Bukti PAS Memang Tiada Minat Laksanakan Hudud

Tinggalkan komen

Bukti PAS Memang Tiada Minat Laksanakan Hudud

Pemimpin PAS berjaya mengencing para penyokongnya untuk melaksanakan hudud, jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 nanti akan melaksanakan hudud dan menghapuskan perlembagaan persekutuan yang dikatanya perlembagaan Lord Reid… Hakikatnya… Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke – 3… Pemimpin PAS bersama pemimpin PR lain telah berikrar untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan…

Kah kah kah kah… Terkulat-kulat pencacai PAS nak menjawab… Semua kena kencing hidup-hidup…

Jelas dalam kepimpinan PAS juga ada ramai MUNAFIK…

Advertisements

Panas!! MyVi Dijual Di Israel??

1 Komen

Panas!! MyVi Dijual Di Israel??

Mohd Sayuti Omar tak habis-habis dengan fitnah… Bulan Ramadhan pun nak fitnah… Tengoklah kenyataannya di bawah ini berkenaan gambar di atas…

Cuba perhatinkan gambar kereta yang ditanda dengan bulatan merah itu. Apakah itu bukan Myvy… kereta keluaran Produa yang terhebat di Malaysia. Para penggemar automobil Malaysia berbangga dengan kereta ini ia adalah buatan Malaysia. Kalau kita setuju dengan dakwaan itu, persoalan timbul apakah Malaysia menjadi pengeksport Myvy ke luar negara termasuk negara Yahudi Isreal yang kita benci kononnya? Gambar ini dirakam di satu persimpangan jalan di Israel.

Menurut amalan negara Zinois itu plat berwarna kuning adalah kereta milik orang Yahudi, manakala berwarna putih bukan Yahudi. Kereta yang sama jenis dengan Myvy ini platnya berwarna kuning?
Mungkin sesiapa ada idea untuk memberi jawaban untuk menafikan Malaysia bukan mengeksport Myvy ke Israel atau lebih tepat lagi tidak berdagang dengan Israel seperti dinafikan. Wasalam.

Mungkin Mohd Sayuti Omar dilahirkan untuk memperbodohkan dirinya atau memperbodohkan orang lain… Kenderaan di atas bukan Perodua MyVi… Berdasarkan design belakang, ianya jelas ialah Daihatsu Boon…



Di bawah ini barulah MyVi…





Nak fitnah tu beragak la sikit… Lain kali selidik dulu sebelum sebar fitnah…

Satu lagi nak beritahu… Perodua TIDAK PERNAH MENCIPLAK DESIGN dari pengeluar lain seperti Daihatsu dan Toyota… CIPLAK bermaksud menggunakan design kereta tanpa kebenaran… Tetapi Perodua sudah mempunyai perjanjian dengan Daihatsu dan Toyota untuk menggunakan design kedua-dua pengeluar itu untuk produk keluaran Perodua. Jika tidak, sudah lama Perodua sudah diheret ke Mahkamah kerana melanggar Akta Hakcipta…

Kepada Mohd Sayuti Omar… Len kali nak fitnah tu, biarlah nampak REAL…

Sumber Fitnah: Mohd Sayuti Omar Wall Photos

Skuad Bawah 22 Myanmar Mempunyai Penyerang Berumur 25 Tahun??

Tinggalkan komen

Skuad Bawah 22 Myanmar Mempunyai Penyerang Berumur 25 Tahun??

Agak mengejutkan apabila mendapati penyerang Myanmar, Kaung Si Thu berumur 25 tahun, sedangkan dia bermain di dalam pasukan bawah 22 tahun??

18. Kaung Si Thu
Date of Birth : 22.01.1987
Place of Birth :
Nationality : Myanmar
Position : Striker
Height : 5′ 5″
Weight : 145 lbs
Joined YUFC :
Last Club :
Goal Score :

Lihat sahaja tarikh lahir pemain ini… Tahun 1987…

Tidakkah AFC menyedari akan hal ini??

Kaung Si Thu telah berjaya membolos gawang gol pasukan bawah 22 Malaysia pada minit 34 dan 53…

Apakah ramai lagi pemain dalam Myanmar yang BUKAN BAWAH 22 TAHUN tetapi tidak disedari AFC??

