Tanah Yayasan Selangor Diguna Pakai Secara Paksaan Kepada Kroni Anwar??

Tinggalkan komen

Tanah Yayasan Selangor Diguna Pakai Secara Paksaan Oleh Kroni Anwar??

Selepas menggadaikan Tanah Yayasan Selangor di Klang… Kali ini tanah milik Yayasan Selangor di Pulau Carey yang sebelum ini diusahakan oleh pengusaha kelapa sawit secara pajakan selama 25 tahun, pula menjadi mangsa. Syarikat Agro Segar Sdn Bhd dan Alaf Gigih Sdn Bhd ditamatkan kontrak, kerana kononnya beranggapan pulangan bulanan tidak menepati kehendak Yayasan Selangor.

Hujung tahun 2011, Yayasan Selangor diarahkan oleh Ketua Punaisihat Selangor untuk berbincang tentang cadangan syarikat Trilink Construction Sdn Bhd yang mempunyai hubungan yang erat dengan Ketua Punaisihat Selangor, untuk memajukan tanah milik Yayasan Selangor itu. Yayasan Selangor telah dipaksa meluluskannya tanpa banyak soal, disebabkan Yayasan Selangor adalah GLC milik Selangor.

Pemberian tender kepada kroni dan tidak telus kepada Syarikat Trilink Sdn Bhd adalah merupakan salah satu unsur rasuah dan kronisme dalam Kerajaan Selangor yang selama ini giat menuduh UMNO mengamalkan rasuah dan kronisme.

Rejim Khalid Gagap Gadai Tanah Yayasan Selangor??

Tinggalkan komen

Rejim Khalid Gagap Gadai Tanah Yayasan Selangor??

Selepas berjaya menutup asrama milik Yayasan Selangor, rejim Khalid Gagap sekali lagi cuba menghancurkan Yayasan Selangor sedikit-demi sedikit dengan menjual aset-aset Yayasan Selangor, termasuklah tanah di LOT PT 4221 yang mahu digadaikan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Cina?

Cubaan menghapuskan Yayasan Selangor secara perlahan-lahan atas kehendak rejim komunis DAP dalam Pakatan Rakyat Selangor mula menampakkan hasil. Mula-mula menutup asrama Yayasan Selangor, kemudian menggadaikannya… Kemudian tanah lain milik Yayasan Selangor pula digadaikan… Apa sudah jadi??

Di bawah ini adalah antara sebahagian surat-surat yang mengesahkan kisah di atas… (Sila klik gambar untuk besarkan)

Selepas ini akan ada lagi tanah-tanah yang bakal digadaikan oleh rejim Khalid Gagap… Mana tahu, tanah pusaka milik keluarga kita pula menjadi mangsa nanti?? Asalkan dikawal Pejabat Tanah, semua boleh jadi atas kehendak DAP…