Pakatan Dakwa Tak Kenal Soros?

Tinggalkan komen

Pakatan Dakwa Tak Kenal Soros?

Jika tak kenal… Apsal ada gambar Tian Chua dengan Soros??

Jika pencacai Pakatan Biawak mahu mengatakan Tun Dr Mahathir juga pernah bertemu dengan Soros yang berlaku pada tahun 2006 dulu… Pertemuan tersebut atas permintaan Soros sendiri. Yang mana Soros ingin menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa dia tidak terlibat dengan kejatuhan nilai ringgit pada tahun 1997/1998. Malah pertemuan tersebut tidak bermakna Tun Dr Mahathir mempercayai dan bersahabat dengan Soros. Sebagai tetamu, adalah wajar memberikan layanan kepada Tun Dr Mahathir. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memuliakan tetamunya walaupun tetamunya itu dari kaum Yahudi.

Walaubagaimanapun, standard mentaliti kelas ke lapan belas pencacai Pakatan Biawak akan mempolitikkan dan memutar belitkan apa sahaja fakta demi mahu mengalihkan isu dana Soros yang diterima oleh SUARAM kepada pertemuan Soros dengan Tun Dr Mahathir yang berlaku pada tahun 2006.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini seolah-olah sudah berdamai dengan musuh ketatnya selama hampir 10 tahun — dermawan dan jutawan Amerika Syarikat, George Soros.

“Saya terima bahawa Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan di Asia pada 1997/98,” kata Dr Mahathir dalam satu sidang media bersama Soros selepas mengadakan perjumpaan kira-kira 40 minit dengan ahli kewangan Amerika itu di sebuah hotel di sini.

Dr Mahathir berjabat tangan dengan Soros pada pertemuan dua tokoh ini. Jutawan Amerika Syarikat itu di Kuala Lumpur, antaranya untuk mempromosi buku terbarunya The Age of Fallibility. (foto The Star)

“Soros kata dia tidak terlibat dengan penurunan nilai mata wang malaysia, yang terlibat adalah orang lain. Itu saya terimalah,” katanya dalam bahasa Malaysia.

Soros kemudian bertanya kepada Dr Mahathir apakah soalan yang dikemukakan.

Dr Mahathir kemudian mengulangi jawapannya itu dalam bahasa Inggeris tetapi dengan versi yang sedikit berbeza.

“Dia (wartawan) tanya saya jika saya sudah menukar pendapat saya tentang anda sebab saya benci sesetengah perkara tentang anda, saya (pernah) tuduh anda bertanggungjawab menurunkan nilai mata wang kami.

“Apa yang saya beritahu adalah anda tidak terlibat tetapi penurunan nilai itu dilakukan oleh pedagang lain. Saya terima bahawa anda tidak terlibat. Ia bukan soal memaafkan atau apa-apa perkara seperti itu, cuma anda tidak melakukannya dan saya terima yang anda tidak buat perkara itu, itu saja.” kata Dr Mahathir.

Beliau yang kelihatan sihat juga mengakui tanggapannya terhadap orang yang pernah digelarnya sebagai “penyangak mata wang” itu telah berubah, tetapi penentangannya terhadap kegiatan spekulasi mata wang kekal sama.

“Saya bimbang kegiatan ini boleh memusnahkan ekonomi di banyak negara-negara miskin. Sebab itulah saya masih menentangnya. Saya tidak fikir ini adalah satu tindakan yang perlu hanya untuk membetul keadaan ekonomi sesebuah negara,” tegasnya.

Mengenai pandangan kritikalnya tentang Soros yang suatu ketika pernah mengejeknya dengan mengatakan beliau adalah seseorang yang berbahaya kepada Malaysia dan perlu meletakkan jawatan, Dr Mahathir berkata ia diasaskan laporan akhbar kerana beliau sendiri belum pernah bertemu Soros sehingga hari ini.

Soros, yang tergagap-gagap ketika diajukan soalan oleh pemberita, berkata beliau dan Dr Mahathir tidak berbincang tentang isu-isu kewangan, tetapi lebih menumpukan isu global, khususnya berhubung dasar luar Amerika Syarikat di Iraq dan Palestin.