Persoalan di sini ialah samaada pengurus pasukan menipu tentang umur ataupun AFC langsung tidak ambil tahu…

AFC perlu menyiasat perkara ini dan segera membatalkan kemenangan pasukan Myanmar…

Sumber: Kaung Si Thu

Siapa Sebenarnya Menentang Pembinaan SAR Di Perak??

Ulasan Dimatikan pada Siapa Sebenarnya Menentang Pembinaan SAR Di Perak??

Bongkar!! Fitnah Terhadap Pembinaan SAR Taman Desa Aman Didedahkan!!

eXception berasa pelik dengan perangai juak-juak PAS ni… Bila BN nak bina SAR di Taman Desa Aman, depa bantah… Konon depa tak bagi rampas padang depa… Tapi depa buat buta bila kerajaan Selangor cuba rampas padang PKNS untuk bina banglo…

Di bawah ini, eXception memetik tulisan blogger Sungai Rapat Online berkenaan perihal sebenar yang berlaku dalam kes ini…

“Sekolah Agama Rakyat ini pada awalnya beroperasi dibawah surau lama Taman Desa Aman yang mampu menampung pelajar hampir 150 orang. Setelah Surau baru (sekarang) dibina pada awal tahun 2010 semua pelajar yang belajar di Sekolah Agama Rakyat telah berpindah ke Dewan Taman Pegoh Aman/Desa Aman.

Setelah belajar hampir setahun keadaan dewan itu bertambah kotor ditambah pula keadaan tandas terlalu kotor. Dalam pada itu pihak pengurusan Sekolah Agama Rakyat terpaksa melakukan gotong royong untuk membersihkan dewan tersebut termasuk mengecat semula dan membersihkan kawasan sekeliling.

Dalam masa yang sama Sekolah Agama Rakyat terpaksa dipindahkan sekali lagi ke kawasan surau baru Taman Desa Aman bagi memberi laluan kepada pembersihan dewan orang ramai.

Dan masa inilah ada ibubapa pelajar yang berkiblatkan PAS dan PKR telah memanipulasikan perpindahan ini sehingga membawa kepada kehadiran pemimpin pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP untuk meninjau keadaan pelajar yang belajar dibawah khemah dan seterusnya mereka jadikan isu kononnya pelajar dihalau oleh UMNO Taman Desa Aman kerana UMNO nak gunakan Dewan sebagai bilik gerakan pilihanraya…. Semua itu hanya satu pembohongan.

Setelah selesai pembersihan dewan pelajar-pelajar SAR dipindahkan semula ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman”

Jelas di atas menunjukkan SAR dipindahkan BUKAN KERANA BN hendak jadikan sekolah tersebut sebagai bilik gerakan pilihanraya… Malah pilihanraya juga masih belum diketahui tarikhnya lagi… Malah blogger-blogger PAS tanpa segan-silu menyebarkan fitnah ini…

Apa sebenar isunya??

1. PAS dan PKR telah membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat berhampiran Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman

2. PAS dan PKR mengatakan pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini mengganggu penduduk cina yang ada cuma beberapa orang sahaja di Taman Pegoh Aman

3. PAS dan PKR telah mengatakan pembinaan Sekolah Agama Rakyat adalah haram dan wajar diruntuhkan.

4. PAS dan PKR telah mengatakan kerajaan bukan membina Sekolah Agama Rakyat sebaliknya membina bilik gerakan pilihanraya untuk UMNO.

Persoalan sekarang adakah satu kesalahan membina SAR ini berhampiran dewan orang ramai??

Apakah ianya mengganggu penduduk??

Mengapa penduduk cina mendakwa terbinanya SAR ini mengganggu mereka??

Adakah SAR ini menghalang laluan mereka??

Adakah SAR ini berada betul-betul di depan pintu rumah mereka??

Adakah SAR ini dibina betul-betul di atas bumbung mereka??

Jika PAS dan PKR mengatakan pembinaan SAR ini HARAM dan WAJAR DIRUNTUHKAN…

Mengapa PAS kerap membawa isu Polis meruntuhkan surau yang dibina secara HARAM di Kampung Bujal??

