‘Kepimpinan ulama’, ‘membangun bersama Islam’, ‘Quran perlembagaan kami’ dan la ni ‘Islam untuk semua’. Itulah slogan perjuangan PAS yang nampak sangat baik. Tetapi pengikut PAS ramai yang biadap.
Lebai dah banyak kali menulis dalam blog ini mengenai sikap ahli PAS yang cakap tak serupa bikin, perangai tidak mencerminkan nilai dan maruah Islam. Macam biasalah, lebai kena hentam oleh pengikut-pengikut PAS yang taksub kerana kejahilan mereka. Kalau ikut penceramah PAS di Manek Urai, “undi PAS dapat pahala”. Apa kitab depa baca pun tak tahulah.
Sikap biadap mereka jelas dengan dua kejadian di Manek Urai. Dua orang puteri UMNO masuk hospital di baling batu oleh penyokong PAS dan Mahyuddin Yassin di maki oleh mereka. Orang PAS nanti jawab, “daklah, tu bukan kerja kami, surat khabar saja putar belit, atau orang UMNO saja nak buat isu”. Lebai tidak hairan jawapan yang seperti ini kerana Wakil Rakyat PAS pun memberi jawapan yang sama.
Dalam satu debat di Pulau Pinang, YB Mujahid Yusof Rawa dengan Ust Affendi , EXCO Pemuda UMNO, jawapan serupa diberikan. Bila Effendi bertanya, “mengapa Tok Guru kata UMNO itu komunis dan pengikut Ayah Pin”. Mujahid menjawab, “ ahhh, tidaklah Tok Guru tak kata gitu, itu mainan akhbar pro kerajaan sahaja”. Bila di tanya lagi, “ mengapa dulu PAS kafirkan UMNO bila berkawan dengan MCA dan MIC, tetapi tidak kafir bila PAS berkawan dengan DAP”. Mujahid jawab, “oh itu isu lapuk, dah tak relevan lagi”. Orang puteh kata, jawapan“low quality”.
Inilah nilai yang ada pada orang PAS, kalau UMNO buat, salah, haram, tak ikut al Quran. Tetapi kalau PAS yang buat, yang haram jadi halal (berkawan dengan DAP). Di Manek Urai, bila Pejabat Pelajaran Daerah memberikan bantuan pakaian dan beg sekolah kepada pelajar-pelajar, PAS kata, itu rasuah politik. Tetapi bila Tok Guru menyampaikan bantuan , baja, kambing dan benih, semasa kempen pilihanraya, PAS kata, ini tanggung jawab kerajaan.
PAS dah tak boleh nak memperbudak-budakan masyarakat lama-lama, keputusan di Manek Urai, kubu kuat PAS, majoriti dah tinggal 65 sahaja (undi rosak 117). Seluruh jentera Kerajaan PAS Kelantan membantu dan hampir seluruh kekuatan Pakatan Rakyat juga membantu. Anwar Ibrahim, Tan Seng Giew dan Lim Guan Eng turut berkempen untuk PAS di Manek Urai. Agaknya apa ayat yang Lim Guan Eng dan Tan Seng Giew baca di sana.
Insya Allah kita jumpa lagi di Galas, Gua Musang.
