Krisis Air Selangor. Fakta VS Auta

2 Komen

Krisis Air Selangor. Fakta VS Auta

1. Banyak spekulasi telah dibuat mengenai isu air di Selangor.
2. Ada yang mengatakan bahawa benar, sedang berlaku satu krisis air yang agak kritikal. Ada juga yang mengatakan bahawa ia cuma satu permainan politik untuk menggagalkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim.
3. Tetapi setelah mendengar sendiri penjelasan yang dibuat oleh pihak Puncak Niaga dan lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat, banyak pencerahan dapat dibuat dan dikenal pasti.

Latar Belakang

4. Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi di bawah seliaan Puncak Niaga.
5. Mereka memproses air mentah untuk dijadikan air terawat supaya boleh digunakan oleh orang ramai.
6. Air yang diproses akhirnya akan dijual kepada pihak Syabas. Syabas pula akan menyalurkan air ini kepada isi rumah di kawasan-kawasan tertentu.
7. Loji Rawatan Air Sungai Langat memproses air untuk dibekalkan kepada kawasan Selatan Selangor termasuk Kuala Lumpur.
8. Loji ini secara rekabentuknya mampu memproses 386 MG (million gallon) setiap hari. Tetapi kini beroperasi sehingga 460-470 MG setiap hari, bermakna loji ini beroperasi pada tahap 121% keupayaan.

Krisis Air

9. Krisis air ini berlaku apabila loji ini tidak dapat memenuhi permintaan pengguna atas dasar kapasiti sudah mencapai tahap maksima.
10. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat ini juga menyebabkan kadar penggunaan air bertambah dari masa ke semasa
11. Kadar pertambahan penduduk menyebabkan kadar penggunaan air juga bertambah.
12. Dengan kapasiti yang sedia ada, penggunaan air semakin tinggi tetapi prasarana masih pada keadaan 3, 4 tahun yang lampau.
13. Antara tugas Syabas adalah untuk menasihatkan kerajaan negeri tentang krisis air 3 TAHUN sebelum berlakunya krisis tersebut.
14. Permohonan telah dibuat oleh Syabas dan sudahpun diluluskan oleh kerajaan pusat tetapi belum diluluskan oleh kerajaan negeri sehingga kini. Untuk membolehkan loji baru dibina memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri.

Menjawab Spekulasi

Kenyataan I :

“Air di empangan tinggi, mana ada masalah air!”

Jawapan :

Air di empangan memang tinggi, tetapi masalah bukan bekalan air mentah, tetapi air terawat. Analogi mudah; sebuah ladang lembu mempunyai 5,000 ekor lembu tetapi tukang sembelihnya hanya ada seorang. Kemampuan untuk mengeluarkan daging ke pasaran terletak kepada tukang sembelih dan bukannya berapa banyak lembu yang ada.

Kenyataan II :

“Sepanjang tahun hujan, bekalan air mesti mencukupi!”

Jawapan :

Sekali lagi jawapan adalah sama seperti sebelumnya iaitu masalah bekalan air terawat. Dan tambahan lagi, sekiranya hujan lebat, loji tidak akan mampu memproses air tersebut kerana faktor kekeruhan yang tinggi. Pam loji akan rosak kerana kandungan lumpur yang terlalu tinggi untuk diproses sehingga memaksa loji perlu ditutup.

Kenyataan III :

“Kita akan menggunakan air lombong!”

Jawapan :

Masih lagi jawapan yang sama! Air lombong sekalipun, air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu dan perlukan loji untuk merawat.

Kenyataan IV :

“Syabas menangguhkan bayaran kepada loji sebanyak RM 2 billion untuk mencipta krisis air!”

Jawapan :

Loji ini sudahpun beroperasi pada tahap 121%. Dan semua air yang diproses dijual terus kepada Syabas. Tangki 4 iaitu di Balakong yang boleh memuatkan 4 MG habis digunakan. Apabila air di tangki tersebut sudah mencapai tahap 3-4 inci ataupun setinggi buku lali, tangki tersebut tidak lagi mempunyai tekanan yang cukup untuk menyalurkan air ke isi rumah. Setiap kali air sampai ke tangki 4 ini, habis terus digunakan.

Kenyataan V :

“Kerajaan BN berpakat dengan Syabas untuk tutup bekalan air untuk mencipta krisis air!”

Jawapan :

Sekiranya benar, maka loji air tersebut tidak perlu untuk memproses air pada tahap 121% keupayaan. Loji-loji air yang sedia ada sudahpun beroperasi lebih daripada kadar yang sepatutnya. Jika benar Syabas tutup bekalan air, maka melimpah-limpahlah air di setiap tangki simpanan air yang ada di seluruh Selangor.

Penyelesaian :

1. Cara penyelesaian yang terbaik adalah dengan membina lebih banyak loji-loji rawatan air si sekitar Selangor.
2. Syabas sudahpun menasihatkan kerajaan negeri 3 tahun yang lalu tentang krisis air yang akan berlaku.
3. Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu dipolitikkan oleh PKR dan perlu dibina segera untuk menyelesaikan masalah rakyat. Pentingkan rakyat dan bukannya politik parti sahaja.
4. TS Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor perlu faham dengan jelas krisis air yang dihadapi dan bukannya bercakap dengan sembrono sahaja.
5. Mengikut pandangan profesional dari Puncak Niaga sendiri, sekiranya keadaan ini tidak berubah dan tiada tindakan selanjutnya diambil, Selangor secara keseluruhannya akan mengalami masalah krisis air ini dalam tempoh 10-12 bulan lagi.
6. Masalah bukan tentang air banyak di empangan, tetapi air terawat yang dikeluarkan oleh loji.

