Nahas Helikopter: Datuk Seri Hishamuddin Serta Keluarga Terselamat

Tinggalkan komen

Nahas Helikopter: Datuk Seri Hishamuddin Serta Keluarga Terselamat


KEADAAN helikopter yang dinaiki Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya yang terbalik di TUDM Sungai Besi, hari ini. – Foto Berita Harian

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan juruterbangnya terselamat selepas helikopter yang naiki mereka mendarat cemas di Lapangan Terbang Sungai Besi di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, pesawat tersebut hilang kawalan ketika ingin mendarat akibat tiupan angin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai tidak bimbang kerana tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku

-Utusan Malaysia

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya yang terselamat dalam nahas helikopter kini berada di Hospital Angkatan Tentera Sungai Besi akibat trauma.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada kira-kira jam 3.50 petang itu.
Ketika kejadian, rombongan menteri berkenaan dalam perjalanan pulang dari Johor apabila cuaca dan angin kencang menyebabkan pesawat terbabit tergelincir.

-Berita Harian

Nahas Helikopter. Tiga Kenamaan Terkorban. Juruterbang Selamat.

Tinggalkan komen

Nahas Helikopter. Tiga Kenamaan Terkorban. Juruterbang Selamat.

Khamis 18 Oktober – Sebuah helikopter yang membawa tiga orang kenamaan telah terhempas petang tadi. Jurucakap Polis berkata nahas berlaku sekitar jam 4 petang tadi telah mengorbankan kesemua kenamaan kecuali seorang juruterbang terselamat.

Ketua Polis Wilayah Barat, Datuk Fong Tong Keng berkata punca kemalangan belum dapat dipastikan lagi. Soal-siasat sedang dilakukan terhadap juruterbang di Hospital Wilayah Barat, di mana juruterbang tersebut di rawat.

Temubual dengan penduduk setempat memberitahu mereka mendengar bunyi helikopter yang kuat sebelum ianya senyap seketika kemudian satu letupan kuat kedengaran jauh di dalam hutan.

Polis dengan bantuan pasukan keselamatan sedang berusaha mengeluarkan mayat kenamaan tersebut. Buat masa ini nama orang kenamaan tersebut masih belum disiarkan oleh Polis sehingga sidang akhbar jam 6.00 petang nanti.

Wartawan Berita Hairan yang berada di Hospital Wilayah Barat melaporkan, Polis sudah mengeluarkan hasil soal-siasat terhadap juruterbang helikopter tersebut. Berikut adalah antara kandungan soal-siasat yang dijalankan.

Polis: Boleh ceritakan keadaan cuaca ketika melalui kawasan kejadian?

Juruterbang: Cuaca ketika itu hujan agak lebat, suhu memang sejuk.

Polis: Baiklah sebelum berlepas adakah helikopter ada mengalami masalah teknikal?

Juruterbang: Saya pasti helikopter berada dalam keadaan baik dan tiada masalah teknikal dikesan.

Polis: Jadi, bagaimana helikopter tersebut boleh terhempas?

Juruterbang: Saya pun tak tahu mengapa, tapi disebabkan cuaca yang sejuk akibat hujan, saya menutup suis kipas. Selepas itu keadaan menjadi senyap dan helikopter secara tiba-tiba menjunam ke bawah.