Datuk Hj Solah Mat Hassan Jawab Isu AES

Tinggalkan komen

Datuk Hj Solah Mat Hassan Jawab Isu AES

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya pelantikan pembekal bagi teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Malaysia dibuat secara tergesa-gesa oleh kerajaan tanpa menggunakan tender.

Beliau berkata, sistem AES hanya dilaksanakan selepas wakil Kementerian Pengangkutan, JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melawat beberapa negara bagi mendapatkan gambaran dan penilaian keberkesanan sistem itu hampir lapan tahun lalu.

“Antara negara yang dilawati adalah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Perancis, United Kingdom dan Switzerland yang menggunakan teknologi AES. Lawatan juga dilakukan ke negara China bagi meninjau dan menilai teknologi AES di negara tersebut.

“Hasil lawatan dimaklumkan kepada pihak kerajaan pada Disember 2005 yang seterusnya bersetuju supaya AES dilaksanakan. Satu jawatankuasa pemandu turut ditubuhkan bagi meneliti keperluan pengguna, kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu lima jawatankuasa kerja,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Solah berkata, kerajaan pada November 2006 kemudiannya bersetuju untuk mempelawa sembilan buah syarikat yang merupakan peneraju utama dalam pelaksanaan sistem AES di seluruh dunia untuk menyertai tender JPJ(S) T.6/2006: Request For Proposal For The Implementation Of Automated Enforcement System.

Syarikat terbabit adalah Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. (A.T.E.S Sdn Bhd) (dengan Robot dari Germany), Beta Tegap Sdn. Bhd. (dengan Redflex dari Australia), Tess Capital Sdn. Bhd. (dengan Poltaich dari Australia); Tricubes Berhad (dengan SAGEM dari Perancis); Precision Hawk eye (M) Sdn. Bhd. (dengan Sianco Traficco dari Sepanyol); Acropolis Avenue Sdn. Bhd. (dari China, Neza Teguh Sdn. Bhd. (dengan Sensys dari Sweden); Tenix Solutions Pte Ltd. ( dengan Tenix dari Australia) dan Hyundai Information Technology Korea.

Jelas beliau, dua syarikat iaitu Hyundai Information Technology Co. Ltd. dan Tenix Solutions Pty Ltd. bagaimanapun tidak mengemukakan cadangan teknikal manakala tujuh pembekal teknologi telah mengemukakan cadangan teknikal melalui wakil syarikat tempatan masing-masing.

Kata beliau, selepas membuat penilaian teknikal, ketujuh-tujuh syarikat berkenaan telah diminta untuk mengadakan ujian iaitu demonstrasi secara langsung di jalan raya Malaysia tetapi hanya enam syarikat menyertai demonstrasi itu manakala satu syarikat menarik diri.

Katanya lagi, demonstrasi keupayaan sebenar sistem yang ditawarkan oleh pembekal teknologi dalam mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju itu mengambil masa lebih sebulan di Putrajaya, Shah Alam dan Lebuhraya Guthrie di Selangor bermula penghujung Jun hingga akhir Julai 2007.

Malah, katanya, sebanyak 43 senario perlanggaran peraturan had laju serta lampu isyarat yang biasa berlaku di jalan raya Malaysia telah diuji dan sebanyak 63, 640 imej telah dikeluarkan hasil ujian berkenaan.

Tambah beliau, kriteria terpenting yang dinilai dalam ujian itu adalah imej yang dirakam berupaya menjadi bahan bukti di mahkamah dan susulan demonstrasi itu, hanya dua pembekal teknologi melepasi kelayakan teknikal yang dinilai jawatankuasa teknikal.

Menurut beliau, kedua-dua pembekal teknologi yang berkelayakan secara teknikal adalah Redflex Traffic Systems Pty Ltd. yang diwakili oleh Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Robot Visual Systems yang diwakili oleh ATES Sdn. Bhd.

Kerajaan selanjutnya pada Februari 2008 bersetuju dengan Laporan Penilaian Teknikal dan kedua-dua syarikat diminta mengemukakan cadangan kewangan, kata Solah lagi.

Kata beliau, selepas beberapa siri rundingan antara kerajaan dan syarikat terbabit, kerajaan pada 9 Disember 2011 menandatangani perjanjian dengan kedua-dua syarikat itu dan sistem AES mula beroperasi di 14 lokasi mulai 23 September 2012.