Terima Kasih: Norazniza Abdul Karim

Apa Sebenarnya Yang Pencacai PR Sembunyikan Dari Kita…

Tinggalkan komen

Apa Sebenarnya Yang Pencacai PR Sembunyikan Dari Kita…

Pencacai Pakatan Rakyat mempertikaikan gaji Tan Sri Rozali Ismail yang di dakwa mereka sebanyak RM 425,000.00 sebulan.

Mereka cuba mengaitkan Syabas dengan Barisan Nasional, kononnya Syabas ni GLC di bawah Kerajaan Barisan Nasional la kiranya…

Tapi hakikatnya… Kerajaan Negeri Selangor juga turut mempunyai PEGANGAN SAHAM dalam SYABAS…

Saham kapital yang dibenarkan untuk SYABAS adalah RM100,000,000.00 mengandungi 93,449,999 saham biasa RM1.00 setiap satu, satu (1) saham emas RM1.00 655,000,000 redeemable cumulative preference shares (“RPS”) bagi RM0.01 setiap satu, manakala saham kapital berbayar bagi SYABAS adalah RM71,550,001.00 mengandungi 65,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu, 655,000,000 RPS bagi RM0.01 setiap satu dan satu (1) saham emas RM1.00. Pemegang saham SYABAS adalah Puncak Niaga Holdings Berhad (“PNHB”) yang memegang 70% jumlah saham ekuiti di dalam SYABAS, 15% pemegang ekuiti dipegang oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) dan baki 15% dipegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“KPS”). Kerajaan Persekutuan (“Kerajaan”) menerusi kementerian kewangan Kementerian Kewangan Berhad (“MOF”) memegang (1) pemegang emas di SYABAS.

Malah Tan Sri Rozali BUKAN CEO SYABAS… Tetapi CEO Puncak Niaga Holdings… SYABAS hanyalah anak syarikat kepada Puncak Niaga Holdings… Tan Sri Rozali juga merupakan PENGASAS kepada PUNCAK NIAGA HOLDINGS… Maka sebagai bos dalam syarikat yang diasasnya sendiri… Ikut suka dia lah nak gaji berapa… Maka tak timbul soal ‘kroni’ di sini…

Lain pula dengan PKNS… Yang mana gaji sebulan bos PKNS berjumlah RM 760,000. Itu gaji tahun 2010… Belum gaji 2012 lagi…

Kerajaan Selangor bayar lebih tinggi berbanding pendapatan diterima PM

SHAH ALAM: Gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun selain pembayaran RM7,000 kepada syarikat perunding bagi menyediakan teks ucapan pengurus besar, ditimbulkan pada perbahasan Bajet Selangor 2012.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2012, berkata beliau mempersoalkan pembayaran itu kerana badan berkanun berkenaan gagal membina kediaman mampu dimiliki rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata, pembayaran gaji dan bonus itu seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan tidak terkawal berbanding prestasi PKNS.

“Berdasarkan perangkaan pada 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000 manakala pada 2010 pula menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000.

“Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Berita Harian

Berbeza dengan Puncak Niaga, PKNS adalah milik penuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan… Agak menghairankan apabila gaji bos PKNS melebihi gaji yang diterima oleh PM dan Menteri Besar Selangor sendiri… Bos PKNS dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor… Maka soal ‘kroni’ boleh timbul di sini…

Jadi, kepada pencacai Pakatan Rakyat, korang nak pusing apa lagi?? Dah terang lagi bersuluh…

Sumber:

Syarikat Bekalan Air Selangor

Rozali Ismail

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

Pencacai DAP Tak Faham Isu Air??

1 Komen

Pencacai DAP Tak Faham Isu Air??

Pencacai DAP telah seolah-olah buta atau langsung tak faham pasal isu air yang sedang melanda Syabas ini…

Mereka beranggapan bahawa isu ini berkaitan dengan air mentah… Kemudian menuduh Syabas berpakat dengan Kerajaan Persekutuan untuk menipu rakyat…

Perlu diingatkan di sini bahawa ini bukan berkaitan dengan krisis kemarau yang menyebabkan kekurangan bekalan air mentah… Tetapi ini adalah isu berkaitan krisis air bersih yang mana loji sedia ada TIDAK LAGI MAMPU MENAMPUNG PERMINTAAN BEKALAN AIR…

Air kat empangan memanglah banyak… Tetapi takkan kita nak salurkan terus air dari empangan ke rumah… dah la air tidak dirawat… Bodoh betul la korang ni… Korang ni faham ke tak faham isu??

Untuk pengetahuan korang semua, permintaan air bersih di Lembah Kelang telah mencapai tahap tepu yang mana sekiranya mengalami permintaan melebihi kapasiti yang termampu dikeluarkan oleh loji air. Loji air berfungsi membekalkan air bersih yang telah dirawat sebelum disalurkan kepada pengguna… Akan tetapi setiap loji mempunyai kemampuan yang terhad menyebabkan kapasiti bekalan air terawat adalah terhad. Maka apabila berlaku permintaan yang berlebihan, tekanan air akan menjadi rendah… Ini akan menyebabkan berlakunya krisis air…

Jika kita ambil contoh apabila sesebuah loji rawatan air mengalami masalah akibat pencemaran sumber air mentah. Sesebuah loji air terpaksa menghentikan operasi untuk beberapa hari bagi membolehkan kerja pembersihan tangki… Pencemaran minyak, bahan kimia dan sampah sarap adalah musuh utama loji rawatan air.

Jangan lah korang terus memperbodohkan diri sendiri jika tak faham isu… Jika kerajaan Selangor ambil alih Syabas sekalipun takkan mampu untuk mengatasi masalah ini… Beginilah jadinya apabila sesebuah negeri dipimpin oleh seorang yang dungu dan bahalol…