Petikan dari blog: Parpukari
kellykenanga
Jul 17, 2009 @ 02:23:09
harta pemimpin2 BN yg berlambak2 dan berjuta2 tu xkire ke?ngan rumah beso gabakngan kereta xcukup satu….uhuhuhu nape xd tunjuk?rakyat menderita ke x tu?ekekekeke
eXception
Jul 17, 2009 @ 10:30:04
heh heh heh, Puan Kelly cuba membuat provokasi nampaknya… Oklah biar saya terangkan di sini, tujuan saya melaporkan hal ini adalah utk menunjuk kepada rakyat Kelantan bahawa PAS hanya pandai bersandiwara. Ye lah mereka sering mengatakan pemimpin-2 UMNO mengumpul kekayaan menimbun-nimbun, tapi tidak pula cuba membuka pekung sendiri. Nampak sangat double standardnya PAS ni. Puan Kelly pernah ke Kelantan? Pernah melawat ke kampung-kampung sekitar Kelantan? Kampung-2 di sana lebih mundur dan jauh sekali menerima pembangunan. Alasan diberikan pemimpin PAS, pembangunan tidak perlu untuk Kelantan. Kelantan perlu bersederhana. Tetapi pada masa yang sama pemimpin sendiri mengumpul harta kekayaan. Pada masa yang sama rakyat Kelantan menderita akibat bekalan air tidak bersih, pembalakan berterusan mengakibatkan tanah runtuh dan banjir…
Anonymous
Jul 17, 2009 @ 10:46:55
hahaha memang lucula exeption he2ko memang best jer wat blog gni then memburukkan orang.. kalo aku yang wat blog gni, cakap2 tentang bn, confirm penjara la tmpat aku.. nmpak sangat kat malaysia ni takder beri kebebbasan kat rakyat.. berat sebelah. he2 then satu gi.. ko dok memburukkan tuan guru nik aziz ni.. kite tengok nnti… apa bala yang turun kat ko.. huh nauzubillah… kalo orang lain ko nak mengata takper.. ni ko dok mengate orang yang mendukung syiar islam… berani ea ko.. huh aku ni orang klantan.. aku lebih tau perkembangan tuan guru… kete yang die pakai, rumah die,harte dia… yang ko cakap tu fitnah semate2.. huh besarnya dosa fitnah… tuanguru sanggup potong gaji die nak bagi kat rakyat… ada pm kite wat gitu??? hek2 jauh sangat.. harap ko sedar… aminnnn
eXception
Jul 17, 2009 @ 11:20:45
oh Malaysia ni xde kebebasan? kejap ek saya nak gelak… Ha ha ha ha ha ha ha ha ha!! Nko memang pandai la buat lawok… Malaysia xde kebebasan? Kah kah kah kah!! Aku rasa nko ni mungkin buta, pekak dan cacat… Dan satu lagi mungkin nko dah campakkan otak nko kat dalam tong sampah… Sbb ko dah tak reti berfikir, hanya org ada otak je boleh berfikir….Ok… Ok… Nko kata Malaysia xde kebebasan? Nko nak bebas camne lagi? Mcm Singapura? Aku tak paham dgn mind set penyokong pembangkang ni. Bila terlalu bebas salah… Nanti banyak pulak maksiat, judi, rompak, samun, bunuh-membunuh… Betul ke Malaysia ni x bebas? Aku nak tanya nko lah, nko guna Internet ni, ada nko kena lapor diri kat balai-balai polis berhampiran, kena soal-siasat 5-6 jam semata-mata tanya tujuan nko nak guna Internet. Masa nko tulis komen ni, ada ke Polis dok tepi nko perhatikan apa yang buat? Adakah nko boleh pergi ke mana-mana yang nko suka tanpa perlu rasa bimbang atau risau kena tahan? Adakah nko dilarang memiliki kenderaan sendiri? Adakah nko dilarang memilih kerja samaada kerja kerajaan, swasta, kerja sendiri ataupun menganggur? Nko nak ke negara kita jadi macam Indonesia? Bebas menembak sesiapa dan mengebom mana-mana bangunan? Kira ko bertuah sebab dilahirkan kat Malaysia, bukan kat Myanmar yg diperintah oleh Junta Tentera. Kira bertuah nko dapat tinggal di Malaysia, bukan kat Palestin yang hari-hari kena tembak dan kena bom. Bersyukurlah. Kebebasan bagaimana lagi nko nak? Bebas membuat perhimpunan haram? Kenapa yang haram nko minat? Mestilah orang larang. Ko ingat Nik Aziz tu ada kuasa ke nak turunkan bala? Yang Maha Kuasa hanya Allah SWT. Nik Aziz manusia biasa. Takde kuasa macam Clark Kent yang boleh terbang dan tak lut peluru. Atau kuasa shinigami macam Ichigo? Sedarlah, kamu sebenarnya terlalu mendewa-dewakan Nik Aziz. Kalo benar Nik Aziz ada kuasa, kenapa dia boleh jatuh sakit? Bukankah dia boleh menghalang penyakit tersebut? Ingatlah hanya Allh lebih berkuasa dari segala-galanya… Taubatlah…
Anonymous
Jul 20, 2009 @ 10:13:06