“Ini bermakna pemilihan dan pelantikan kedua-dua syarikat itu dibuat melalui proses tender dan tidak dilakukan secara tergesa-gesa malah dibuat secara teliti, telus dan melibatkan pelbagai pihak sehingga mengambil masa yang begitu lama iaitu hampir lapan tahun,” tegasnya. – mynewshub.my

Advertisements

Pencacai Pakatan Haram Spin Isu Mobile Unit AES

Tinggalkan komen

Pencacai Pakatan Haram Spin Isu Mobile Unit AES

Seperti biasa, dah resmi pencacai Pakatan Haram, semua isu akan dispin sampai pening… Isu kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan yang mempunyai label Automated Enforcement Mobile Unit disangkanya milik syarikat swasta… Sudah dasar orang bodoh, akan cuba memperbodohkan diri sendiri…

Pemasangan sistem kamera AES sememangnya melibatkan syarikat swasta, tetapi AES Mobile Unit sepenuhnya dikendalikan oleh PDRM dan JPJ.

Beza antara AES Mobile Unit dan AES Kamera Statik ialah Mobile Unit merujuk kepada unit yang akan membawa kamera mudah alih, di mana di kawasan tersebut tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya.

Sebagai contoh, speed trap konvensional yang memerlukan anggota Polis untuk berada di lokasi untuk merakam kenderaan yang melebihi had laju. Ini adalah contoh mobile unit. Tidak ada kena mengena langsung dengan syarikat swasta. Jelas pencacai Pakatan Haram cuba memperbodohkan diri sendiri dan rakyat Malaysia. Malah pemimpin Pakatan Rakyat juga berjaya memperbodohkan diri sendiri di dalam parlimen.

Cuma bezanya AES dengan speed trap yang lama, di mana lokasi AES adalah tetap. Manakala speed trap yang lama tidak tetap kedudukannya. Sila rujuk portal Jabatan Pengangkutan Jalan untuk maklumat yang lebih jelas…

Sumber Fitnah

Awal-awal Kroni Sudah Besar Kepala, Syarikat Konsesi AES Menyamar Pegawai JPJ

Sumber Fakta

Automated Enforcement System (AES)

Apabila Blogger Bangang Berbicara Mengenai Perlaksanaan AES

Tinggalkan komen

Apabila Blogger Bangang Berbicara Mengenai Perlaksanaan AES

eXception ingin sekali menyelar sikap blogger bangang sorang ni yang tak khatam lagi pasal info kamera AES ni kemudian meroyan lebih-lebih dalam blognya. Siapa lagi jika bukan blogger RBF di dalam artikelnya bertajuk: BR1M Duit Untuk Rakyat , SR1M Kaut Duit Rakyat

Inilah jadinya apabila seorang blogger MALAS mencari maklumat berkenaan AES dan hanya bercerita berdasarkan hear say atau cakap-cakap orang. Bukan susah pun nak cari maklumat pasal AES ni, dalam portal Jabatan Pengangkutan Jalan ada maklumatnya.

Pertama sekali eXception nak betulkan tanggapan RBF bahawa KEBANYAKAN KEMALANGAN BERLAKU AKIBAT MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU!! Mungkin RBF dah terbiasa memandu laju sampai 120 KM/J sampai rasa masih perlahan… Ye lah jiwa muda la katakan, mesti nak tekan pedal minyak sampai cecah ke lantai… Maka natijahnya… Inilah jadinya…





Gambar-gambar di atas merupakan antara kes kemalangan yang melibatkan memandu melebihi had laju yang dibenarkan lalu menyebabkan hilang kawalan kemudian terjadi kemalangan.

Mungkin blogger RBF tidak pernah belajar fizik berkaitan dengan had laju dan momentum… RBF perlu sedar bahawa semakin laju kenderaan kita pandu, semakin mudah kita akan hilang kawalan terhadap jentera kita pandu itu.

Berkenaan dengan AES, RBF perlu bukak mata luas-luas… Setiap lokasi yang dipasang kamera pengawasan telah dipacak papan tanda amaran dalam lingkungan 2 kilometer sebelum lokasi kamera bagi kamera perangkap had laju, manakala lingkungan 50 hingga 500 meter bagi kamera lampu isyarat. Bermakna, kemera AES ini bukanlah seperti kamera speedtrap biasa yang mana anggota Polis trafik terpaksa menyorok dalam semak atau dalam longkang. Kamera AES ini tidak disorok malah ianya mudah disedari pengguna jalanraya dengan adanya papan tanda kuniNg besar yang bertulis ‘ZON OPERASI KAMERA’.

Kedua, pemasangan kamera AES bukan hanya merakam kenderaan yang dipandu laju, tetapi juga merakam kenderaan yang melanggar lampu isyarat merah.

