Ketika melayari akhbar lidah syaitan PAS, iaitu H-Araklah… (lebih kurang kot bunyinya…) Aku terbaca satu surat dari pembaca yang bernama Selena Tay. Dari nama dia aku agak penulis surat ni berbangsa cina…

Surat tersebut berbunyi…


Umno gagal, PAS lulus

Saya telah menjadi seorang pemerhati politik sejak tahun 1985 lagi. Pada masa itu sehinggalah tahun 2008 sebagai ahli sebuah keluarga Cina yang menetap di Kuala Lumpur, saya mempunyai satu pendapat sahaja berkenaan dengan PAS iaitu PAS ialah sebuah parti yang agak fanatik.

Walaupun ahli-ahli keluarga saya telah mengundi parti DAP sejak tahun 1990 lagi, apabila DAP berkerjasama dengan PAS pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif, kami telah mengundi Barisan Nasional (BN).

Semua ahli-ahli keluarga saya termasuk saudara-mara dan juga rakan-rakan Cina saya yang lain amat menggeruni PAS sebab pada masa itu kami berpendapat bahawa PAS ialah parti yang amat merbahaya sebab PAS tidak peduli dengan kaum lain dan mempunyai fikiran yang sempit.

Tetapi semua itu telah berubah pada Pilihanraya Umum tahun 2008 oleh kerana kami sudah muak dengan gejala rasuah dalam BN dan oleh itu walaupun DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR, kami telah mengundi DAP.

Selepas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, kami mendengar berita bahawa beliau amat rajin dan berusaha membantu semua kaum dan golongan masyarakat yang miskin tanpa mengira bangsa dan ugama. Beliau juga seorang yang telus, ikhlas dan berwibawa. Ini serba sedikit telah mengubah fikiran kami terhadap PAS.

Tetapi pada Februari 2009, apabila BN merampas kuasa di Perak, kami telah 100% menyokong PAS sebab kami telah melihat dengan amat jelas bahawa yang fanatik dan yang gilakan kuasa ialah BN.

Dan pada Januari tahun ini pula, sekali lagi BN telah menunjukkan belangnya. Kali ini melibatkan soal ugama pula dimana 2 sepupu orang kuat UMNO telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh menghalang orang Islam yang hendak mengadakan protes tentang keputusan mahkamah membenarkan akhbar Katolik Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula seperti Tuan Guru Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembakaran gereja Metro Tabernacle dan serangan keatas gereja-gereja yang lain. Selepas ini, 2 sepupu dari UMNO ini cuba pula buat ‘damage control’. Tetapi saya yakin orangramai tidak lagi mempercayai dengan lakonan sandiwara mereka yang bodoh itu.

Akhirkata, sebagai seorang yang berugama Katolik saya ingin juga menyatakan bahawa saya rasa amat terharu dengan sokongan yang diberi oleh PAS dalam hal ini. Masa telah tiba. Saya menggesa rakyat untuk membuka mata mereka. Bukan sahaja PAS For All tetapi PAS All The Way.

Selena Tay

Lepas aku membaca aje surat ni, terus aku bantai gelak sambik berguling-guling empat-lima nam kali gak la… Aku pun tak kira berapa banyak kali aku berguling… Pasal surat ni memang kelakar sangat… Lebih kelakar dari cerita Senario mahupun cerita Mr Bean… Lebih kelakar dari Majalah Ujang atau Majalah Apo? Klik di sini untuk membaca surat tersebut.

Aduyai… Aku nak tulis blog ni pun xleh… Sebab masih terasa kelakarnya… Sungguh bijak Selena Tay (Selena Taik bunyinya) ini memuji-muji PAS… Ya memang benar suatu ketika dulu PAS digeruni dan dibenci oleh kaum kafir khasnya DAP… PAS suatu ketika dulu seperti harimau… Tapi itu cerita dulu… Tu dulu punya cerita… Nak ungkit pun tak guna gak… PAS sekarang tak ubah seperti seekor kucing tua yang tumpul giginya… Dan DAP pula tak ubah seperti tikus. Tetapi DAP berjaya juga menjinakkan PAS hingga menjadi lemah dan tak berdaya hanya menurut kata-kata tikus… Walaupun tikus tu kecik je… Tapi kucing tu teramatlah bodoh… Hanya menunggu masa untuk mampus… Bila kucing tu dah mampos… Maka puak-puak tikus ni bersorak la dan mengerumuni bangkai kucing ni tadi…

