Rejim Khalid Gagap Gadai Tanah Yayasan Selangor??

Tinggalkan komen

Rejim Khalid Gagap Gadai Tanah Yayasan Selangor??

Selepas berjaya menutup asrama milik Yayasan Selangor, rejim Khalid Gagap sekali lagi cuba menghancurkan Yayasan Selangor sedikit-demi sedikit dengan menjual aset-aset Yayasan Selangor, termasuklah tanah di LOT PT 4221 yang mahu digadaikan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Cina?

Cubaan menghapuskan Yayasan Selangor secara perlahan-lahan atas kehendak rejim komunis DAP dalam Pakatan Rakyat Selangor mula menampakkan hasil. Mula-mula menutup asrama Yayasan Selangor, kemudian menggadaikannya… Kemudian tanah lain milik Yayasan Selangor pula digadaikan… Apa sudah jadi??

Di bawah ini adalah antara sebahagian surat-surat yang mengesahkan kisah di atas… (Sila klik gambar untuk besarkan)

Selepas ini akan ada lagi tanah-tanah yang bakal digadaikan oleh rejim Khalid Gagap… Mana tahu, tanah pusaka milik keluarga kita pula menjadi mangsa nanti?? Asalkan dikawal Pejabat Tanah, semua boleh jadi atas kehendak DAP…

Panas!! Exco Agama Selangor Fail Rukun Islam??

Tinggalkan komen

Panas!! Exco Agama Selangor Fail Rukun Islam??

Papan tanda di atas terletak di Shah Alam, Selangor berhampiran dengan stadium Shah Alam…

Kesian Exco Agama Islam Selangor yang baru…

Menunaikan zakat rukun Islam ketiga ke??

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat – Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Kesian… Kesian… Siapa ya Exco Agama Islam Selangor sekarang??

Suara Pakatan Rakyat Bantah Tanah YBK Dikembalikan?

Tinggalkan komen

Suara Pakatan Rakyat Bantah Tanah YBK Dikembalikan?

Mungkin cerita ini sudah basi bagi korang, tapi eXception perlu mengulas apa yang dicanang oleh Suara Pakatan Rakyat berkenaan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan yang dirampas secara zalim oleh Pakatan Rakyat Selangor. Kononnya Pakatan Rakyat mendakwa YBK gagal menjelaskan cukai tanah, sedangkan Ketua Menteri Melaka secara sukarela membayar cukai tersebut bagi pihak YBK, tetapi ditolak oleh Pakatan Rakyat.

Jangan Kembalikan Tanah YBK

SELURUH negara terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang memutuskan untuk mengembalikan semula tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas kerajaan Selangor pada 2010 kerana kegagalan membayar cukai.

Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa ada elemen dalam sistem kehakiman negara ini masih tidak bebas dari pengaruh eksekutif yang diterajui UMNO kerana YBK adalah organisasi kebajikan yang ditubuhkan kerajaan Selangor sewaktu berada di bawah pentadbiran UMNO dahulu.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom adalah bekas ADUN UMNO bagi kawasan Batang Kali.

Paling memeranjatkan kerana keputusan dibuat di peringkat Mahkamah Tinggi – peringkat Mahkamah yang diketahui telah melalui reformasi besar-besaran sewaktu Datuk Zaid Ibrahim menjadi Menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang!!

Ketika itu, Zaid berjaya menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar melantik hakim dan pesuruhjaya kehakiman (terutama diperingkat Mahkamah Tinggi) dari kalangan mereka yang lebih bebas dan berkredebiliti serta tidak mudah dipengaruhi kerajaan memerintah.

Termasuk di antaranya bekas penasihat undang-undang PAS, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof.

Tidak hairan kenapa banyak kes-kes melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya di peringkat Mahkamah Tinggi sebelum keputusan bertukar sebaliknya di peringkat Mahkamah lebih tinggi seperti Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimana pun, penulis lihat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu mempertahankan tanah ini dari terlepas ke tangan YBK – walaupun setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan.

Gunakanlah segala saluran perundangan yang ada untuk memastikan 4 blok tanah seluas 323.7 hektar tersebut kekal dalam pemilikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Penulis yakin perkara ini mampu dilakukan kerana Pakatan Rakyat mempunyai barisan peguam yang hebat-hebat untuk memastikan perkara ini menjadi kenyataan.

