Selamat Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Pemilih

Tinggalkan komen

Selamat Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Pemilih

Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Mengundi buat semua rakyat Malaysia tak kira di mana sahaja anda berada. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat. Undi itu adalah suara anda. Aku ingin beri 7 langkah pengundian buat semua… Hari ini aku akan mengundi di kampung halaman aku di Pekan… Walaupun undi adalah rahsia… Tapi tanpa berahsia lagi terus-terang aku cakap, aku takkan pangkah mana-mana logo parti selain Barisan Nasional…

Sekitar Suasana Penamaan Calon Parlimen Putrajaya

Tinggalkan komen

Sekitar Suasana Penamaan Calon Parlimen Putrajaya

Ini adalah antara gambar-gambar gelagat penyokong Barisan Nasional yang sempat dirakamkan pagi tadi.










Untuk lebih banyak gambar, sila buka album Picasa ini: Penamaan Calon Parlimen Putrajaya

Berikut pula adalah rakaman-rakaman video suasana sepanjang penamaan calon di Parlimen Putrajaya…




Kekecohan hampir berlaku apabila penyokong Barisan Nasional dan PAS bertembung. Bagaimanapun keadaan tersebut berjaya disuraikan oleh pihak Polis yang bertindak cepat menyuraikan keadaan.



Muat Turun Manifesto Barisan Nasional Dalam Bentuk PDF

Tinggalkan komen

Muat Turun Manifesto Barisan Nasional Dalam Bentuk PDF

Terima kasih kepada Hanafi Mohd Ali sebab bermurah hati berkongsi fail Manifesto Barisan Nasional 2013 ini. CyWar Putrajaya ingin kongsikan dengan anda semua.

Sila muat turun di sini: Manifesto Barisan Nasional – Menepati Janji Membawa Harapan

PRU 13 – BN Tukar Manifesto Jadi Aku Janji

Tinggalkan komen

PRU 13 – BN Tukar Manifesto Jadi Aku Janji

Malam tadi Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi Barisan Nasional telah melancarkan aku janji Barisan Nasional dihadapan lebih 50 ribu penyokong Barisan Nasional. Penggunaan istilah AKU JANJI bagi menggantikan MANIFESTO adalah satu cara untuk membuktikan apa yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak adalah satu janji yang serius dan wajib dilaksanakan. Ini bagi membezakan dengan MANIFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN yang dibawa oleh Pakatan Pembangang.

Berikut antara intipati Aku Janji Barisan Nasional (BN) bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh

Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??

Tinggalkan komen

Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??


Pakatan Biawak sudah takut dengan bayang-bayang PRU 13 yang semakin hampir

Pakatan Biawak hari ini mengumumkan untuk tidak melaksanakan pilihanraya umum serentak dengan dengan negeri-negeri lain… Bayang-bayang ajal Pakatan Biawak semakin terserlah apabila Anwar China Doll, mula menyalahkan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang dikatakan tidak telus walaupun SUDAH TERBUKTI bahawa Pakatan Biawak telah memenangi 5 negeri dalam PRU 12 yang lepas secara telus dan adil.

Pakatan Biawak mula merapu-rapu dan meracau-racau apabila bayang ajal Pakatan Biawak semakin hampir… Walaupun diberikan panadol serta china doll, tetapi demam kuning yang sedang melanda Pakatan Biawak semakin lama semakin parah dan menanti masa ajalnya tiba…

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

“Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.

Sumber: MBIKINI