Apa beza DAP dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi?
KUALA LUMPUR 13 Ogos – “Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebut dibenarkan menghina agama Islam?”
Demikian soal bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berang dengan sikap ‘semua boleh’ Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk dalam aspek menghina kesucian Islam oleh penganut agama lain.
Katanya,, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak mahu membantah tindak-tanduk pemimpin DAP dengan alasan parti tersebut bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap agama suci itu tidak mendalam adalah alasan yang terlalu rapuh.
“Apa istimewanya DAP di mata Pas dan Nik Abdul Aziz sedangkan Salman diburu dan nyawanya difatwakan halal dibunuh kerana menghina al-Quran.
“Karikatur Nabi Muhammad pula menyebabkan seluruh umat Islam bangkit menentang termasuk ahli Pas. Mereka juga bukan Islam dan tidak mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam,” tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula kecewa dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam dan menyifatkan kenyataan itu sebagai meragukan.
“Saya terkejut membaca kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam apatah lagi kenyataan itu dibuat oleh seorang pemimpin parti yang berlabelkan Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam.
“Setahu saya orang Islam tidak boleh menghina orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak boleh menghina Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, setidak-tidaknya Nik Abdul Aziz perlu menegur pemimpin DAP jika beliau benar-benar mahu menjaga kesucian Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menegaskan, semua pihak harus sedar bahawa perbuatan seperti itu bukan setakat menghina individu tertentu, tetapi ia sebenarnya menghina Allah.
“Dalam konteks hubungan antara agama, kita tidak dibenarkan membuat penghinaan. Oleh itu, jika berlaku penghinaan terhadap Islam, kita wajib mempertahankannya kerana yang dihina itu bukan setakat individu tertentu, tetapi adalah Allah,”
Sementara itu di Melaka, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam di negara ini sepatutnya lebih ke hadapan dalam memerangi pihak yang menghina Islam.
“Kenyataan Nik Abdul Aziz itu seolah-olah menunjukkan beliau mahu menggadai agama Islam demi kepentingan mereka termasuk mengatakan orang bukan Islam boleh menghina Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan jentera membajak dan menuai kepada pesawah di Kampung Parit Penghulu Benteng di sini hari ini.
Selain itu, katanya lagi, Mursyidul Am Pas tersebut sepatutnya memahami perbuatan DAP yang jelas menghina agama Islam sekali gus bertentangan dengan hak kebebasan beragama di negara ini.
“Dalam hak kebebasan beragama, kita dilarang untuk mengatakan perkara yang tidak baik dan tidak sesuai tentang agama lain.
“Saya hairan bagaimana Nik Abdul Aziz boleh membuat kenyataan itu, malah beliau juga pernah menyatakan sejak Pas dan DAP berkawan, DAP boleh membawa al-Quran dan untuk itu, mereka sudah memahami Islam,” katanya.
-Utusan Malaysia
Kepada ajijasin, harap anda berpuas hati dgn kenyataan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini…
Anonymous
Ogo 14, 2009 @ 01:29:07
apa ke bodoh UMNO ni semua.. yang dok layan si tua bangsat tu buat apa. Kita dah tau dia ni hanya bertopengkan agama jadi tak usahlah pergi tanya dia pasal agama. Nik aziz tu adalah politician, bukannya ahli agama. dia hanya menggunakan agama sebagai tali hayat dia. Itu sebab dia gunakan idea yang Islam tu seolah-olah hak dia. Dia yang menentukan segala-galanya baik dosa pahala atau halal haram sesuatu perkara. Yang kita terikut rentak dia tu buat apa.Dia bukan rasul atau nabi yang dapat berurusan terus dari Allah swt. Dia tu sama macam kita. Tak lebih tak kurang. tak semestinya doa dia tu lebih makbul dari kita. Kita telah dibekalkan dengan cukup ilmu dan amalan dari Allah swt dan dari Rasullulah saw.Jadi gunakanlah ilmu tersebut. tak payah lah nak sibuk pergi tanya dia. Benda yang salah tu tetap salah, yang betul itu tetap betul. Engkau orang pergi tanya dia mestilah dia goreng tunggang langgang sebab nak popular. Politician perlukan populariti untuk menyambung hayat politik mereka. lepas tu kita pening la, kecewa la, confuse la… Ada baiknya kita biarkan aje dia ni, jangan layan lagi. Tak usah kasi publisiti lagi. kalau dia cakap pun tak usah terima pakai lagi seolah-olah dah tak ujud lagi, nescaya dia akan terkejar-kejar wartawan untuk keluarkan fatwa kontroversi lagi. Kalau kita tak layan, lama-lama dia ni dah tak relevan lagi.Yang dok layan dia tu yang dia besar kepala… apa la bodoh UMNO ni.. Aku bukan anti UMNO, tapi orang Johor yg kuat menyokong, tapi bila engkau orang buat kerja bodoh ni, memang le meluap darah aku.Cikgu
Anak Omak
Ogo 14, 2009 @ 01:33:02
Den pun ado nak cerita pasal perhimpunan PKR kat Rombau.Anak Omak – Menggerunkan Atau MemalukanShah Jiwang
ajijasin
Ogo 14, 2009 @ 02:01:31
salam alaikum…TERIMA KASIH TUAN!!!sungguh aku berpuas hati pada hari ini!!!keperluan kenyataan daripada kepimpinan UMNO Melayu Islamsememangnya diharapkn, dialu2kn dan amat ditunggu2!!!SETIAP ORG DARIPADA KITA SBG PENGANUT AGAMA ISLAM YG SUCI SEHARUSNYA SENTIASA PEKA DAN SENSITIF DGN ISU2 SEBEGINI!!!LEBIH2 LAGI KENYATAAN DRPD KEPIMPINAN NEGARA MELAYU ISLAMAMAT DIHARAPKN!!!BUKAN BERMAKSUD UTK MENJADI HERO AGAMA!!!TETAPI MENYANGKAL AKAN KATA NIKOL AJIS YG TERANG2AN TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH UMAT ISLAM!!!
eXception
Ogo 14, 2009 @ 13:45:30
Ok terima kasih kerana memberi komen, kepada Anon 6.29 PM, kenyataan dari pemimpin UMNO perlu supaya takde orang mengatakan pemimpin UMNO mendiamkan diri. Diam tanda setuju…