Krisis Air Selangor. Fakta VS Auta

2 Komen

Krisis Air Selangor. Fakta VS Auta

1. Banyak spekulasi telah dibuat mengenai isu air di Selangor.
2. Ada yang mengatakan bahawa benar, sedang berlaku satu krisis air yang agak kritikal. Ada juga yang mengatakan bahawa ia cuma satu permainan politik untuk menggagalkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim.
3. Tetapi setelah mendengar sendiri penjelasan yang dibuat oleh pihak Puncak Niaga dan lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat, banyak pencerahan dapat dibuat dan dikenal pasti.

Latar Belakang

4. Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi di bawah seliaan Puncak Niaga.
5. Mereka memproses air mentah untuk dijadikan air terawat supaya boleh digunakan oleh orang ramai.
6. Air yang diproses akhirnya akan dijual kepada pihak Syabas. Syabas pula akan menyalurkan air ini kepada isi rumah di kawasan-kawasan tertentu.
7. Loji Rawatan Air Sungai Langat memproses air untuk dibekalkan kepada kawasan Selatan Selangor termasuk Kuala Lumpur.
8. Loji ini secara rekabentuknya mampu memproses 386 MG (million gallon) setiap hari. Tetapi kini beroperasi sehingga 460-470 MG setiap hari, bermakna loji ini beroperasi pada tahap 121% keupayaan.

Krisis Air

9. Krisis air ini berlaku apabila loji ini tidak dapat memenuhi permintaan pengguna atas dasar kapasiti sudah mencapai tahap maksima.
10. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat ini juga menyebabkan kadar penggunaan air bertambah dari masa ke semasa
11. Kadar pertambahan penduduk menyebabkan kadar penggunaan air juga bertambah.
12. Dengan kapasiti yang sedia ada, penggunaan air semakin tinggi tetapi prasarana masih pada keadaan 3, 4 tahun yang lampau.
13. Antara tugas Syabas adalah untuk menasihatkan kerajaan negeri tentang krisis air 3 TAHUN sebelum berlakunya krisis tersebut.
14. Permohonan telah dibuat oleh Syabas dan sudahpun diluluskan oleh kerajaan pusat tetapi belum diluluskan oleh kerajaan negeri sehingga kini. Untuk membolehkan loji baru dibina memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri.

Menjawab Spekulasi

Kenyataan I :

“Air di empangan tinggi, mana ada masalah air!”

Jawapan :

Air di empangan memang tinggi, tetapi masalah bukan bekalan air mentah, tetapi air terawat. Analogi mudah; sebuah ladang lembu mempunyai 5,000 ekor lembu tetapi tukang sembelihnya hanya ada seorang. Kemampuan untuk mengeluarkan daging ke pasaran terletak kepada tukang sembelih dan bukannya berapa banyak lembu yang ada.

Kenyataan II :

“Sepanjang tahun hujan, bekalan air mesti mencukupi!”

Jawapan :

Sekali lagi jawapan adalah sama seperti sebelumnya iaitu masalah bekalan air terawat. Dan tambahan lagi, sekiranya hujan lebat, loji tidak akan mampu memproses air tersebut kerana faktor kekeruhan yang tinggi. Pam loji akan rosak kerana kandungan lumpur yang terlalu tinggi untuk diproses sehingga memaksa loji perlu ditutup.

Kenyataan III :

“Kita akan menggunakan air lombong!”

Jawapan :

Masih lagi jawapan yang sama! Air lombong sekalipun, air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu dan perlukan loji untuk merawat.

Kenyataan IV :

“Syabas menangguhkan bayaran kepada loji sebanyak RM 2 billion untuk mencipta krisis air!”

Jawapan :

Loji ini sudahpun beroperasi pada tahap 121%. Dan semua air yang diproses dijual terus kepada Syabas. Tangki 4 iaitu di Balakong yang boleh memuatkan 4 MG habis digunakan. Apabila air di tangki tersebut sudah mencapai tahap 3-4 inci ataupun setinggi buku lali, tangki tersebut tidak lagi mempunyai tekanan yang cukup untuk menyalurkan air ke isi rumah. Setiap kali air sampai ke tangki 4 ini, habis terus digunakan.

