Muat Turun Manifesto Barisan Nasional Dalam Bentuk PDF

Tinggalkan komen

Muat Turun Manifesto Barisan Nasional Dalam Bentuk PDF

Terima kasih kepada Hanafi Mohd Ali sebab bermurah hati berkongsi fail Manifesto Barisan Nasional 2013 ini. CyWar Putrajaya ingin kongsikan dengan anda semua.

Sila muat turun di sini: Manifesto Barisan Nasional – Menepati Janji Membawa Harapan

PRU 13 – BN Tukar Manifesto Jadi Aku Janji

Tinggalkan komen

PRU 13 – BN Tukar Manifesto Jadi Aku Janji

Malam tadi Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi Barisan Nasional telah melancarkan aku janji Barisan Nasional dihadapan lebih 50 ribu penyokong Barisan Nasional. Penggunaan istilah AKU JANJI bagi menggantikan MANIFESTO adalah satu cara untuk membuktikan apa yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak adalah satu janji yang serius dan wajib dilaksanakan. Ini bagi membezakan dengan MANIFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN yang dibawa oleh Pakatan Pembangang.

Berikut antara intipati Aku Janji Barisan Nasional (BN) bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh

Terima Kasih BN!! PR1MA Bakal Dibina Di Pulau Pinang & Johor

Tinggalkan komen

Terima Kasih BN!! PR1MA Bakal Dibina Di Pulau Pinang & Johor

20 ribu unit rumah mampu milik bakal dibina di Pulau Pinang di bawah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia sekiranya Barisan Nasional kembali menawan Selangor. Itulah antara pengumuman Datuk Seri Najib Razak semasa berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 7 Disember yang lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Berhad, Datuk Abdul Mutalib Alias, antara lokasi yang telah dikenal pasti untuk program PR1MA di negeri ini ialah Timur Laut, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

Selain Pulau Pinang, 8 ribu rumah mampu milik di bawah projek PR1MA juga bakal dibina di Johor. Antara lokasi dikenal pasti untuk dibina PR1MA adalah terletak di Larkin, Tampoi, Kulaijaya, Plentong dan Pasir Gudang.

Rumah-rumah yang akan siap menjelang 2016 itu dijangka berharga di antara 10 dengan 25 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional membina rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia, dikala Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor sedang giat membina perumahan mewah untuk golongan elit.

Ternyata Barisan Nasional adalah terbaik untuk semua rakyat Malaysia… Terima kasih Barisan Nasional… Terima kasih Datuk Seri Najib Razak…

Jelajah #JanjiDitepati Kini Di Selangor!!

Tinggalkan komen

Siri Jelajah Janji Ditepati Kini Akan Berada Selangor!!

Siri program Jelajah Janji Ditepati kini akan berada di Selangor pada 8 Julai nanti… Ayuh datang beramai-ramai… Lokasi program jelajah ini akan diadakan di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan…

Banyak program-program menarik menanti anda di sana… Untuk mengetahui lokasinya, sila rujuk peta di bawah ini…