Terima Kasih Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz

Tinggalkan komen

Terima Kasih Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz

eXception mengucapkan syabas dan terima kasih atas kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah atas sumbangan 5000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia kepada penyokong bola sepak Kelantan di Tanah Merah.

Malah beliau juga turut menyediakan bas untuk membawa para penyokong Kelantan serta sedikit duit poket. Selain itu Datuk Ikmal Hisham juga turut menaja makan dan minum bagi penyokong yang menonton di skrin besar di kampung-kampung sekitar Tanah Merah.

Kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham mengagumkan eXception. Diharap pada masa akan datang Datuk Ikmal Hisham terus dipilih untuk berkhidmat kepada penduduk Tanah Merah. eXception juga doakan semoga Datuk Ikmal Hisham tercalon menjadi calon Barisan Nasional bagi mewakili penduduk Tanah Merah.

Jika dibandingkan kemurahan MB Kelantan menaja peserta BERSHIT, kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham lebih menjadi sanjungan penduduk Tanah Merah. Tahniah Datuk Ikmal Hisham!! Teruskan berkhidmat demi rakyat… Semoga Allah memberikan rezeki berlipat kali ganda kepada Datuk Ikmal… Amin…

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir UEFA Euro 2012

Tinggalkan komen

Sepanyol Menang Mudah Terhadap Itali Dalam Perlawanan Akhir UEFA Euro 2012

Sepanyol mempertahan kejuaraan Eropah apabila menewaskan Itali 4-0 pada perlawanan akhir UEFA EURO 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine, awal pagi tadi.

Gol pertama Sepanyol dijaringkan oleh David Silva pada minit ke-14 kemudian diikuti jaringan oleh Jordi Alba pada minit ke-41, sebelum tamat separuh masa pertama.

Selepas perlawanan separuh masa kedua bermula, gawang gol Itali meledak lagi. Gol ketiga dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-84 dan disusuli gol minit ke-88 menerusi jaringan Juan Mata.

Fernando Torres telah dianugerahkan dengan anugerah Kasut Emas atas kejayaannya menyumbat 3 gol sepanjang perlawanan EUFA EURO 2012.

Apapun UEFA EURO 2012 menutup tirainya hari ini dan akan menemui kita sekali lagi pada tahun 2016 nanti dan Perancis akan menjadi tuan rumah acara berprestij ini.

Malam Ini… Penentuan Antara Tortilla Dan Pizza…

Tinggalkan komen

Antara Tortilla Dan Pizza… Yang Mana Menjadi Pilihan Anda??

VS

Pelik bukan… Kenapa penentuan antara Tortilla dan Pizza?? Adakah eXception mengadakan pertandingan makanan mana paling sedap?? Ha ha ha ha… Not exactly… eXception hanya merujuk kepada Perlawanan Akhir Euro 2012 antara Sepanyol dan Itali…

Mengapa Tortilla?? Mengapa Pizza?? Sebenarnya… Pizza adalah makanan yang berasal dari Itali, manakala Tortilla pula berasal dari Sepanyol… Sengaja eXception menggunakan dua jenis makanan itu…

eXception tak kisah pasukan mana pun yang akan menang… Tapi memandangkan eXception suka makan Pizza… eXception akan support team Itali!! Oh yeaahh!! Hidup Pizza!! Hidup Pizza!! Love Pizza!! Ha ha ha ha ha ha ha!! Kepada penyokong Itali sekalian… eXception nak bagi korang kupon Pizza!! Oh yeaahhh!! Pizza!! Pizza!! Pizza!! Pizza!! Pizza!! Pizza!! Pizza!! Pizza!! Pizza!! Pizza!!

Korang cuma perlu print out kupon ni sahaja. Kupon ni hanya terhad untuk Dine In… Atau dalam bahasa Italinya… ‘Makan Dalam’… Kupon ni juga hanya terhad untuk Cheesy Bites Steak Pizza sahaja… Apa lagi… Print out laa…!! Kupon ini sah dari 8 Jun 2012 hingga 5 Julai 2012… Masih ada banyak masa lagi bai!! Apa lagi… Jom layan Euro 2012 sambil pekena pizza… Baru masyukkk!!

Klik kupon untuk download

Klik kupon untuk download