Khalid Gagap!! Nah Jari Tengah Untuk Hang!!

Tinggalkan komen

Khalid Gagap!! Nah Jari Tengah Untuk Hang!!

Khas untuk Al-Khalid Al-Gagap…

Dulu kata manifesto bukan janji yang perlu ditunaikan…

La ni… Bila ibu tunggal tuntut hak mereka yang hangpa janjikan sebelum PRU 12 dulu…

Hangpa mengelak… Hangpa persoalkan ibu tunggal tu ada undi PR atau tak masa PRU 12 hari tu…

La ni… Nah… Aku bagi jari tengah untuk hang!! Special punya!!

Tanah Yayasan Selangor Diguna Pakai Secara Paksaan Kepada Kroni Anwar??

Tinggalkan komen

Tanah Yayasan Selangor Diguna Pakai Secara Paksaan Oleh Kroni Anwar??

Selepas menggadaikan Tanah Yayasan Selangor di Klang… Kali ini tanah milik Yayasan Selangor di Pulau Carey yang sebelum ini diusahakan oleh pengusaha kelapa sawit secara pajakan selama 25 tahun, pula menjadi mangsa. Syarikat Agro Segar Sdn Bhd dan Alaf Gigih Sdn Bhd ditamatkan kontrak, kerana kononnya beranggapan pulangan bulanan tidak menepati kehendak Yayasan Selangor.

Hujung tahun 2011, Yayasan Selangor diarahkan oleh Ketua Punaisihat Selangor untuk berbincang tentang cadangan syarikat Trilink Construction Sdn Bhd yang mempunyai hubungan yang erat dengan Ketua Punaisihat Selangor, untuk memajukan tanah milik Yayasan Selangor itu. Yayasan Selangor telah dipaksa meluluskannya tanpa banyak soal, disebabkan Yayasan Selangor adalah GLC milik Selangor.

Pemberian tender kepada kroni dan tidak telus kepada Syarikat Trilink Sdn Bhd adalah merupakan salah satu unsur rasuah dan kronisme dalam Kerajaan Selangor yang selama ini giat menuduh UMNO mengamalkan rasuah dan kronisme.

Rejim Khalid Gagap Gadai Tanah Yayasan Selangor??

Tinggalkan komen

Rejim Khalid Gagap Gadai Tanah Yayasan Selangor??

Selepas berjaya menutup asrama milik Yayasan Selangor, rejim Khalid Gagap sekali lagi cuba menghancurkan Yayasan Selangor sedikit-demi sedikit dengan menjual aset-aset Yayasan Selangor, termasuklah tanah di LOT PT 4221 yang mahu digadaikan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Cina?

Cubaan menghapuskan Yayasan Selangor secara perlahan-lahan atas kehendak rejim komunis DAP dalam Pakatan Rakyat Selangor mula menampakkan hasil. Mula-mula menutup asrama Yayasan Selangor, kemudian menggadaikannya… Kemudian tanah lain milik Yayasan Selangor pula digadaikan… Apa sudah jadi??

Di bawah ini adalah antara sebahagian surat-surat yang mengesahkan kisah di atas… (Sila klik gambar untuk besarkan)

Selepas ini akan ada lagi tanah-tanah yang bakal digadaikan oleh rejim Khalid Gagap… Mana tahu, tanah pusaka milik keluarga kita pula menjadi mangsa nanti?? Asalkan dikawal Pejabat Tanah, semua boleh jadi atas kehendak DAP…

Rakyat Selangor Jangan Tertipu Dengan Kata-Kata Orang Mabuk!

Tinggalkan komen

Rakyat Selangor Jangan Tertipu Dengan Kata-Kata Orang Mabuk!

Waaah… Kalo dengar orang mabuk cakap memang tak mahu kalah…

Pendek kata… Gebang la camne sekalipun… Cakap orang mabuk mana boleh percaya…

Jadi Mr Khalid Gagagagagagagagap… Yang bawah ni apa cerita??

Cer citer… Cer citer… Cer citer…

Aset PKNS mungkin dijual tampung perluasan operasi PKNS

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mungkin perlu menjual asetnya bagi menampung perluasan operasinya.

Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan dalam usaha menjadikan PKNS sebagai syarikat hartanah terbesar di negara ini.

“Namun, ia terpulang kepada keputusan yang akan dibuat oleh (Lembaga Pengarah PKNS),” katanya ketika ditemui di majlis jamuan Aidiladha Kumpulan Media Karangkraf di sini.

Beliau ditanya sama ada pemindahan lima aset PKNS bernilai RM321 juta kepada sebuah anak syarikat milik penuh PKNS adalah langkah awal untuk penjualan aset berkenaan.

Abdul Khalid berkata pengurusan PKNS menerima idea untuk memperbesarkan lagi operasinya memandangkan ia kini ketinggalan berbanding CapitaLand Ltd, pemaju hartanah dari Singapura yang ditubuhkan selepas PKNS.

“Jadi kita mahu PKNS jadi besar. Ini tidak merugikan Selangor ataupun Malaysia,” katanya.

Ditanya sama ada PKNS lebih mementingkan keuntungan daripada melaksanakan agenda orang Melayu, beliau berkata kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam pengurusan PKNS dan mereka berusaha menjayakan agenda kaum itu dan agenda negara.

Mengenai cadangan kenaikan sewa lot kedai di Kompleks PKNS di sini, Abdul Khalid berkata usahawan Bumiputera yang tidak mampu membayar sewa Kompleks PKNS di sini, akan diberi bantuan.

Ditanya tentang isu bantahan pembinaan kondominium berhampiran Batu Caves, beliau berkata perkara itu akan dibincang dengan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri bagi melantik satu jawatankuasa khas untuk menangani isu pertikaian kelulusan pembinaan kondominium itu. – Bernama

Orang mabuk kalau dah bercakap… Pung! Pang! Pung! Pang!!

Tapi satu habuk pun tak boleh pakai…

Macam si Khalid ni laa… Kesian Rakyat Selangor kena tipu…

Sumber: Aset PKNS mungkin dijual tampung perluasan operasi PKNS