Beliau juga mengakui tindakan Dr Mahathir yang memperkenalkan tambatan ringgit adalah satu tindakan yang betul dan berjaya mengurangkan kesan negatif daripada kegiatan spekulator mata wang.

Mengenai krisis kewangan dahulu, Soros berkata: “Ia bukan salah spekulator, tetapi pihak berkuasa kerana pihak berkuasalah yang sepatutnya membuat keputusan tentang bagaimana pasaran harus berfungsi”.

Sebagai seorang spekulator, katanya, beliau hanya bertindak mengikut batasan peraturan-peraturan yang ada ketika itu.

“Tetapi, memandangkan keadaan pasaran, saya percaya ada kalanya wajar dikenakan sedikit sekatan ke atas pergerakan modal,” katanya.

Mengulas pengurusan mata wang Malaysia, beliau berkata kerajaan silap kerana mengekalkan tambatan pertukaran mata wang terlalu lama.

Dr Mahathir tiba di Hotel JW Marriott pada jam 11.00 pagi seperti dijadualkan dengan ditemani anak perempuannya, Datuk Paduka Marina.

Soros, yang berada di Malaysia untuk mempromosi buku terbarunya The Age of Fallibility, akan menyampaikan ucapan pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 Persatuan Alumni London School of Economics Malaysia malam ini.

Kepada pencacai Pakatan Biawak sekelian… Korang pusing la cerita sampai korang sendiri rasa pening… Apapun hakikatnya hubungan antara Tun Dr Mahathir dengan George Soros semasa pertemuan pada tahun 2006 tak lebih sekadar melayan seorang tetamu. Tidak lebih dari itu. Tetapi pertemuan Tian Chua dengan Soros… Atas dasar apa pula??

Oh My English!! Nizar Lambai Terlalu Idiot Untuk Memahami Idiom!!

Tinggalkan komen

Oh My English!! Nizar Lambai Terlalu Idiot Untuk Memahami Idiom!!

KUALA LUMPUR: Kenyataan berkias bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa “lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal”, boleh mengelirukan umat Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kenyataan Mahathir itu juga bertentangan dengan akidah Islam yang mewajibkan setiap muslim percaya dan beriman kepada malaikat seperti termaktub dalam rukun iman, sedang syaitan pula katanya, adalah musuh yang nyata bagi orang Islam.

“Berpegang kepada akidah Islam, kita kena percaya kepada malaikat, dan syaitan itu musuh kita.

“Kenyataan (Mahathir) itu agak mengelirukan. Kalau suruh pilih syaitan, itu tidak boleh,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan terbaru Mahathir dalam blognya chedet.cc semalam.

Dalam entri terbarunya itu, Mahathir berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali dari malaikat yang anda tidak kenal”.

Katanya, Barisan Nasional (BN) telah terbukti mendengar keluhan rakyat dan banyak perubahan telah dibuat berbanding Pakatan Rakyat yang menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

Mahathir juga berkata tindakan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selama lima tahun boleh mewujudkan kucar-kacir dan memusnahkan negara.

Membidas kenyataan itu, Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, rekod 54 tahun pemerintahan BN sememangnya telah meletakkan Malaysia dalam keadaan kucar-kacir termasuk soal perundangan, ekonomi dan juga politik.

“Saya tak tahu dia (Mahathir) rujuk syaitan dan malaikat itu kepada siapa. Tapi sepertinya Syaitan itu dirujuk kepada Umno BN. Seperti mengatakan Umno itu syaitan.

“Yang penting kita tak boleh pilih syaitan, kita kena percayakan malaikat,” katanya. – Haramjadah Online

Mungkin Nizar Lambai ni terlalu IDIOT untuk memahami IDIOM…

IDIOM merupakan satu ungkapan yang mempunyai maksud tersirat…

Idioms are words, phrases, or expressions that cannot be taken literally. In other words, when used in everyday language, they have a meaning other than the basic one you would find in the dictionary. Every language has its own idioms. Learning them makes understanding and using a language a lot easier and more fun!

