Pas Pusat akan dapatkan penjelasan Hasan

KUALA LUMPUR – Pas Pusat akan mendapatkan penjelasan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung desakan beliau agar kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu dikaji semula.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, penjelasan tersebut penting supaya tidak timbul salah faham dan kekeliruan mengenai maksud sebenar desakan itu.

Katanya, beliau akan bertemu dengan Hasan dalam waktu terdekat bagi mendengar sendiri dalam kontek apakah desakan itu dibuat.

“Saya akan dapatkan penjelasan daripada beliau (Dr Hasan) tentang kenyataan itu. Kita perlu dapatkan mengesahan dan dengar sendiri daripada mulut beliau apa yang sebenarnya dicakapkan.

“Pas juga perlu dapat penjelasan dalam kontek apa dia cakap. Ini penting supaya tidak timbul salah faham daripada kenyataan dikeluarkannya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kewajaran desakan yang dibuat Hasan, Salahuddin berkata, beliau tidak boleh ulas secara mendalam kerana perlu terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada Hasan sendiri.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas mengenai tindakan Hasan itu berkata, terpulanglah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menangani isu tersebut kerana ia berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

Mahfuz berkata, Pas Pusat tidak akan campur tangan kerana soal pelantikan seseorang Exco dan keputusan mengenai portfolio yang dipegang terletak di bawah bidang kuasa Menteri Besar.

Keputusan itu, katanya,. bagaimanapun terlebih dahulu dibincang dan dipersetujui bersama di kalangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan sebarang tindakan berkaitan desakan tersebut semuanya terpulang kepada Menteri Besar Selangor.

“Saya tak nak komen sama ada betul atau tidak tindakan tersebut. Semua portfolio di bawah bidang kuasa Menteri Besar dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan tetapi bagi isu-isu seperti mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dibawa berbincang sesama rakan Pakatan agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari,” katanya. – Bernama

PAS tidak campur isu arak di S’gor

PAS di peringkat pusat tidak akan mencampuri urusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman alkohol, tegas setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini.

Kontroversi terbaru muncul antara Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, juga exco agama Selangor, yang mahu menegaskan pengharaman minuman itu di kalangan orang Islam dan turut meminta seorang exco lagi, yang juga pemimpin DAP, Ronnie Liu agar tidak campur tangan.

Mustafa juga menjelaskan PAS Pulau Pinang telah memutuskan tiga nama calon untuk disenaraipendek oleh mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hujung minggu ini bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Sumber: Malaysikini

Nampaknya PAS Pusat sendiri tiada minat untuk campur tangan dalam kes ini. seolah-olah PAS Pusat merestui tindakan Khalid mempertahankan kafir harbi, Ronnie Liu. Walaupun Khalid sebagai MB Selangor, PAS berhak campur tangan kerana PAS juga mempunyai kerusi di Selangor. Sedangkan urusan-urusan negeri lain yang dibawah pentadbiran Barisan Nasional, PAS boleh kacau daun, inikan pula Selangor.

Di sini kita boleh nampak tiada kesungguhan oleh PAS Pusat mengatasi isu ini. Malah tiada kecaman terhadap Ronnie Liu, akan tetapi Hassan Ali pula dipanggil mengadap PAS Pusat. Jika PAS Pusat meminta penjelasan Hassa Ali sudah pastinya, mereka akan bebankan kesalahan tersebut pada bahu Hassan Ali.

Inilah PAS sekarang. PAS yang hanya menjadi boneka Anwar Ibrahim dan DAP. PAS dulu sudah berbeza dengan PAS sekarang. Tiada langsung kesungguhan menegakkan Islam jika ianya berkaitan dengan DAP. Jika BN, pastinya PAS dengan lantang mengecam dan mengutuk tindakan BN.