aku nak sokong sapa ntah. semua sama je .. kalau pemimpin atas baik macam mana pun.. kalau pengawai even budak penjabat main tol bertukar parti bertukar kerajaan pun tetap sama. yang pemimpin besar ni biasa la ..anakdia masuk projek senang je dapat. tak perlu mintak org akan bagi. yang bagi tu pengawai yang bertanggungjawap. Contoh la ko di pertanggungjawap jaga projek jambatan. tetiba anak MB masuk.. spec dan aturan OK ..takkan ko tak bagi anak MB. kan susah nak naik pangkat. Yang duk sebut nik aziz ada 10juta kalau di lihat termasuk harta anak dia sekali. ya lah anak dia harta dia gak kot. tu blom anak2 PM kita bukan takat juta.. jutaan lagi.bukan maksud aku tak suka bn or pas. aku tak suka aturan tradisi/corak kerja di amalkan oleh melayu termasuk bangsa lain di MALAYSIA.Yang pangkat besar pk nak kumpul harta. Yang bawah sket sibuk nak ganti yang pangkat besar.yang bawahan lagi ni sibuk nak PAU yang bakal jadi pangkat besar tu.Jadi benda tu satu lumrah idup ke?…takde ke manusia yang perjuangkan tanah melayu bukan kepentingan diri sendiri.aku selalu dengar dan nampak ramai pemimpin seperti ketua kg zmn dulu idup seperti biasa tiada gaji tapi ada tanggungjawap even selipar jepun ilang jadi kerja ketua kg kena selesaikan. pemimpin sekarang.. takkan tak boleh wat kerja hanya berharap pada gaji yang lebih dari cukup.takde sapa ke yang nak buat 1 revolusi baru bina 1 parti yang idup memang utk rakyat. kalau aku nak huraikan mungkin panjang lagi.
eXception
Jul 20, 2009 @ 14:07:44
Aku nak tanya nko la, kalo kita letak sesudu gula pasir kat atas lantai, semut hurung ke tak? Itulah namanya dunia politik, di mana ada wang di situ orang politik ambik peluang. Tak kira UMNO ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke… Terpulang kepada nko nak sokong sape, tak sokong mana-mana pun takpe, janji orang tak kaco nko dan nko tak ganggu orang…
Anonymous
Jul 21, 2009 @ 07:53:28
ko ckp semut mmg dia hurung.. bangkai serangga lain pun di hurung. kalau tak dapat beza serangga/haiwan ngan manusia yang menulis blog ni tergolong cam semut tu ke? tu ayat simbolik bukan boleh pakai guna.kalau semut ngan gula manusia ngan duit. kalau duit haram ditabur secara terang2 maka org alim or sesapa akan hurung gak duit tu?hehehe ko ckp ada je baiknya. kan elok ko rajin menulis blog and the geng tegur semua tak kira pasumnopkrdapmicmca dan etc.suarakan mana yang x elok mana yang perlu di perbaiki dan pujilah mana yang di beri. tak perlu nak bertelagah sesama sendiri.aku kalau cukup masa leh tulis blog macam korang ada sumber macam korang. dan lama aku wat blog sendiri.. tapi apa daya aku kerja nak tanggung anak bini. ada masa baru curi2 baca. tu baru baca. nak menulis… tak sempat.
eXception
Jul 21, 2009 @ 12:29:37
Aku menulis blog ni x bergantung pada mana-mana sumber. Aku ada duit gaji sendiri. Ada broadband sendiri. Lagipun nak buat blog ni bukan mahal, FREE. Yang penting ko pandai cari maklumat. Siapa kata takde tegur UMNO, blogger lain ada gak tegur Pak Lah sbb nak hapuskan ISA, ada gak tegur Najib sebab dasar liberalisasi dan ada yang tegur Ong Tee Keat sbb undi nak keluar BN, serta Samy Vellu. Tapi kitaorang lebih menumpukan perjuangan membela bangsa melayu dan agama Islam. Takde orang melayu, siapa nak mendukung Islam? Cina DAP? Jangan haraplah. Kat Kelantan bekas ADUN Melor, kenapa bekas bini dia tuntut sampai berjuta-juta? Sebab bini dia tahu pendapatan laki dia. Kenapa bekas ADUN tsb minta wartawan tidak siarkan kisah perceraian mereka? Sbb tkt wartawan dpt menghidu sumber pendapatan dia. Ya dari hasil balak. Banglo mewah tersergam indah, PAS tak bising pun. Tapi pasal banglo Khir Toyo yang dia beli guna duit loan HSBC, diorang kecoh sekampung. Bila Khir Toyo tunjuk bukti, senyap macam ayam berak kapur. Itulah PAS luar nampak Islam, tapi kaut jugak duit haram ke tak. Jgn ingat semua dlm PAS tu alim, alim-alim kucing je. Nampak burung depan mata mesti terkam punya. Kdg-2 bila kita baca Harakah shj, otak kita berterusan memikirkan hal negatif shj, tanpa kita berfikir ianya logik atau tak? Org PAS kata Harakah ni telus dan benar, tp pada pandangan aku Harakah ni tak lebih dari sebuah akhbar tabloid yang suka mensensasikan cerita. Last-last kena saman dek artis, pasal sumber berita palsu. UMNO nak saman Harakah boleh ajr, berkontena-kontena fitnah Harakah hamburkan pada UMNO, tapi UMNO relaks jer. Tak mudah melatah. Malas nak melayan.
