Mengapa Johor Perlu Ditumbangkan Oleh PR Dalam PRU 13?

Dalam artikel yang lalu, eXception pernah melontarkan pendapat tentang mengapa D@P beriya-iya mahu menakluk Johor…

Hari ini, eXception mempunyai pendapat lain pula… Pertama sekali kita perlu lihat kaitan D@P di Malaysia dan P@P di Singapura. Kita sedia maklum bahawa P@P dan D@P adalah adik-beradik sekepala dan sekamceng… Banyak tindak-tanduk D@P di Malaysia adalah berdasarkan mileage politik Singapura.

Rakyat Malaysia mungkin ada yang maklum bahawa Malaysia dengan Singapura hampir berperang pada tahun 1988, kerana isu air… Perkara tersebut eXception takkan ulas panjang, korang rujuk sahaja link di bawah nanti…

Tujuan Kerajaan Malaysia meningkatkan sistem persenjataan negara adalah kerana kita sentiasa diancam oleh negara-negara jiran. Tak kiralah Singapura, Indonesia, Filipina ataupun Thailand… Tetapi Singapura, Filipina dan Indonesia merupakan ancaman utama Malaysia… Lebih-lebih lagi dengan isu bertindih kepulauan Spratly…

Sebab itu apabila Tun Dr Mahathir bercadang untuk merobohkan Tambak Johor dan membina Jambatan Bengkok yang menghubungkan Singapura dan Malaysia ditentang hebat oleh Pakatan Rakyat terutama sekali D@P. Mereka menggunakan alasan tipikal, iaitu ‘pembaziran’. Sebenarnya cadangan merobohkan Tambak Johor dan membina jambatan ke Singapura adalah permintaan Almarhum Sultan Johor kepada Tun Dr Mahathir. Tetapi sayang sekali projek tersebut dibatalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi…

Tambak Johor merupakan salah satu ancaman Malaysia sekiranya berlaku perang dengan Singapura. Ini kerana ketumbukan tentera darat Singapura dengan mudah membolosi Malaysia melalui Johor. Sekurang-kurangnya dengan merobohkan Tambak Johor dan membina jambatan, mudah bagi Malaysia memusnahkannya sekiranya berlaku perang dengan Singapura. Ini bagi mengelakkan kemaraan tentera darat Singapura.

Oleh itu dengan menakluk Johor, dengan mudah D@P memusnahkan cita-cita Almarhum Sultan Johor yang mahu melihat Tambak Johor dimusnahkan. Malah mudahlah perisik dari Singapura menyusup masuk ke Malaysia apabila Johor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Bukan sahaja perisik, malah D@P juga mampu membuka Tambak Johor untuk dimasuki tentera Singapura.

Cita-cita D@P dan P@P adalah sama… Iaitu menyatukan semua Malaysia dan Singapura serta menjadikan Malaysia negara republik seperti mana Singapura. Maka tak hairanlah semasa malam ambang merdeka tempoh hari, anjing-anjing suruhan Pakatan Rakyat begitu seronok mengibarkan Sang Saka Malaya, yang diciplak dari bendera Singapura. Jelas sekali cita-cita mahu menjadikan Malaysia negara republik semakin jelas walaupun cuba disembunyikan dan dinafikan pemimpin Pakatan Rakyat.

Oleh itu adalah satu keperluan bagi Pakatan Rakyat mengerah segenap tenaga anjing-anjing suruhan mereka bagi memastikan Johor tumbang pada PRU 13 nanti bagi memudahkan mereka melaksanakan agenda mereka bersama Singapura…

Perlu ingat, Singapura akan berperang dengan Malaysia adalah kerana dua perkara iaitu AIR dan TANAH…

Sumber

TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG

A KOMANDO AND AN INTERVIEW

JAMBATAN BENGKOK DAN STRATEGI PEPERANGAN

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

Di Bawah Tambak Johor Ada Terowong Rahsia?

PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN SINGAPURA

PERTAHANAN-SEJARAH (memakai konfrantasi sebagai contoh)