Mengapa perlu dibina bilik gerakan pilihanraya, sedangkan pilihanraya 5 tahun sekali…

Selepas pilihanraya ianya akan ditinggalkan berhabuk…

Bilik gerakan boleh dibuat di mana-mana sahaja…

Malah ada bilik gerakan dibina secara pasang siap…

Berikut adakah kronologi sebenar kes ini…

Jan 2005- Sekolah Agama Rakyat ditubuhkan yang beroperasi dibawah surau lama Taman Desa Aman dengan pelajar seramai 150 orang.

Mac 2007 – Surau Baru Taman Desa Aman dibina dan pelajar dipindahkan ke dewan sebelah surau, pelajar semakin kurang sebab keadaan dewan surau tidak selesa.

Okt 2007 – Permohonan diajukan kepada YB Dato Hamidah untuk mendapatkan peruntukan. Tidak sempat untuk diluluskan pilihanraya diadakan pada Feb 2008.

Feb 2008 – Pilihanraya diadakan yang memperlihatkan rejim DAP termasuk Pas dan PKR berjaya memenangi PRU12 negeri Perak sekaligus dapat menubuhkan satu pakatan untuk mentadbir negeri Perak dibawah kuasa pemimpin DAP

Sepanjang Tahun 2008 – Surau baru dijadikan tempat pembangkang berceramah kerana mereka telah menguasai kerajaan negeri Perak.

Februari 2009 – Kerajaan rejim DAP berjaya dijatuhkan dan surau ini telah dilarang untuk berceramah dan sekaligus berjaya mengekalkan imej surau yang dijadikan tempat beceramah dan tempat tidur penyokong pakatan rakyat.

April 2009 – Sekali lagi permohonan diajukan kepada YB Dato Hamidah yang baru diantik menjadi exco untuk membawa permohonan peruntukan sekolah Agama Rakyat ini ke mesyuarat exco.

Sep 2009 – YB Dato Hamidah turun melihat secara dekat keadaan pelajar yang belajar di Sekolah Agama Rakyat yang menumpang didewan surau

YB Dato Hamidah mengarahkan supaya pengurusan SAR mencari tempat lain yang lebih selesa. Pihak pengurusan SAR mencadangkan Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman yang jarang digunakan.

YB Dato Hamidah bersetuju kerana tempat itu lebih selesa berbanding dewan surau.

YB Dato Hamidah meminta pihak AJK SAR menentukan tempat dimana SAR baru yang akan dibina kerana kelulusan peruntukan dalam proses.

Pada 19 Sep 2010 – Pejabat Tanah dan Daerah Kinta telah mengeluarkan surat kelulusan kawasan untuk membina Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman.

26 Oktober 2011 – Lawatan YAB Menteri Besar ke DUN Sungai Rapat. YB Dato Hamidah mengajukan permohonan peruntukan sekali lagi dan YAB Menteri Besar meluluskan RM100,000.00 untuk pembinaan SAR Taman Desa Aman

06 April 2012 – YB Dato Hamidah telah menyerahkan cek peruntukan sejumlah RM100,000.00 kepada Ahli jawatankuasa Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman yang diwakili oleh pengerusinya Ustaz Azhar.

Pihak AJK telah mengenalpastikan lokasi pembinaan dan kontraktor untuk membina Sekolah Agama Rakyat ini.

19 April 2012 – Majlis doa selamat dan pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Agama Rakyat diadakan dan telah dirasmikan oleh YB Dato Hamidah Osman

20 April 2012 – Pembinaan Sekolah Agama Rakyat dimulakan

29 Mei 2012 – PAS dan PKR yang dihadiri oleh Lee Bon Chye dan Radhi Zainon bersama kaum cina dari Gopeng terutama yang tinggal di Kopisan dan Lawan Kuda telah berdemonstrasi membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat taman Desa Aman.

30 Mei 2012 – Penduduk Islam Taman Desan Aman/Pegoh Aman telah berdemontrasi untuk mempertahankan pembinaan Sekolah Agama Rakyat.

o4 Jun 2012- Risalah fitnah telah diedarkan dan keluarkan oleh PAS dengan kerjasama PKR Gopeng untuk diedarkan di kawasan penduduk cina dan India bagi menaikkan kemarahan kepada kerajaan BN terhadap pembinaan Sekolah Agama Rakyat.

