Tanah Yayasan Selangor Diguna Pakai Secara Paksaan Kepada Kroni Anwar??

Tinggalkan komen

Tanah Yayasan Selangor Diguna Pakai Secara Paksaan Oleh Kroni Anwar??

Selepas menggadaikan Tanah Yayasan Selangor di Klang… Kali ini tanah milik Yayasan Selangor di Pulau Carey yang sebelum ini diusahakan oleh pengusaha kelapa sawit secara pajakan selama 25 tahun, pula menjadi mangsa. Syarikat Agro Segar Sdn Bhd dan Alaf Gigih Sdn Bhd ditamatkan kontrak, kerana kononnya beranggapan pulangan bulanan tidak menepati kehendak Yayasan Selangor.

Hujung tahun 2011, Yayasan Selangor diarahkan oleh Ketua Punaisihat Selangor untuk berbincang tentang cadangan syarikat Trilink Construction Sdn Bhd yang mempunyai hubungan yang erat dengan Ketua Punaisihat Selangor, untuk memajukan tanah milik Yayasan Selangor itu. Yayasan Selangor telah dipaksa meluluskannya tanpa banyak soal, disebabkan Yayasan Selangor adalah GLC milik Selangor.

Pemberian tender kepada kroni dan tidak telus kepada Syarikat Trilink Sdn Bhd adalah merupakan salah satu unsur rasuah dan kronisme dalam Kerajaan Selangor yang selama ini giat menuduh UMNO mengamalkan rasuah dan kronisme.

Apa Sebenarnya Yang Pencacai PR Sembunyikan Dari Kita…

Tinggalkan komen

Apa Sebenarnya Yang Pencacai PR Sembunyikan Dari Kita…

Pencacai Pakatan Rakyat mempertikaikan gaji Tan Sri Rozali Ismail yang di dakwa mereka sebanyak RM 425,000.00 sebulan.

Mereka cuba mengaitkan Syabas dengan Barisan Nasional, kononnya Syabas ni GLC di bawah Kerajaan Barisan Nasional la kiranya…

Tapi hakikatnya… Kerajaan Negeri Selangor juga turut mempunyai PEGANGAN SAHAM dalam SYABAS…

Saham kapital yang dibenarkan untuk SYABAS adalah RM100,000,000.00 mengandungi 93,449,999 saham biasa RM1.00 setiap satu, satu (1) saham emas RM1.00 655,000,000 redeemable cumulative preference shares (“RPS”) bagi RM0.01 setiap satu, manakala saham kapital berbayar bagi SYABAS adalah RM71,550,001.00 mengandungi 65,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu, 655,000,000 RPS bagi RM0.01 setiap satu dan satu (1) saham emas RM1.00. Pemegang saham SYABAS adalah Puncak Niaga Holdings Berhad (“PNHB”) yang memegang 70% jumlah saham ekuiti di dalam SYABAS, 15% pemegang ekuiti dipegang oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) dan baki 15% dipegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“KPS”). Kerajaan Persekutuan (“Kerajaan”) menerusi kementerian kewangan Kementerian Kewangan Berhad (“MOF”) memegang (1) pemegang emas di SYABAS.

Malah Tan Sri Rozali BUKAN CEO SYABAS… Tetapi CEO Puncak Niaga Holdings… SYABAS hanyalah anak syarikat kepada Puncak Niaga Holdings… Tan Sri Rozali juga merupakan PENGASAS kepada PUNCAK NIAGA HOLDINGS… Maka sebagai bos dalam syarikat yang diasasnya sendiri… Ikut suka dia lah nak gaji berapa… Maka tak timbul soal ‘kroni’ di sini…

Lain pula dengan PKNS… Yang mana gaji sebulan bos PKNS berjumlah RM 760,000. Itu gaji tahun 2010… Belum gaji 2012 lagi…

Kerajaan Selangor bayar lebih tinggi berbanding pendapatan diterima PM

SHAH ALAM: Gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun selain pembayaran RM7,000 kepada syarikat perunding bagi menyediakan teks ucapan pengurus besar, ditimbulkan pada perbahasan Bajet Selangor 2012.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2012, berkata beliau mempersoalkan pembayaran itu kerana badan berkanun berkenaan gagal membina kediaman mampu dimiliki rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata, pembayaran gaji dan bonus itu seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan tidak terkawal berbanding prestasi PKNS.

“Berdasarkan perangkaan pada 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000 manakala pada 2010 pula menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000.

“Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Berita Harian

Berbeza dengan Puncak Niaga, PKNS adalah milik penuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan… Agak menghairankan apabila gaji bos PKNS melebihi gaji yang diterima oleh PM dan Menteri Besar Selangor sendiri… Bos PKNS dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor… Maka soal ‘kroni’ boleh timbul di sini…

Jadi, kepada pencacai Pakatan Rakyat, korang nak pusing apa lagi?? Dah terang lagi bersuluh…

Sumber:

Syarikat Bekalan Air Selangor

Rozali Ismail

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

Agih AP Guna Sistem Bidaan. Siapa Yang Untung??

Tinggalkan komen

Agih AP Guna Sistem Bidaan. Siapa Yang Untung??

Aduhai… Betapa bodohnya la si Rafizi Ramli ni… Tak habis-habis anak lembu ni dok mengemboh… Hari tu dah kantoi isu NFC… Kali ni nak menunjukkan kebodohannya lagi pasal isu AP…

Kita jangan terpedaya dengan janji PR. Sebab janji PR hanya mahu mengayakan taikun-taikun puak mata sepet sahaja… Kita perlu sedar bahawa kalangan jutawan di Malaysia adalah terdiri dari kaum-kaum mata sepet ni… Berapa kerat sangat bumiputera melayu Islam yang kaya?

Sistem bidaan menentukan pemenang berdasarkan siapa yang mampu menawarkan harga tertinggi yang tidak mampu dicabar oleh orang lain. Setiap pembida boleh membida sebanyak mana yang mereka mahu selagi mereka berkemampuan dari segi kewangan.

Cuba bayangkan bila menggunakan sistem bidaan dalam menentukan pemilik AP…. Sudah tentu YANG PALING KAYA akan membolotnya… Apabila YANG PALING KAYA tu terdiri dari puak-puak mata sepet ni… Segala jenis barangan import akan dinaikkan harga sesuka hati… Ianya termasuklah kenderaan import, tepung, gula, beras, kunyit, aiskrim jamban, ky jelly dan lain-lain barangan import… Itu yang akan terjadi apabila bumiputera tidak lagi mampu melawan bidaan puak-puak mata sepet ni yang kita sedia tahu mereka mampu mengumpul kekayaan dengan pelbagai cara tak kira samaada ianya HALAL atau HARAM… Bumiputera tidak mampu menyaingi taikun-taikun mata sepet ini disebabkan kekangan kewangan dan menyebabkan taikun-taikun mata sepet ini membolot habis. Jangan hairan jika seorang taikun mata sepet mampu membolot lebih daripada 1 AP…

Jadi kita sepatutnya sedar muslihat PR hanyalah mahu mengayakan puak-puak mata sepet ni… Jauh sekali mahu membantu bumiputera… Lihat sahajalah pemberian tender projek Kerajaan Negeri di bawah PR… Banyak tender projek tidak telus. Hanya diberi kepada kroni-kroni mereka sahaja… Segala kata-kata Rafizi adalah tidak masuk akal sama-sekali… Tidak perlu kita terpesona dengan janji-janji manis PR, kerana janji-janji manis mereka itu bakal memudaratkan kita sendiri kalangan bumiputera…