Kegagalan mempertahankan tanah ini pasti ‘memeritkan’ semua orang kerana ia bermaksud menyerahkan apa yang sepatutnya jadi milik Pakatan Rakyat kepada UMNO.

Lagipun, penulis dimaklumkan, beberapa bahagian tanah ini dalam proses diserahkan kepada syarikat pemaju untuk dibangunkan dengan pusat perniagaan komersial yang akhirnya mampu mendatangkan pendapaatan yang lumayan kepada kerajaan negeri.

Nak dibandingkan dengan perancangan YBK untuk membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Serendah yang tidak mempunyai nilai komersial tinggi. Selain kadar cukai yang tidak seberapa.

Maka itu, tanah ini wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Semalam penulis dimaklumkan, perancangan sudah dibuat untuk melengah-lengahkan proses rayuan di Mahkamah Rayuan sehingga selepas PRU 13 berakhir.

Rencananya, kalau Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, segalanya dijangka akan lebih mudah, hasil dari reformasi kehakiman yang bakal dijalankan secara menyeluruh nanti.

Suara Pakatan Rakyat seolah-olah menyokong tindakan MB Selangor merampas tanah milik hak orang lain. Itu baru perintah Selangor. Esok bila dah perintah satu Malaysia, tanah mak-bapak kita kat kampung pun akan dirampas ikut suka tekak diorang.

Kononnya YBK tu NGO di bawah Barisan Nasional, sebab itu hak YBK cuba dinafikan oleh rejim Khalid Gagap ini… Sedangkan YBK hanyalah sebuah NGO bebas yang tidak berasaskan keuntungan yang bertujuan untuk membantu rakyat miskin dalam negeri Selangor. YBK hanyalah sebuah Yayasan yang merupakan satu tabung untuk membantu golongan miskin. YBK tidak ada kaitan langsung dengan politik. Tetapi cuba diheret ke kancah politik apabila isu pemulangan semula tanah YBK cuba dipolitikkan.

Apakah tanah milik YBK bakal menerima nasib yang sama seperti tanah milik Yayasan Selangor yang diserahkan bulat-bulat kepada Pusat Kebudayaan Cina? Apa kewajaran tanah milik sebuah Yayasan yang sepatutnya membantu orang melayu, tetapi diberi kepada orang cina??

Kepada Suara Pakatan Rakyat, terima sahaja hakikat dan kebenaran dengan pahit. Allah akan bayar cash atas apa kejahatan dan kekejaman kita lakukan di atas dunia… Usah lagi ditegakkan benang yang basah… Tanah siapakah yang akan jadi mangsa selepas ini?? Tanah mak bapak anda?? Atau tanah mak bapak sahabat anda?

Pesta Mabuk-Mabuk Dengan Carlsberg Di Selangor

Tinggalkan komen

Pesta Mabuk-Mabuk Dengan Carlsberg Di Selangor

Dasat!! Memang dasat!! Secara terang-terangan Movida Kitchen, Bar & Club Lounge ni buat promo pesta mabuk-mabuk dalam Facebook.

Mentanglah Hassan Ali dah ditendang keluar dari kerajaan Selangor. Berpesta sakan la Ronnie Liu.

Jadi nak salahkan siapa kali ni?? Nak salahkan UMNO sebab tak tutup kilang Carlsberg walaupun PAS pernah berjanji nak tutup kilang tersebut sebelum ayam berkokok jika PR menang di Selangor??

Apa pula Exco Adat dan Sosial boleh lakukan?? Nganga sahaja lah…

Selangor Ambil Alih Syarikat Konsesi Tol??

Tinggalkan komen

Selangor Ambil Alih Syarikat Konsesi Tol??

Dikhabarkan kununnya Kerajaan Selangor nak ambil alih beberapa syarikat konsesi tol seperti KESAS, Grand Saga dan SPRINT minggu depan dan menawarkan tol percuma pada Januari 2013. Apakah ini cerita Maharaja Lawak? Atau mungkin cerita Mahaguru Lawak?? Mungkin juga cerita Mahaguru Berak Tak Lawas?? Kah kah kah kah kah!!

