Banjir Kilat Di Kajang… UMNO Juga Yang Dipersalahkan?

Petang semalam warga Kajang kecoh apabila air Sungai Langat melimpah dan membanjiri sekitar Pekan Kajang… Hujan lebat yang luar biasa petang semalam menyebabkan Sungai Langat tidak mampu menampung kadar hujan yang turun petang semalam hingga menyebabkan air Sungai Langat melimpahi tebing dan membanjiri Pekan Kajang petang semalam.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang dirakam di sekitar Pekan Kajang petang semalam… (gambar ihsan blog Sah dan Tak Sah)

Di sini eXception ingin mengulas antara punca-punca banjir kilat yang mendadak itu berlaku…

1) Kadar hujan yang turun petang itu sangat lebat menyebabkan paras air sungai tidak mampu menampung kadar hujan dan melimpahi tebing.


Di atas ialah graf kadar hujan yang turun di Kajang pada 2 Disember 2011.


Di atas merupakan graf menunjukkan paras air Sungai Langat pada 2 Disember 2011.

2) Pembuangan sampah yang tidak terkawal ke dalam sungai dan longkang menyebabkan aliran tersekat. Ini disebabkan kontraktor baru yang dilantik oleh Kerajaan Selangor, mungkin tidak melaksanakan tugas mereka…

3) Dikatakan Kerajaan Negeri Selangor telah membatalkan projek tebatan banjir di Kajang yang diluluskan oleh Kerajaan terdahulu.

4) Boleh dikatakan banjir di Kajang merupakan AMARAN dari Allah bahawa aktiviti maksiat, murtad semakin berleluasa… Rumah urut tumbuh bagai cendawan… Aktiviti kristianisasi berleluasa…

5) Jika dulu semasa banjir di Pekan, Pahang. Ramai yang mengatakan punca bajir tersebut adalah kerana dosa Datuk Seri Najib, maka tak salah jika eXception katakan di sini bahawa banjir di Kajang merupakan akibat dosa MB Selangor, iaitu Khalid Gagap…

Mungkin ada puak-puak PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa banjir di Kajang juga sebahagian dari dosa mereka akan menyalahkan UMNO… Walaupun UMNO sudah tidak ada kena mengena dengan Selangor, mereka akan mengada-adakan cerita kununnya, UMNO arahkan melepaskan air empangan supaya Kajang banjir… Ha ha ha ha ha ha!! Mungkin juga mereka mengada-adakan cerita kununnya… UMNO menyekat aliran air Sungai Langat… Ha ha ha ha ha ha!! Hanya puak-puak dungu dan BAHALOL sahaja percaya cerita BODOH ini… Ha ha ha ha ha ha ha!!