lara_nur
Jan 13, 2010 @ 11:41:58
Puas baca hujah2 anda bro.terduduk terus member..actually lara dulu2 masa harakah mula2 terbit zaman skolah ingat lg suka baca harakah pasal ada teka silangkata ntok budak2 skolah rendah..penah antar tp xpenah la pulak menang.kebetulan pulak tinggal dpn keluarga saudara d semeling,kedah y merupakan keluarga penyokong pas memang selalu la ada harakah kat umah tu.tp lebih dr tu lara baca juga harakah sbb ada siri2 takzirah,cerita2 teladan serta artikel2 keagamaan lain yg bebas dr unsur2 politik y memang bagus di baca..tp skrg harakah pd lara lbh menjurus kepada tabloid picisan.penuh fitnah dan berita berat sebelah…
Hang horatio
Jan 13, 2010 @ 12:01:59
puak2 pas yg taksub dgn mempertahankan apa yg terang2 salah memang bodoh dan anak jalanan!
eXception
Jan 13, 2010 @ 12:37:09
Apa yang aku boleh kata kebanyakan yg sokong PAS, hanya sokong membuta-tuli. Terpengaruh dengan jaminan syurga oleh Nik Ajisz….
sesenang sesuka
Feb 15, 2010 @ 08:52:47
aku setuju dengan hujah2 eXception. Memang benar UMNO pun ada buat, tapi masalah dengan orang2 yg memperjuangkan islam sama juga. kata dulang paku serpih. ini memang terjadi selepas PAS memerintah Terengganu dulu. Ini berlaku dikampung isteri saya. Tok Imam dia, Pemungut zakat dia, pengerusi kampung dia, imam besar dibandar berhampiran pun dia. Last-last tanah dikampung isteri saya yang penduduk kampung pohon tak dapat, tapi penduduk kampung sebelah isteri saya yang dapat. Risik punya risik suadara-mara Dia dikampung sebelah yang dapat. Saya pernah mengadu pada ahli parlimen di tempat itu. Secara kebetulan MP tu kawan sekolah dulu, tapi tiada tindakan yang diambil. Jadi dengan bangga hati saya ambil keputusan sendiri dah tak angkah lagi PAS kerana ianya parti HamPAS. Cakap x serupa bikin. Itu pengalaman saya untuk sesapa yang terlalu taksub menyokong HamPAS.
eXception
Feb 15, 2010 @ 13:36:09
Itulah PAS, ibarat belanga mengata buntut kuali hitam…
Pendekar Amin
Mac 29, 2011 @ 22:49:32
ape yang dikatakan nik aziz bg aku x salah.. kerana sudah sebetulnya kita kene mempertahankan islam..tapi yang salahnya bile kuncu2nya menyerongkan kata2 beliau..bagi aku.. kerajaan kene ade, pembangkang kene ade.. barulah satu2 negara tu maju.. aku dok bayangkan kalo sume bn, mesti kalo sorg bagi cdangan yg len stuju je.. kalo PM ckp itu ini, yg len stuju je.. kalo mcm tu bek xyah wat parlimen.kenapa kita dok menyalahkn isu agama, sedangkan ekonomi yg kita kene jaga. kalo nak melibatkn agama dalam hal2 tertentu. contohnya mcm kes kilang arak ke, pusat hiburan ke.. ok la tutapi kenape kita nak letakkn agama untuk mencemuh org.. dan senang2 ckp org tu masuk neraka kalo sokong bn.. n masuk syurga kalo sokong pas.. syurga atau neraka adalah untuk umat manusia, yang melakukan dosa dan pahala. bukannya disebabkn parti politik…xmo ckp lebey2 la… huhu…-thanx to Dr awang adek hussen.. dah ade universiti kt depan rumah aku… die tlah buat ape yang die janjikan. org mcm ni lah yg blh aku sokong.. huhuhu