Persoalan sekarang… Kenapa baru sekarang kerajaan Selangor nak umumkan tol percuma?? Kenapa tak sejak tahun 2008 lagi?? Atau adakah kerana Kerajaan PR Selangor menyedari bahawa adalah MUSTAHIL untuk memenangi PRU 13 nanti dengan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Selangor??

Mungkin Kerajaan PR menjangka bahawa PRU 13 akan diadakan pada bulan hadapan? Mungkin juga pada bulan Disember 2012?? Maka dicanang bahawa akan beri tol percuma pada Januari 2013. Bagaimana jika PRU 13 tak diadakan pada tahun 2012? Bagaimana jika ianya diadakan pada bulan Mac atau April 2013?? Adakah Kerajaan Selangor akan tunda pula tol percuma ke bulan Januari 2014 sambil memberikan bermacam-macam alasan yang mana akan menuduh kononnya mendapat halangan kerajaan persekutuan??

Gameplay Kerajaan PR Selangor sudah boleh dibaca… Jika benar, Kerajaan PR Selangor hendak mengambil alih syarikat konsesi tol tersebut? Berapakah kos ganti-rugi yang perlu Kerajaan Selangor bayar kepada syarikat konsesi? Siapakah yang akan menanggung kerugian tersebut?? Syarikat milik kerajaan negeri yang manakah sekali lagi menjadi kambing hitam menanggung semua kerugian tersebut seperti mana PKNS terpaksa mengambil alih hutang milik Talam Corporation?

Duit manakah kerajaan Selangor akan REMBAT kali ini?? Adakah duit baitulmal?? Adakah duit Yayasan Selangor? Apakah akan ada tanah yang akan di REMBAT oleh Kerajaan Selangor kemudian dijual??

Mengapakah hanya melibatkan 3 lebuhraya? Mengapa tak melibatkan Lebuhraya Persekutuan? Lebuhraya KL-Kuala Selangor? Lebuhraya Guthrie? Lebuhraya DUKE? Lebuhraya SKVE? Lebuhraya NKVE? Lebuhraya LDP?

Kepada rakyat Selangor, diminta tidak tergoda dengan berita ini… Kerajaan PR Selangor tidak mampu untuk mengambil alih syarikat konsesi tersebut dan menanggung segala kos kerugian yang dialami oleh syarikat konsesi… Janji untuk memberikan tol percuma bermula Januari 2013 hanyalah gula-gula untuk menghadapi PRU 13 yang mereka sangka akan diadakan pada tahun ini. Sekiranya PRU 13 diadakan pada tahun 2013, adakah mereka akan menunaikan janji mereka atau memberikan bermacam-macam alasan?? Fikirkan… Sedangkan masalah air bersih yang semudah itu tak dapat diselesaikan, inikan pula hendak ambil alih syarikat konsesi tol?

Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??

Tinggalkan komen

Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??


Pakatan Biawak sudah takut dengan bayang-bayang PRU 13 yang semakin hampir

Pakatan Biawak hari ini mengumumkan untuk tidak melaksanakan pilihanraya umum serentak dengan dengan negeri-negeri lain… Bayang-bayang ajal Pakatan Biawak semakin terserlah apabila Anwar China Doll, mula menyalahkan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang dikatakan tidak telus walaupun SUDAH TERBUKTI bahawa Pakatan Biawak telah memenangi 5 negeri dalam PRU 12 yang lepas secara telus dan adil.

Pakatan Biawak mula merapu-rapu dan meracau-racau apabila bayang ajal Pakatan Biawak semakin hampir… Walaupun diberikan panadol serta china doll, tetapi demam kuning yang sedang melanda Pakatan Biawak semakin lama semakin parah dan menanti masa ajalnya tiba…

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

“Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.

Sumber: MBIKINI

Bandar Puchong – Hatyai Malaysia!?

Tinggalkan komen

Bandar Puchong – Hatyai Malaysia!?


SEORANG wanita sedang menunggu pelanggan di lorong belakang sebuah pusat hiburan di bandar Puchong, Selangor.

KUALA LUMPUR – Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.

Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

Older Entries