Sebagai contoh IDIOM ‘Break a leg’… Yang membawa maksud ‘Good luck’ atau dalam bahasa melayu, semoga berjaya… Bukan suruh patahkan kaki…

Jadi disebabkan Nizar Lambai terlalu IDIOT untuk memahami IDIOM yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir yang berbunyi:

“Better the devil you know than the angel you don’t”

IDIOM ini membawa maksud:

If you have to choose between a familiar but unpleasant situation and an unfamiliar situation, choose the familiar one because the unfamiliar situation may turn out to be worse.

Di dalam bahasa melayu pula…

Jika anda perlu memilih antara keadaan yang sudah terbiasa tetapi tidak menyenangkan dan situasi yang tidak biasa, pilih sahaja yang anda biasa kerana keadaan yang tidak biasa boleh berubah menjadi lebih teruk.

Kepada Nizar Lambai… Harapkan ada kelulusan dalam bidang kejuruteraan ingatkan dia faham le IDIOM ni… Rupa-rupanya IDIOT… Ntah-ntah sijil pun main beli…

Sumber:

Better the devil you know than the devil you don’t know

@mbnizar #OhMyEnglish!!! “Better the devil you know than the angel you don’t” cc @KhalidSamad @DrDzul

Punyalah Bengong Tak Faham Perumpamaan Sampai Tun Mahathir Terpaksa Jelaskan ! ( Video )

Benarkah Malaikat Tak Pernah Buat Kesilapan??

7 Komen

Benarkah Malaikat Tak Pernah Buat Kesilapan??

Kenyataan Tun Dr Mahathir yang mendakwa malaikat juga membuat kesilapan menjadi topik yang hangat di kalangan pencacai DAP dari kalangan ahli PAS…

Pada hemat mereka malaikat adalah maksum dan tidak pernah melakukan sebarang kesilapan kerana tidak dikurniakan nafsu seperti manusia…

Tetapi tahukah anda dengan ketua malaikat bernama Azazil??

Tahukah anda, Azazil ini adalah penghulu segala malaikat yang dianugerahkan gelaran paling mulia dan rupa yang paling indah sekali dari kalangan para malaikat??

Tahukah anda, Azazil juga melakukan satu kesilapan…

Kesilapan Azazil ialah terlalu bangga dengan penciptaannya…

Kesilapan Azazil ialah terlalu angkuh dan enggan sujud kepada Adam…

Kesilapan Azazil ialah terlalu berbangga dengan ketinggian darjatnya…

Kesilapan Azazil membuatkan Allah murka dan melucutkan gelaran ahli syurga kepada ahli neraka…

Allah menukarkan Azazil dari seindah ciptaanNya… Kepada sehodoh-hodoh makhlukNya…

Allah menggelarkan Azazil sebagai Iblis…

Allah mencampakkan Iblis ke dunia…

Siapa kata malaikat tidak pernah melakukan kesilapan??

Johor Mahu Menjadi Negeri Pertama Laksana Hudud??

Tinggalkan komen

Johor Mahu Menjadi Negeri Pertama Laksana Hudud??

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud “sebenar” — yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

“Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam),” katanya.

Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

‘Sokong Umno kalau ikhlas’

Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud – satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.

Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

“Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama),” katanya.

Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar.

Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam

“Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah,” katanya.

Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan. – MBIKINI

eXception tak pasti samaada berita yang disampaikan oleh MBIKINI ni betul atau sekadar satu rekayasa untuk mempermainkan sentimen kemarahan orang bukan Islam terhadap UMNO…

Sudah puas eXception cuba Google maklumat berita di atas dengan harapan portal berita lain ada menyiarkannya, tetapi menghairankan… Hanya Mbikini sahaja yang laporkan berita ini…

Apapun… Jika benar kenyataan Datuk Ayub Rahmat itu, eXception sambut baik jika Johor mahu melaksanakan terlebih dahulu bagi menguji sejauh mana keberkesanannya dan ketelusan mereka yang melaksanakan undang-undang Allah ini… eXception tidak mahu pelaksana undang-undang Allah ini melaksanakan hukuman atas dasar dendam, disogok, dipengaruhi oleh individu lain atau hanya bersandarkan saksi palsu…

Tapi ada perkara yang melucukan ialah ada komen dari puak PAS yang kononnya BIJAK sangat dalam agama… Antara komentar mereka termasuklah….


sesat ADUN kemelah sesat barat.

hudud hanya terpakai ke atas orang Islam. orang bukan Islam wajib kah solat? syarat wajib solat pertama ialah Islam.

orang kafir tidak wajib solat puasa dan segala ibadah, mengapa perlu tertakluk kepada hudud?

hanya orang yang percaya kepada rukun Iman dan rukun Islam automatik tertakluk kepada hukuman hudud.


