Petronas Dilanda Kontroversi. Didakwa Abaikan Bumiputera.

Apa sudah jadi dengan Petronas? Lepas satu-satu kontroversi melanda syarikat petroleum pertama Malaysia ini… Bermula dengan isu Petronas meminggirkan bumiputera dalam pemberian kontrak dan mula membuka kontrak kepada bukan bumiputera. Petronas menggunakan alasan ‘TIDAK LAYAK’ dalam pemberian kontrak terhadap bumiputera.

Trend paling membimbangkan sejak dua atau tiga tahun lalu adalah peluang membuka stesen Petronas baru diberikan kepada bukan Bumiputera. Malah pengusaha baru stesen Petronas juga ditekan dengan kewujudan perjanjian baru untuk membuka stesen minyak Petronas. Kadar sewa juga dinaikkan daripada lapan peratus dalam perjanjian lama kepada 24 peratus dalam perjanjian baru.

Bukan itu sahaja, Petronas juga boleh menamatkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam Program Pembangunan Vendor lebih awal dari 10 tahun jika mereka tidak mencapai tahap diperlukan, tidak mengikut peraturan atau berhadapan masalah lain. Jika perkara ini berlarutan, maka syarikat bumiputera dalam sektor minyak dan gas akan berkubur.

Selain masalah di atas, Petronas juga didakwa mengubah polisi dengan mengamalkan dasar baharu, yang bertentangan dengan dasar penubuhan syarikat minyak negara itu untuk membantu peniaga tempatan. Di mana Petronas tidak lagi menjual produk seperti nasi lemak, roti dan kuih-muih yang dibekalkan syarikat kecil bumiputera atas alasan menjaga kualiti produk Petronas.

Petronas juga didakwa memberikan monopoli kepada sesetengah syarikat luar, termasuk bagi pengangkutan minyak dan pembekalan produk makanan di stesen Petronas. Nasi lemak, kerepek dan roti di stesen Petronas tak boleh lagi dibekalkan oleh makcik-makcik di kampung, semuanya diberikan kepada satu sahaja syarikat, yang berasal dari luar negara.

MTEM (Majlis Tindakan Ekonomi Melayu) juga pernah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Petronas berhubung isu ini pada Februari lalu namun hasilnya tidak memuaskan. Mereka (Petronas) tidak bersedia memberi komitmen kepada perkara dibincangkan dengan MTEM dalam pertemuan itu, terutama berhubung agenda Bumiputera dan Melayu.

Sewajarnya perkara ini diselesaikan segera. Kita tunggu apa yang Perdana Menteri kita mampu lakukan? Adakah beliau akan meminta bantuan punahsihatnya?

Sumber:


Petronas diminta perjelas maksud ‘tak layak’

Pemilik stesen Petronas tertekan

Petronas didakwa ubah polisi?