Salam Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia

Tinggalkan komen

Salam Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia

Di sini eXception ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan…

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 55…

Semoga keharmonian dan keamanan ini kekal untuk kita wariskan kepada generasi akan datang…

Hendak mendapatkan kemerdekaan bukanlah satu perkara yang mudah…

Hendak menghancurkan negara cukup mudah…

Sepanjang nenek-moyang kita berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan…

Banyak tragedi dan pertumpahan darah berlaku…

Banyak suka dan duka dilalui oleh nenek-moyang kita…

Terlalu perit untuk mengharungi era penjajahan…

Kemerdekaan, keharmonian dan keamanan bukanlah barang yang boleh digadai dan kemudian ditebus semula…

Harga sebuah kemerdekaan cukup besar…

Timbun sahaja segunung emas sekalipun…

Tak mungkin dapat menebus kembali kemerdekaan yang telah tergadai…

Ingatlah wahai generasi milennium…

Sedarlah dari dibuat mimpi indah…

Jangan terus hanyut hingga ditelan arus masa…

Bangkitlah… Sedarlah…

Benarkah Kakitangan Kerajaan Dipaksa Sertai Himpunan Merdeka??

Tinggalkan komen

Benarkah Kakitangan Kerajaan Dipaksa Sertai Himpunan Merdeka??

eXception tak pasti samaada benar atau tidak perkara ini…

Benarkah kakitangan kerajaan dipaksa dan dikerah untuk menyertai himpunan merdeka di Bukit Jalil??

Selama 5 tahun lebih eXception bertugas di jabatan kerajaan, tak pernah lagi menerima arahan kerahan secara paksa ke mana-mana majlis anjuran kerajaan…

Memang eXception ada menerima emel pekeliling daripada Ketua Jabatan untuk secara sukarela memberikan nama tetapi disebabkan eXception mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang lain, jadi eXception terpaksa menolaknya…

Memang di dalam emel tersebut menyatakan kehadiran akan direkodkan…

Ada sebab mengapa kehadiran perlu direkodkan…

1) Aktiviti persiapan akan dilakukan pada waktu kerja, ini bagi memastikan mereka yang secara sukarela memberikan nama hadir bagi mengelakkan peserta ponteng.

2) Untuk memudahkan peserta membuat tuntutan perjalanan apabila kehadiran direkodkan.

3) Untuk memudahkan jabatan mencetak sijil penyertaan untuk peserta.

Tidak timbul isu kerahan… Jika isu ini timbul. Mungkin berpunca dari kakitangan awam itu sendiri… Patut salahkan diri sendiri yang secara sukarela memberikan namanya…

Jika tak sanggup jangan bagi nama… Jangan ingat ianya peluang untuk ponteng kerja…