KAKAKAKAKAKA…… SUDAH LA WOOIIII..!!! HIPOKRIT TAHIK KUCING….. BILA PAS NAK BUAT HUDUD…. BERJELA2 BANTAH…. YG BEST TU, PUAK2 MELAYU UMNO YG MENYALAK PAGI PETANG SIANG MALAM, MELEBIHI DARI ORG CINA & INDIA….


Md Shukri, Najib kata Hudud tak sesuai nak buat di Malaysia, Mahader kata Hudud takda dalam Quran… Jika hudud takda dalam quran, macam mana Johor nak buat Hudud? hehehe


statement nak dapat publisti menjelang pilihanraya….kikikikki…….cuma teringin gak nak tahu….kalo keluarga diraja johor pun termasuk sekali ke dalam undang undang ni?…kekekekkek……


Macam itulah puak-puak PAS menyambut cadangan perlaksanaan hudud di Johor… Lihatlah bagaimana wajah sebenar mereka setelah topeng ‘ISLAM’ ditanggalkan… Sepatutnya mereka perlu menyambut baik dengan cadangan tersebut… Tetapi… Cadangan tersebut diperlekehkan… Inilah Islam cara PAS…

Yang menghairankan, tak seorang pun pencacai PAS mengulas kenyataan Hj Hadi Awang yang menyatakan hudud adalah 0.001% dari Islam… Sungguh menghairankan ya?? Sedangkan Nik Aziz, tak mampu nak laksanakannya di Kelantan, kemudian menyalahkan Tun Dr Mahathir… Selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan… Hingga hari ini Nik Aziz gagal melaksanakannya walaupun Datuk Seri Najib sudah memberikan lampu hijau.

Satu lagi perkara yang memelikkan… Hudud hanya terpakai untuk ORANG ISLAM SAHAJAKAH?? Bukankah hudud itu terpakai untuk semua umat manusia?? Tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit, pangkat, harta dan rupa?? Inilah puak PAS yang mendabik dada mengata diri mereka lebih ISLAMIK… Tapi ilmu Islam hanya sebesar kuku jari sahaja dalam otak… Na’uzubillah…

Sumber Diragui: ADUN Umno cadang Johor laksana hudud

Najib Tertekan… Tapi Rafizi Pula Letak Jawatan…

Tinggalkan komen

Harakah Laporkan Najib Tertekan… Tapi Mengapa Rafizi Pula Yang Letak Jawatan??

Kah kah kah kah… eXception nak gelak bila baca Harakah ni… Banyak berita lebih kepada SYOK SENDIRI…

Takde langsung berita yang bermaklumat macam Utusan Malaysia… Sebagai contoh berita-berita jenayah dalam dan luar negara… Berita sukan…

Tapi yang artikel bawah ni laaaaagi kelakar… Apa pasal plak Najib yang tertekan??

Sedangkan yang meletakkan jawatan ialah RAFIZI RAMLI….

Ha ha ha ha ha ha ha….

eXception malas betul la nak ulas pasal keengganan Najib berdebat dengan Nuar…

Sebab Nuar sendiri enggan berdebat dengan Tun Dr M…

Satu lagi… Nuar kena cermin diri sendiri dulu…

Hang tu siapa nak debat dengan Najib??

Hang cuma KETUA PUNAISIHAT PARTI SAHAJA!!

BUKAN PRESIDEN!! Ha ha ha ha ha ha ha ha!!

Najib ada kerja lain… Kerja Najib adalah untuk membantu rakyat…

Beliau takkan layan macai macam Anwar ni…