05 Jun 2012 – Pihak pengurusan Sekolah Agama Rakyat telah mengeluarkan risalah diseluruh masjid dalam DUN Sungai Rapat agar bangun bagi mempertahankan Sekolah Agama Rakyat yang dibantah oleh Lee Bon Chye dan PAS Gopeng.

16 Jun 2012 – Majlis dialog telah diadakan bagi mengenalpasti sokongan atau bantahan ke atas Sekolah Agama rakyat. Majlis dialog itu diadakan hanya untuk penduduk Taman Pegoh Aman/Desa Aman dan YB Dato Hamidah.

Malangnya PAS dan PKR telah membawa penyokong cina dari Gopeng untuk menggagalkan program dialog tersebut. Turut hadir adalah Radhi Zainon dan Lee Bon Chye dan beberapa pemimpin Pas Gopeng.

Hasil daripada gangguan itu beberapa penduduk tempatan terpaksa balik untuk menghindarkan daripada pergaduhan.

Pembangkang termasuk PAS telah mengambil gambar dan dimasukkan ke dalam you tube dan memutarbelitkan bahawa YB Dato Hamidah menghalau penduduk tempatan yang hendak berdialog tetapi sebenarnya penyokong yang datang bersama pemimpin PAS dan PKR adalah penduduk cina yang tinggal di Lawan Kuda dan Kopisan berdekatan dengan Gopeng.

Apa yang lebih menyedihkan PAS yang melaung-laungkan perjuangan Islam dipentas ceramah sanggup bersama -sama pemimpin cina PKR untuk menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di taman Desa Aman.


Muka hadapan memorandum bantahan…


Yang bantah majoritinya ialah KAUM KIASU!!


Bukti surat kelulusan tapak SAR yang baru

Mari kita lihat di Selangor pula… Apa yang PAS buat apabila Kerajaan PR Selangor mahu merampas padang PKNS untuk dibina kondominium?? Apa reaksi kaum cina di sekitarnya?? Adakah PAS membantah?? Adakah majoriti kaum cina membantah??

Inilah sebenar sikap DOUBLE STANDARD Pakatan Anak Haram Jadah… Depa buat boleh… Kita buat tak boleh…

Kita bina Sekolah atas padang depa bantah…

PR bina kondo atas padang… Depa tak bising…

MACAM ANJING LA PERANGAI KORANG!!

Sumber:

ISU SEBENAR SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN YANG TELAH DIPUTARBELITKAN OLEH PAS DAN PKR

TAKKAN NAK RAMPAS PADANG PKNS KELANA JAYA SAMPAI KENA PALSUKAN RTPJ, KHALID IBRAHIM?

Tranungkite Online Kantoi Muhung Lagi…

1 Komen

Tranungkite Online… Kekantoian Pembohongan Didedahkan…

Tranungkite Online mendakwa wanita yang pengsan di atas ialah anggota Polis yang menyamar sebagai peserta Bersih 3.0… Dakwaan dibuat berdasarkan seluar biru yang dipakai oleh wanita tersebut yang menyerupai seluar yang dipakai anggota Polis…

WHAT A JOKE!!!

Bagaimanapun… Fitnah Tranungkite Online terkantoi apabila salah seorang sahabat wanita tersebut mendedahkan bahawa wanita tersebut BUKAN ANGGOTA POLIS tetapi ahli PKR…

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, Tranungkite Online masih belum membuang artikel tersebut…

Jelas niat Tranungkite Online adalah untuk memfitnah anggota Polis, tetapi akhirnya terkantoi…

Artikel Fitnah: Polis Menyamar Peserta BERSIH 3.0 Pengsan Terkena Tear Gas!

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Tinggalkan komen

16 September Hari Malaysia

Di sini eXception ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia khususnya pengunjung blog ini tak kira apa fahaman politik pun serta tak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan tak kira di mana sahaja korang berada…

Kepada Bro Anwar… 16 September telah menggamit memori lucu di mana angan-angan Mat Jenin anda tidak menjadi… We got the number?? What number?? Number of people you’ve fool or number of MP joining Pakatan Haprak??

Ingat 16 September, ingat penipuan 16 September Anwar…

Pendedahan Eksklusif: Benarkah Dinar Emas Kelantan Tak Laku??

