Kelantan. Serambi Mekah Zaman Jahiliah??

1 Komen

Kelantan. Serambi Mekah Zaman Jahiliah??

Sebut pasal tajuk atas mungkin ramai puak PAS yang BUTTHURT dan hangin satu badan… Keh keh keh keh… Apsal korang nak hangin pulak?? Apa yang aku cakap ni FITNAH ke?? Tak percaya tengok Kelantan…

Berapa banyak masjid di bina kat Kelantan sepanjang pemerintahan PAS?? Berapa banyak pula berhala yang dibina?? Berhala lebih banyak dibina dari masjid… Seolah-olah jika kita jejakkan kaki kat Kelantan seperti jejakkan kaki ke Mekah sewaktu zaman jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW… Yang mana ketika itu orang Arab Quraisy menyembah banyak berhala…

Maka selayaknya Kelantan digelar sebagai Serambi Mekah Zaman Jahiliah…

Ahli Kariah Mengamuk!! Masjid Dirampas Di Seri Kembangan!!

Tinggalkan komen

Ahli Kariah Mengamuk!! Masjid Dirampas Di Seri Kembangan!!

Selepas solat Jumaat petang tadi, eXception segera bergegas ke Taman Equine, Seri Kembangan dari Masjid Sultan Mizan, di Putrajaya.

Tujuan eXception ialah Masjid Al-Muttaqin, di mana satu sidang media diadakan oleh ahli kariah Masjid Al-Muttaqin bagi membantah campur tangan parti politik dalam jawatankuasa masjid…

Ketika eXception tiba di sana, sidang media sudah pun bermula… eXception ambil kesempatan untuk mengambil beberapa gambar semasa sidang media berlangsung… Kelihatan wartawan TV3, Sinar Harian berada di sana… Wartawan lain eXception tidak dapat mengecam mereka, kerana eXception mengecam berdasarkan kenderaan media berkenaan.

Apa sebenarnya yang berlaku??

Sebenarnya Ahli Jawatankuasa Masjid yang lama, telah mengisytiharkan keluar dari PAS sejak kemenangan Mat Sabu dalam parti kemudian, hari ini Masjid mereka ‘dirampas’. Ahli Jawatankuasa Masjid yang baru dilantik tidak mengikut prosedur malah kalangan Ahli Jawatankuasa Masjid baru bukan dari ahli kariah masjid tersebut. Mereka adalah dari ahli kariah luar yang di bawa masuk secara HARAM.

Tujuan sidang media ini dilakukan ialah untuk menerangkan kepada media tentang perkara sebenar yang berlaku di dalam masjid tersebut. Satu memorandum telah dibuat dan akan dihantar terus kepada Sultan Selangor nanti tanpa melalui mana-mana badan atau organisasi dalam Kerajaan Negeri Selangor hatta JAIS sekalipun…

Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar semasa sidang media sedang berlangsung…

Di bawah ini ialah Surat Perlantikan Pegawai Masjid Dan Jawatankuasa Kariah

Dokumen ini menyatakan ada ahli jawatankuasa yang dilantik adalah dari luar kariah dan ada yang jarang kelihatan di masjid. Malah ada juga ahli jawatankuasa yang dilantik tanpa persetujuannya dan membantah perlantikannya. Kebanyakan yang dilantik merupakan ahli PAS dan bukan dari kariah tersebut.

Ini adalah buku Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 yang mengandungi peraturan, prosedur dan tatacara perlantikan ahli jawatankuasa masjid.

Ini pula ialah memorandum yang akan dihantar kepada Sultan Selangor…

Di bawah ini pula antara bukti bergambar penglibatan Imam 1, Setiausaha, AJK masjid dalam Perhimpunan Bersih serta majlis anjuran PAS…

Di bawah ini pula adalah gambar antara ahli kariah yang hadir untuk turut membantah rampasan Masjid Al-Muttaqin…