Menyesal Dulu Pendapatan… Menyesal Kemudian Kerugian…

“Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.”

Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu.

Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.

“YT meluluskan pinjaman sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu, RM170,000 digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup,” katanya.

Beliau yang datang bersama bapanya, Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan Julai tahun lalu, tidak ada pihak yang membantu untuk meneruskan pengajian.

“Saya merayu agar diberi peluang kedua. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara sama pada masa depan dan akan memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang pulang bercuti selama dua bulan.

Mengulas perhimpunan itu, Muhamad Hasyim berkata beliau mengetahuinya menerusi rakan dan internet beberapa hari sebelum ia berlangsung, selain diberitahu mengenai pemakaian baju-T berwarna kuning. – BERNAMA

Laaa… Bila pinjaman dah ditarik balik baru nak menyesal… Apsal masa ikut Bersih 3.0 kat Mesir dulu tak pikir panjang?? Allah dah bagi hang akal dan fikiran…

Pasal hang tak reti guna otak la hang jadi lagu ni… Hang dok ikut sangat emosi dan nafsu… Hang abaikan akal yang diberikan Allah…

Jadi bila nikmat ditarik balik hang nak mengadu kat siapa?? Siapa nak tolong hang?? Nik Aziz?? Ambiga?? Anwar Ibrahim??

Apapun… Menyesal dulu pendapatan…. Menyesal kemudian kerugian….