46 Komen

Pendedahan Eksklusif: Benarkah Dinar Emas Kelantan Tak Laku??

Ini bukan telahan yang dibuat oleh eXception sendiri tetapi pendedahan yang dibuat oleh saudara Rahim Rahman di dalam Nadi Rakyat. Beliau mendakwa pernah cuba membawa dinar emas ke sebuah pajak di Kuala Lumpur, tetapi taukeh pajak gadai mendakwa dinar emas itu tidak laku, kerana ianya bukan emas tulen tetapi hanyalah campuran besi dan tembaga kemudian disadur dengan emas.

Dakwaan yang dibuat oleh saudara Rahim Rahman itu perlu disiasat dengan teliti kebenarannya, jika ianya ternyata benar, maka rakyat Kelantan yang membeli dinar emas ini telah ditipu hidup-hidup oleh seorang Ulamak kerana menjual dinar emas yang hakikatnya nilainya jauh lebih rendah dari nilai semasa membelinya.

Setelah diselidik dengan saudara Rahim Rahman, barulah eXception faham bahawa Dinar Emas Kelantan ini hanyalah propa sahaja, ianya sama sahaja dengan wang syiling kita, yang mana wang syiling kita hanya laku dalam Malaysia, manakala Dinar Emas Kelantan ini hanya laku dalam Negeri Kelantan sahaja, kerana nilainya bergantung kepada sijil perakuan nilainya sahaja. Bermakna jika ada sijil perakuan tersebut, maka lakulah Dinar Emas Kelantan ini, tetapi hanya dalam Kelantan sahaja.

Ianya bukanlah emas 917 seperti yang tercetak pada Dinar Emas di atas. Kerana seperti didakwa oleh saudara Rahim Rahman, dinar emas tersebut bukanlah 100% emas, tetapi campuran besi dan tembaga yang disadur emas sahaja. Ianya tidak sama dengan syiling Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara yang mana syiling Kijang Emas adalah diperbuat dari emas dan ianya laku di mana sahaja di serata dunia, kerana ianya adalah emas tulen. Saudara Rahim Rahman dakwa lagi kandungan 917 emas pada Dinar Emas Kelantan hanyalah kandungan saduran emas sahaja.

Andai satu hari nanti Kerajaan PAS Kelantan tumbang dalam PRU, maka Dinar Emas Kelantan yang disimpan oleh rakyat Kelantan sudah tidak sah diperlakukan lagi kerana kerajaan negeri yang baru tidak akan memperakui nilainya kerana ianya bukanlah diperbuat oleh emas seperti didakwa saudara Rahim Rahman. Maka rakyat Kelantan tidak akan dapat menjual atau menggadai Dinar Emas Kelantan ini kerana nilainya hanya ditentukan oleh Kerajaan sekarang, walaupun ianya bukan emas tulen. Itupun selagi ada rizab simpanan emas sebagai jaminan dinar, jika kerajaan terdahulu tidak menggelapkannya, Itu yang dikatakan saudara Rahim Rahman.

Malah saudara Rahim Rahman juga mendakwa nilai Dinar Emas Kelantan ini tidak sah diperlakukan di mana-mana bank di Kelantan, kecuali di premis-premis perniagaan yang mempunyai aku janji dengan Kerajaan PAS Kelantan supaya menerima dinar emas ini seperti Ringgit Malaysia. Malah dakwa saudara Rahim Rahman lagi, Husam Musa juga telah mengumumkan beberapa pajak gadai di Kelantan (kawasan bandar sahaja) supaya boleh menerima dan memperakui sah nilai Dinar Emas Kelantan ini setaraf nilai yang tercatat dalam sijil. Pajak-pajak gadai yang tidak mempunyai aku janji dengan Kerajaan PAS Kelantan tidak memperakui dinar emas ini.

Untuk rujukan pengunjung sekelian berkenaan kenyataan saudara Rahim Rahman, anda boleh melihat ke dalam page ini: Rahim Rahman’s Photos – Wall Photos

Nota: Segala kenyataan adalah berdasarkan dakwaan saudara Rahim Rahman, eXception hanya mendedahkan untuk mencari kebenaran.

Older Entries