Blogger Meroyan Pas Media PAU 2012 Kena Sorok??

Tinggalkan komen

Blogger Meroyan Pas Media PAU 2012 Kena Sorok??

Tak habis-habis dengan blogger sorang ni… Ingatkan dia dah tinggalkan terus dunia blogging, tapi masih lagi menulis… Sah la memang kaki kencing… Dulu declare nak tinggalkan dunia blogging, siap umum satu dunia… Konon nak suruh pemimpin UMNO pujuk laa… Tak seorang pun kalangan pemimpin UMNO yang ambik kisah…

Kesian… Punyalah lama tunggu kot-kot ada wakil dari Perdana Menteri datang membawa ufti berupa harta berkoyan-koyan… Sorang pun tak datang…

Kali ni dia dok meroyan pasal pas media Perhimpunan Agung UMNO 2012 kena sorok… Ehh… Hairan betul eXception, masa bila pulak dia ni jadi blogger UMNO?? Tak tahu malu ke dia mengaku sokong UMNO??

Dok hentam pemimpin-pemimpin dalam UMNO tak ingat dunia… Bila tak dapat pas, merajuk macam budak kecik…

Sudah-sudah la meroyan… Hang tu dah tua… Buat cara orang tua laa…

Ini blog blogger yang kuat meroyan tu: UMB dah ada pengerusi baru ke? @NajibRazak @tunfaisal ~ Aku Peduli Apa @ APA

Perhimpunan Agung UMNO 2012 Tamat Hari Ini

Tinggalkan komen

Perhimpunan Agung UMNO 2012 Tamat Hari Ini

Hari ini, 1 Disember 2012, berakhirlah sudah Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2012…

Banyak kisah suka dan duka dicoretkan sepanjang berlangsungnya perhimpunan ini…

Datuk Seri Najib, selaku Presiden UMNO membuat ucapan penggulungan sebelum menangguhkan PAU 2012 ini…

Kepada semua perwakilan yang hadir, terima kasih diucapkan…

Kepada semua pengamal media baru UMNO, tahniah diucapkan…

Kepada semua jentera UMNO & BN yang bertugas bagi memastikan kelancaran PAU 2012, syabas diucapkan…

Kepada keluarga dua perwakilan yang meninggal dunia, eXception ucapkan takziah…

Semoga anda semua pulang ke negeri masing-masing dengan selamat …

InsyaAllah… Jika dipanjangkan umur…

InsyaAllah… Jika Barisan Nasional masih mengekalkan majoriti…

InsyaAllah… Selagi UMNO masih bertahan…

InsyaAllah… Kita akan bertemu lagi pada tahun hadapan…

Perjuangan kita masih belum selesai…

Medan pilihanraya bakal menanti kita tahun hadapan…

Ayuh! Kita sama-sama berjuang untuk memastikan Barisan Nasional kekal menjadi parti pemerintah Malaysia…

HIDUP UMNO!!!
HIDUP UMNO!!!
HIDUP UMNO!!!

Selamat Datang Kepada Semua Perwakilan #PAU2012

Tinggalkan komen

Selamat Datang Kepada Semua Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2012

eXception mengucapkan selamat datang kepada perwakilan-perwakilan yang datang dari seluruh pelusuk negeri di dalam Malaysia…

Hari ini akan diadakan sesi pendaftaran untuk para perwakilan bahagian di Bilik Melati, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra… Malah serentak itu juga akan berlangsung Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang mana lokasi persidangan berbeza-beza.

Sila rujuk bawah untuk mengetahui waktu dan lokasi Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO…

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC

Kepada semua perwakilan bagi Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO… eXception ucapkan selamat bersidang…