Pakatan Rakyat Umum Tema Baru Hari Merdeka Ke 55

Tinggalkan komen

Pakatan Rakyat Umum Tema Baru Hari Merdeka Ke 55

Pakatan Rakyat menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, ‘Janji Ditepati’ yang merupakan slogan Barisan Nasional.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas ahli jawatankuasa kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan pengarah eksekutif Women’s Aid Organisation ( WAO), Ivy Josiah.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas Pakatan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.

“Sebelum ini kita beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk tukar tema hari merdeka agar lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR.

Beliau berkata, selepas pengumuman tersebut, Pakatan menerima lebih kurang 250 cadangan tema kemerdekaan daripada pelbagai pihak.

“Setakat ini kita terima lebih kurang 250 cadangan tema daripada rakyat, jadi kita tubuhkan jawatankuasa untuk memilih tema yang terbaik,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari. – Harakah

Hasil daripada penubuhan jawatankuasa tersebut, pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara memilih tema Hari Kemerdekaan ke 55 yang baru bagi menggantikan tema ‘1 Malaysia Janji Ditepati’. Tema tersebut berbunyi…

1 Malaysia Janji Ditaburi

Di bawah ini ialah lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 yang juga sebulat suara dipersetujui oleh semua pemimpin PR… Bagi eXception lagu di bawah adalah lebih baik daripada versi Rais Yatim… Tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat… eXception amat mengalu-alukan cadangan pemimpin Pakatan Rakyat ini…

Hari Kemerdekaan Ke 55 Tiada Logo Rasmi?

Tinggalkan komen

Hari Kemerdekaan Ke 55 Tiada Logo Rasmi?

Lepas satu… satu kontroversi yang dibuat oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim ni… Naik berpinar mata eXception… Kali ni buat pertama kalinya sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 tidak ada logo rasmi… Dafuq is this??

Sudah lah lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 pulak macam hampeh… eXception rasa sepatutnya lagu tema hari Kemerdekaan terbaik pernah eXception dengar ialah, lagu Keranamu Malaysia yang dicipta oleh Pak Ngah dan Siso Kopratasa. Yang mana lagu ini liriknya mudah dan puitis. Malah budak tadika pun boleh menyanyikannya… Entah mengapa seolah-olah Malaysia ni dah ketandusan penggubah lagu sampai lagu tahap sampah dijadikan lagu tema Hari Kemerdekaan… Malah lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 pula menjadi bahan jenaka orang-ramai… Shame on you!!

Nampaknya sudah sampai masa Datuk Seri Utama Rais Yatim mengundurkan diri dan memberikan peluang kepada orang yang lebih kreatif menggantikan Datuk Seri Utama Rais Yatim… Bila otak dah berkarat… Pemikiran sudah tak kreatif, maka terhasilah perkara yang merapu-rapu…