Kelantan Bakal Membina Stesen Angkasa Lepas Di Bulan??

Tinggalkan komen

Kelantan Bakal Membina Stesen Angkasa Lepas Di Bulan??

Bila orang kata pilihan raya bulan 3, Pas Kelantan umum nak buat stadium islam…..
Bila orang kata pilihan raya bulan 6, Husam umum nak bina lebuh raya prepaid…..
Bila orang kata pilihan raya bulan 11, Husam umum pula nak bullet train…..Tidak mustahil bila orang kata pula pilihan raya awal tahun depan, Husam akan umum pula nak bina stesen angkasa lepas…kah…kah….kah….kah…kah…..Bina stesen angkasa lepas untuk tinjau balak dan lombong-lombong apa yang ada di angkasa lepas ???” – kata, rbfonline.net

Mari kita lihat projek-projek hasil daripada idea Husam.
Projek yang pertama ialah Jihad Ternak, disebabkan sunnah Rasulullah maka program menternak kambing jamnapari pun dilancarkan. Majlis pelancarannya dibuat di Perdana Resort dan pada program itu ditunjukkan baka kambing beserta dengan kandang pasang siap.Namun kesudahannya amat menyayat hati, pemimpin Pas bergaduh dengan rakan kongsinya, Datuk Amin Pepet sehingga berlaku kes tembak dan jihad ternak terus hilang ditelan zaman.

Projek yang kedua ialah Koridor Depu. Projek ini dilancarkan pada tahun 2007 ketika Kerajaan Pusat sedang sibuk melancarkan prgram koridor ekonomi di seluruh negara.Sebaik sahaja dilancarkan, hampir di seluruh pelusok negeri ini penuh dengan billboard Kelantan Koridor Depu tetapi sekarang senyap begitu sahaja.Mungkin Haji Zaidi, orang kanan Husam boleh jawab kenapa sampai sekarang masih berlonggok lagi benih depu yang dibawa masuk dari negara jiran di satu kawasan di Salor.

Projek yang ketiga ialah stadium. Idea untuk membina stadium baru ini ketika Kelantan sedang hebat dalam Liga Bola Sepak Negara. Kelantan juara adalah disebabkan pengurusannya hebat. Pengurusan adalah dari idea orang UMNO, Tan Sri Annuar Musa.Maka dengan itu, Pas perlu mengambil kesempatan dalam kegilaan bola ini dengan mengumumkan pembinaan stadium baru di kawasan sempadan antara Ketereh dan Kok Lanas.Cadangannya pembinaan bermula Mac, kemudian ditangguh kepada Ogos dan sekarang September, tidak ada sebatang tiang pun dicacak di lokasi itu.Ini contoh kegilaan Husam. Kegilaan ini dinamakan kegilaan sebabak-sebabak. Bila ada babak baru maka muncullah idea baru. Dan dengan itu Husam akan dikenang sampai bila-bila kerana mempunyai idea yang hebat biarpun tidak pernah dilaksanakan.

Selepas, program Jihad Ternak, Koridor Depu, pembinaan stadium, lebuh raya rakyat dan terbaru, keretapi laju maka tidak mustahil stesen angkasa lepas dibina di negeri ini.Mungkin selepas ini Husam akan mengumumkan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan kerajaan Rusia untuk membeli Soyuz.Maka dengan cerita keretapi laju dan stesen angkasa bersama dengan Soyuz maka diharapkan kita mengenali siapa Husam Musa. Idealis yang maha hebat di Kelantan, penulis hanya tersenyum. ~Wan Jijah

Masih ada lagi yang percaya dengan janji-janji manis Husam Musang Berbulu Ayam ni?? Bab berlakon memang pandai… Bab menabur janji memang pandai… Tapi bab melaksanakan… Bermacam-macam alasan… Pusing sana… Pusing sini… Lepas tu salahkan Kerajaan Persekutuan pula… Mereka yang berjanji macam-macam tapi bila gagal melaksanakan mereka salahkan orang lain… Cukup mudah… Itu belum lagi perintah Malaysia… Agaknya bila perintah Malaysia, macam-macam lagi la kita boleh nampak…

Sedangkan masalah air bersih kat Kelantan masih tidak ada jalan penyelesaian, mahu buat projek lain pula… Jadi kepada Rakyat Kelantan, masih korang percaya dengan janji melangit Kerajaan PAS Kelantan ni?? Ayuh!! Kita ubah!! Tukar kerajaan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti… Kita test sepenggal ok??