Kenyataan V :

“Kerajaan BN berpakat dengan Syabas untuk tutup bekalan air untuk mencipta krisis air!”

Jawapan :

Sekiranya benar, maka loji air tersebut tidak perlu untuk memproses air pada tahap 121% keupayaan. Loji-loji air yang sedia ada sudahpun beroperasi lebih daripada kadar yang sepatutnya. Jika benar Syabas tutup bekalan air, maka melimpah-limpahlah air di setiap tangki simpanan air yang ada di seluruh Selangor.

Penyelesaian :

1. Cara penyelesaian yang terbaik adalah dengan membina lebih banyak loji-loji rawatan air si sekitar Selangor.
2. Syabas sudahpun menasihatkan kerajaan negeri 3 tahun yang lalu tentang krisis air yang akan berlaku.
3. Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu dipolitikkan oleh PKR dan perlu dibina segera untuk menyelesaikan masalah rakyat. Pentingkan rakyat dan bukannya politik parti sahaja.
4. TS Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor perlu faham dengan jelas krisis air yang dihadapi dan bukannya bercakap dengan sembrono sahaja.
5. Mengikut pandangan profesional dari Puncak Niaga sendiri, sekiranya keadaan ini tidak berubah dan tiada tindakan selanjutnya diambil, Selangor secara keseluruhannya akan mengalami masalah krisis air ini dalam tempoh 10-12 bulan lagi.
6. Masalah bukan tentang air banyak di empangan, tetapi air terawat yang dikeluarkan oleh loji.

Terima Kasih: Norazniza Abdul Karim

Nik Aziz Tidak Tahu Krisis Air Di Pasir Mas?

Tinggalkan komen

Nik Aziz Tidak Tahu Krisis Air Di Pasir Mas?

KOTA BHARU – “Kalau khusus pasal masalah di Pasir Mas itu wallahu a’lam, kalau tempat tertentu itu tidak kerja saya, itu kerja pihak dan pegawai yang berkenaan yang jaga tempat itu bertanggungjawab.”

Itu reaksi ‘biasa’ Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya mengenai krisis air yang melanda daerah Pasir Mas sejak kira-kira lima hari lalu selepas kuliah mingguannya di depan Pejabat Pas Kelantan di sini hari ini.

Malah Nik Abdul Aziz juga tidak mahu ambil pusing mengenai ancaman saman yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali terhadap kerajaan Pas Kelantan dan Air Kelantan Sdn Bhd sekiranya masalah air masih belum selesai.

“Itu dia punya pasal (saman), kita sudah ikhtiar habis- habisan untuk jaga air dan kita sekarang buat jawatankuasa

khusus bagi tiap-tiap jajahan, ada jawatankusa masing-masing.

“Ikhtiar kita habis-habisan, baki lagi mungkin kerana tidak cukup kakitangan, itu nanti kita tengoklah keadaan,” katanya,

Daripada kenyataan ini amat jelas menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz tidak ambil peduli tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Biarpun mempunyai pegawai dan kakitangan sewajarnya Musyidul Am Pas itu ambil tahu apa yang berlaku dan berusaha untuk mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Sekiranya perkembangan politik tanah air Nik Aziz boleh ambil tahu jadi apa salahnya masalah rakyat juga diambil tahu.
Jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga rakyat terus diabaikan.

Memang benar fenomena alam adalah faktor penyebab krisis air di Pasir Mas tetapi sekiranyan Nik Aziz dan pegawai cekap mengurus, mereka boleh merancang lebih awal dan masalah ini sudah tentunya dapat diselesaikan. – Detik Perubahan

Apa punya Menteri Besar la macam ni punya baghal…

Hang dah dilantik sebagai MB Kelantan… Patut hang ke tau la…

Ni boleh kata dia tak tahu pulak masalah bekalan air kat Pasir Mas…

Mungkin kena tadah tabung melo pakat kutip duit untuk perbaikinya…

Mungkin juga Nik Aziz dilantik sebagai MB hanya untuk jaga tabung melo kot?