Lebih 1000 Sokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bakal Presiden PAS

Tinggalkan komen

Lebih 1000 Sokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bakal Presiden PAS

Sejumlah 1,379 pengikut fan page Isu Politik Semasa (IPS) menyokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS menjadi bakal Presiden PAS bagi menggantikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan pendapat fan page IPS, rata-rata menyokong Ustaz Nasha menjadi Presiden PAS memandangkan Presiden PAS sedia ada kelihatan terlalu tunduk kepada DAP lebih-lebih lagi berkaitan isu kalimah Allah.

Malah sokongan terhadap Ustaz Nasha bukan sahaja dari kalangan penyokong PAS, malah kalangan penyokong UMNO yang menyokong cadangan pelan perpaduan antara UMNO dan PAS yang pernah disuarakan oleh Ustaz Nasha dan Tuan Guru Hj Hadi Awang dulu, turut menyokong demi menyatupadukan semula umat Islam di Malaysia.

Walaupun demikian, Tuan Guru Hj Hadi Awang segera akur dengan titah perintah Tok Garu Nik Aziz yang mana menentang dasar perpaduan antara UMNO dan PAS. Malah akibat menyokong dasar tersebut, Tuan Guru Hj Hadi pernah dipulaukan semasa pilihanraya kecil yang mana poster beliau tidak dinaikkan sebagai poster.

Demi kebaikan perpaduan sesama Islam di Malaysia, eXception juga turut menyokong cadangan Ustaz Nasha sebagai bakal Presiden PAS… Ini dilihat dengan penglibatan Ustaz Nasha dengan rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza baru-baru ini dan ke Mekah tidak lama dahulu… Ustaz Nasha dilihat sebagai insan yang bakal membuat perubahan besar di dalam PAS dan bakal mengembalikan pengaruh ulamak memandangkan kini PAS masih dikuasai oleh mereka yang mempunyai kepentingan dan tunduk dengan dasar Anwar Ibrahim dan dasar DAP…

Sumber: Isu Politik Semasa

Presiden PAS Menyindir Nurul Izzah?

Tinggalkan komen

Presiden PAS Menyindir Nurul Izzah?

KOTA BARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pemimpin Islam perlu berhati-hati dalam menyampaikan mesej berkaitan keagamaan supaya tidak disalah tafsir.

Menurut beliau, pengetahuan dan pemahaman agama yang tinggi merupakan asas sebelum seseorang itu menyebarkan mesej atau tafsiran berkaitan Islam.

“Kita mesti berilmu khususnya ilmu nak menyampaikan mesej Islam kepada orang Melayu Islam sendiri.

“Muslimat perlu berilmu dan faham, jangan berilmu sahaja tapi tak faham. Kalau tak ada ilmu, tapi buat faham sendiri pun tak boleh,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di sini, Rabu malam.

Selain itu Abdul Hadi turut menyentuh secara ringkas mengenai konsep kebebasan beragama tanpa paksaan yang diperkenalkan Islam.

“Kita perlu perkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam…ajak mereka kepada Islam tanpa paksaan.

“Tapi kalau mereka (bukan Islam) tak mahu masuk Islam, perkenalkan kepada mereka konsep Islam adil untuk semua,” katanya.

Kenyataan itu dilihat terarah kepada perkembangan semasa membabitkan pemimpin sekutu pakatan pembangkang apabila mengeluarkan pandangan mengenai kebebasan beragama di negara ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan yang didakwa menyokong murtad di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam.

Baru-baru ini pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’, Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Lebih kontroversi apabila ahkbar Utusan Malaysia kemudiannya memetik dan menyiarkan semua kenyataan Nurul Izzah pada Isnin.

Bagaimanapun selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

Walaupun secara nyata Presiden PAS sendiri tak berani nak menyebut nama Nurul Izzah sebagai pemimpin yang dimaksudkannya, tetapi secara halus kita boleh agak…

Mungkin Presiden PAS takut jika Anwar marah, sebab itu dia tak berani nak sebut nama Nurul Izzah… Jadi.. Bila Anwar query balik… Dia boleh pusing kata dia maksudkan ialah pemimpin UMNO… Bijak bukan?? Kah kah kah kah kah kah!!

Tak sangka… Bacul juga pemimpin PAS ni kan?? Apsal takut sangat dengan Anwar tu?? Atau takut kehilangan undi?? Keh keh keh keh…