Sumber: Anti Semua Salah UMNO – ASSU

Manifesto Bukan Perjanjian. Satu Alasan Yang Bijak??

Tinggalkan komen

Manifesto Bukan Perjanjian. Satu Alasan Yang Bijak??

ALASAN bijak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mematahkan hujah pihak-pihak yang menuntut subsidi air percuma 20m3 yang dibuat pada 2008 diperluaskan kepada pemilik rumah dengan meter pukal, dengan mengatakan manifesto air percuma bukan perjanjian, memang patut dipuji. – SUARA PAKATAN RAKYAT

Sudah menjadi dasar media milik Pakatan Haram Jadah ni, akan menjilat apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin mereka, walaupun hakikatnya apa yang dijilatnya berasa kelat, pahit dan masam… Tapi itulah yang terpaksa mereka lakukan demi wang ringgit…

Suara Pakatan Rakyat pula memuji tindakan Khalid Ibrahim mengencing rakyat Selangor sebagai satu ‘ALASAN YANG BIJAK’. Nampaknya Suara Pakatan Rakyat mahu tak mahu terpaksa juga menjilatnya walaupun rasanya memang memualkan…

Mereka gagal menerima hakikat bahawa manifesto PRU Kerajaan PR Selangor adalah bersifat menanam tebu di tepi bibir… Ibarat gula-gula politik yang rasanya kelat dan pahit…

Kini rakyat Selangor semakin sedar pihak mana yang menepati janji… Pihak mana pula yang hanya pandai menabur janji kemudian memberi seribu satu macam alasan apabila gagal menunaikan janjinya…

Kepada rakyat negeri Selangor, usah korang terpedaya lagi dengan manifesto Pakatan Haram Jadah ni… Mereka sudah mengatakan ianya BUKAN SATU JANJI… Tapi tak lebih sekadar penyedap rasa… Jika korang semua nak kena tipu lagi, pangkah lah lagi Pakatan Haram Jadah ni dalam PRU 13 akan datang…

Kenyataan MB Selangor tak lebih sekadar hendak melepaskan leher yang terjerut…

Janji Ku Tabur Berkubur… Nisan Ku Tanam Lagi…

Tinggalkan komen

Janji-Janji PAS Tabur Yang Dibiarkan Berkubur…

Batu ‘nisan’ Jambatan Palekbang menjadi saksi janji-janji palsumu Pork Nick…

Pantun yang eXception tujukan khas buat Pork Nick…

HARI INI MENANAM PADI
ESOK KITA MENANAM RAMBUTAN
HARI INI KITA MENABUR JANJI
ESOK KITA TANAM BATU NISAN


DARI JEMPOL PERGI KE RASAH
SINGGAH SEBENTAR KE BUKIT TINGGI
BERBELAS TAHUN SUDAH MEMERINTAH
BANYAK LAGI JANJI BELUM DITEPATI


IKAN DARI LAUT DI BAWA KE DARAT
DI DARAT SIMPAN DALAM PETI
APA CERITA KISAH LADANG RAKYAT
RAKYAT KELANTAN SEMUA BUKAN PEKAK BUKAN TULI


SINGGAH SEBENTAR DI WARUNG PAK MAJID
SINGGAH UNTUK MINUM AIR KOPI
HENDAK KU UKUR TINGGINYA MENARA MASJID
TINGGI LAGI BERHALA DI KOK KELI


MAK MINAH SEDANG MENGGULAI KARI
KARI DIGULAI, KARI BURUNG PUNAI
NAH DI SINI INGIN AKU BERI
JANJI-JANJI KERAJAAN KELANTAN YANG BELUM TERTUNAI