Berbalik pula al-kisahnya surat tadi, kiranya si Selena Tay (Selena Taik bunyinya) cuba memuji PAS kerana sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Kristian… Manakala UMNO pula si Selena Tay (Selena Taik bunyinya) mengatakan ‘gagal’ sebab tak bagi kalimah Allah dipermainkan oleh mereka yang bukan beragama Islam. Biasalahkan… Dah nama kafir, tentu bengang jika plan dia nak rosakkan Islam tak menjadi kerana halangan oleh UMNO dan sekelian rakyat Malaysia yang beragama Islam… Maka kafir ni memuji-muji tindakan PAS yang cuba melacurkan kesucian Agama Islam… PAS sudah pastinya kembang semangkuk hidung… Ye la bila kena puji… Padahal PAS tak sedar pujian kafir laknat ni merupakan satu sindiran buat PAS kerana bacul… Melacurkan Agama Islam adalah satu perbuatan bacul yang tak boleh dimaafkan…

Jika UMNO yang menolak hudud, PAS mengatakan kafir, maka tak salah juga kalo aku katakan PAS juga KAFIR!!! Aku ulang sekali lagi… PAS KAFIR!! Orang yang beriman dengan Allah tidak tergamak melacurkan agama sendiri hatta melacurkan kalimah Allah semata-mata kemarukkan undi… Betul tak? Cuba fikirkan, kalimah Allah turunnya dari Allah sendiri… Bukan datang dari Kristian… Kenapa pula Kristian beriya-iya mahu menggunakan kalimah Allah? Apa muslihat disebaliknya?

Muslihat disebalik penggunaan kalimah Allah oleh Kristian tak lain tak bukan ialah mahu memesongkan akidah umat Islam. Segelintir golongan yang mengaku beragama Islam, tetapi sayangnya mempunyai fikiran yang singkat, otak yang bengap dan akal yang sejengkal… Mengatakan tiada salahnya Kristian menggunakan kalimah Allah…

Di sini ingin aku ingin terangkan wahai saudara-saudari sekelian… Pertama yang ingin kita ingin tahu apa niat sebenar Kristian mahu menggunakan kalimah Allah ini… Mereka bukan mahu menggunakan kalimah ini dalam kepercayaan mereka untuk menggambarkan Allah Yang Maha Esa… Tetapi mereka mahu menamakan Tuhan-Tuhan mereka dengan nama Allah… Patutkah kita biarkan? Aku tahu ramai kalangan yang bengap masih menganggap kalimah Allah itu bermaksud Tuhan… Di dalam Al-Quran Allah tetap Allah, tiada maksud lain dalam kalimah tersebut, kecuali satu perkataan sahaja yang membawa maksud Tuhan… iaitu Ilah… Tak percaya?? Cuba korang mengucap dua kalimah syahadah…

Mengapa ada perkataan ‘Ilah’ dan ‘Allah’ di dalam kalimah syahadah tersebut? Kalimah syahadah tersebut bermaksud: Bahawasanya Aku Mengaku Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Utusan Allah… Mengapa masih berpegang teguh mengatakan kalimah Allah itu bermaksud ‘Tuhan’? Bagaimana pula dengan kalimah Ilah?

Sedarlah saudara-saudari sekelian… Tujuan Kristian ialah mahu merosakkan Islam secara perlahan-lahan… Islam dan Kristian pernah berperang sejak berkurun lamanya. Puncanya ialah Kristian mahu menghapuskan Agama Islam… Mereka tidak mahu Islam. Mereka bencikan Islam… Sebab itu di Selatan Thai, ramai Umat Islam yang tak berdosa dibunuh denga kejam. Di Filipina pun begitu juga, kerajaan Filipina tidak mahu mengiktiraf pergerakan Islam di Mindanao. Itulah puncanya Umat Islam di sana memberontak.

Jadi setelah anda membaca surat Selena Tay (Selena Taik bunyinya) ini, diharap jangan gelak kuat-kuat yek? Takut ganggu pula member sebelah… He he he he he… Apapun… PAS For All The Wrong Way… Selamat beristirehat… Assalamualaikum…