Satu lagi RBF perlu tahu, had laju di lebuhraya ialah 110 KM/J, bukan 90 KM/J seperti RBF dakwa. Mungkin RBF tak pernah tengok papan tanda had laju di lebuhraya-lebuhraya. Manakala had laju di jalan persekutuan, jalan negeri barulah had lajunya ialah 90 KM/J. Manakala had laju di jalan bandar pula adalah 60 KM/J. Bermakna RBF boleh pecut kenderaan sampai 109 KM/J tanpa kena saman dilebuhraya.

Di Putrajaya ni walaupun jalanraya adalah dua lorong, kemalangan tetap berlaku. Jangan RBF sangka Putrajaya ni bebas kemalangan. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di Putrajaya adalah disebabkan memandu melebihi had laju. Jangan disalahkan jalan pula, sebab keadaan jalanraya di Putrajaya ini elok-elok sahaja.

Cuba RBF congak jumlah kemalangan jalanraya akibat memandu melebihi had laju sejak tahun 2000 hingga 2012…

Jadi… Lain kali sebelum RBF meroyan tak tentu pasal, sila selidik dulu. Allah bagi kita akal supaya kita berfikir dan mencari maklumat. eXception minta maaf kalau terkasar bahasa. Ye lah eXception ni bukan blogger OTAI macam RBF yang jadi WANTED pencacai Pakatan Rakyat sampai lebam kena belasah. eXception ni blogger biasa sahaja… Boleh dikatakan blogger tepian longkang ajer…

Maklumat lanjut berkaitan AES:

AES Akan Beroperasi Bermula Hari Ini

FAQ Automated Enforcment System – AES

Lokasi Terkini AES

Lokasi AES – Had Laju

Lokasi AES – Lampu Isyarat

Antara Kemalangan Akibat Melebihi Had Laju

Kerana kemalangan, kereta itu putus dua

KEMALANGAN MAUT DI PUTRAJAYA

GAMBAR: Bila Nissan GTR Dan Skyline ‘Hentam’ Pokok Di Kuantan, 4 Maut

4 maut 2 parah

Maut Rempuh Pokok

Kereta baru remuk dirempuh

Padah Pandu Laju

Pemandu Maut – Kereta Terbabas Rempuh Lori


Mitsubishi Lancer Terjun Tak Menjadi…

Akibat Melanggar Lampu Merah

Ammar Kristal Terselamat – Kemalangan 3 Kereta, 1 Maut

2 Maut – Waja Rempuh Wira Di Persimpangan Lampu isyarat

Mangsa Kenderaan Lain Yang Dipandu Laju

Dua beranak maut, satu parah – Kemalangan ngeri libatkan tiga kenderaan di Jalan Jelatek

Mari Belajar Tentang Fizik Momentum

:: Fizik | Momentum ::

Nota: Cadangan RBF untuk memasukkan subjek undang-undang jalanraya sejak sekolah amat melucukan, sedangkan kelas undang-undang jalanraya yang diajar semasa kita hendak mengambil lesen L pun orang boleh buat-buat lupa inikan pula apa yang diajar semasa sekolah.

Nak elak kena saman, patuhi undang-undang jalanraya. JPJ takkan saman orang yang bawak tak melebihi dari had laju yang dibenarkan. JPJ juga takkan saman orang yang tidak melanggar lampu merah.

AES Akan Beroperasi Bermula Hari Ini

Tinggalkan komen

AES Akan Beroperasi Bermula Hari Ini


Smile!!! You are on candid camera!!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok.

Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokas
i bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.

Pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

“Orang ramai harus melihat pelaksanaan AES sebagai cara untuk mendidik pengguna jalan raya, bukan untuk memberi lebih kuasa kepada JPJ untuk keluarkan saman,”

Pengguna jalan raya boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut. Kamera yang merakam kesalahan memandu melebihi had laju, papan tanda akan diletakkan dalam lingkungan dua kilometer dari lokasi kamera AES dipasang.

“Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula, papan tanda akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.

“Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk senarai lokasi pemasangan kamera AES di laman web JPJ iaitu http://www.jpj.gov.my,”

Pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES boleh mengajukan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Kawalan AES di talian 03-7846 4400 bagi negeri Perak dan 03-7628 8268 untuk negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.


Lokasi AES seluruh Malaysia


Nota: Pemasangan sistem AES ini bukanlah mahu membebankan rakyat, tetapi ianya mahu mendidik rakyat supaya mematuhi undang-undang jalanraya. Sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan lagi kes kemalangan akibat kenderaan dipandu melebihi had laju. Jika banyak berlaku kes kemalangan, kerajaan juga akan dipersalahkan. Bila kerajaan bertegas dengan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan dikata zalim pula.