menyemak sama ada dijangkiti virus sekali gus menghapuskan sebarang perisian yang mendatangkan ancaman.

Terdahulu, enam rakyat Estonia ditahan atas tuduhan penipuan pada November lalu, dua tahun selepas FBI melancarkan Operasi Hantu Klik bagi mengesan kumpulan yang menyerang komputer di seluruh dunia dengan malware “DNS Changer” mereka, yang berfungsi mendedahkan komputer itu kepada virus. – AFP

Sumber: Berita Harian Online


Ancaman malware kini makin membimbangkan, seperti ancaman SARS dan Avian Flu. Akan tetapi ancaman malware bakal menjejaskan akses Internet korang.

Akan tetapi korang tak perlu risau pasal benda ni… Pastikan komputer atau laptop korang dipasang dengan antivirus yang berkesan. eXception cadangkan korang guna Norton Antivirus… Selama eXception guna perisian antivirus ni, alhamdulillah, laptop eXception terhindar dari gangguan makhluk bernama malware…

Pastikan juga antivirus korang sentiasa dikemaskini… Ini kerana setiap hari banyak ancaman baru dihasilkan…

Advertisements