Blogger Milo Suam Ditahan Ketika Cuba Lari Ke Jerman

Tinggalkan komen

Blogger Milo Suam Ditahan Ketika Cuba Lari Ke Jerman

Maklumat yang diterima beberapa minit sebelum pukul 12:00 tengah malam tadi, mengesahkan Blogger tersohor Pakatan Rakyat, MILOSUAM telah ditahan pihak berkuasa selepas beberapa hari hidup dalam buruan.

MILOSUAM dilaporkan telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang dalam cubaan untuk melepaskan diri ke luar negara. Sebaik-baik sahaja ditahan, Blogger berkenaan telah dibawa ke Bukit Aman untuk membantu siasatan berhubung fitnah kertas undi dan fitnah terhadap SPR.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga peruntukan atau akta yang boleh digunakan terhadap MILOSUAM kerana menyebar maklumat palsu.

Pastinya para pecacai Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan penangkapan MILOSUAM dan tindakan pantas pihak berkuasa Malaysia terutama sekali PDRM. Dan pastinya juga barisan peguam handalan PKR dan DAP sudah bersedia untuk membela MILOSUAM.

Apa pun kita tunggu siasatan selanjutnya. Kita juga tunggu apakah MILOSUAM akan mengaku yang dia MILOSUAM kerana khabarnya para blogger pro-Pakatan amat berani dan tidak takut-takut untuk memperkenalkan diri mereka walaupun mereka juga berselindung di sebalik nama pena.

Atau dia juga akan meniru gerak langkah seorang lagi pecacai Pakatan yang sangat aktif di YOUTUBE suatu ketika dahulu yang enggan mengakui pengguna akaun bernama HAFIZ adalah dirinya?

Kita tunggu sama-sama…

The Flying Kick

Aikkk? Mau lari ka Milo Suam? Apa pasal mau lari kalau lu tak buat salah… Kata orang-orang tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali… Sekali lu buat jahat, lu memang tak boleh lari punya maaa… Apapun nasihat aku kepada PDRM, jagalah Milo Suam ni bebaik… Jangan lupa bagi dia makan friskies sehari 3 kali… Ha ha ha ha ha ha ha ha!!

Khabarnya nama sebenar si Milo Suam ni, Yusuf Al Siddique Suratman dan berumur 29 tahun… Nama Al Siddique, tapi langsung tak menyampaikan perkara yang benar… Sedangkan sahabat Rasulullah SAW, iaitu Abu Bakar, diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud (yang membenarkan)…

Permohonan Maaf Blogger Milo Suam Tak Ikhlas??

Tinggalkan komen

Permohonan Maaf Blogger Milo Suam Tak Ikhlas??

Selepas kantoi dengan isu lambang salib terbesar di Putrajaya semalam, blogger Milo Suam telah membuat permohonan maaf…

Tapi permohonan maaf macam ni, seolah-olah tidak ikhlas… Permohonan maaf paling sambil-lewa yang pernah eXception baca… Sudah la mengelirukan pembaca blog dengan artikel tahap sampahnya itu… Itulah lain kali jangan main hentam sahaja… Siasat dulu… Selidik dulu… Tapi bila dah kemaruk sangat nak menghentam kerajaan, sampai membelakangkan fakta… Maka ibarat terlajak perahu… kita boleh undur lagi… Tapi terlajak kata, lu pikir la sendiri…

Jadi sempena Ramadhan ni, sebaiknya Milo Suam kurangkan le artikel berunsur fitnah dalam blog tu… Jangan dek kerana mengejar berita sensasi, sampai diri kita tersadung kaki sendiri, jatuh terjelepuk atas tahik lembu…


Milo Suam Tersembam?? (Gambar Hiasan)

Artikel berkaitan: Lambang Salib Terbesar Di Putrajaya??