Info – Maklumat Banjir Pantai Timur Terkini

Tinggalkan komen

Info – Maklumat Banjir Pantai Timur Terkini

Berikut adalah maklumat yang eXception perolehi dari portal banjir Majlis Keselamatan Negara dan portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran. Di bawah ini merupakan statistik keadaan banjir di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Berikut adalah keadaan paras air sungai-sungai di dalam negeri Pantai Timur…

Untuk laporan banjir terkini dan semasa sila ke halaman ini: Maklumat Terkini Dan Semasa Amaran Banjir Seluruh Malaysia

Maklumat Terkini Dan Semasa Amaran Banjir Seluruh Malaysia

Tinggalkan komen

Maklumat Terkini Dan Semasa Amaran Banjir Seluruh Malaysia

Ketahui status keadaan paras air sungai dan keadaan hujan yang terkini melalui Twitter Public Info Banjir… Status sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0];if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=”//platform.twitter.com/widgets.js”;fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,”script”,”twitter-wjs”);

Maklumat Perkembangan Banjir Untuk Seluruh Negeri Dalam Malaysia

Tinggalkan komen

Maklumat Perkembangan Banjir Untuk Seluruh Negeri Dalam Malaysia


Gambar sekadar hiasan

Berikut adalah maklumat tentang banjir di negeri-negeri seluruh Malaysia…

Berikut adalah senarai jalan yang ditutup akibat banjir di seluruh negara. Hanya Terengganu dan Kelantan mengalami penutupan jalan akibat banjir buat masa ini.

Amaran!! Pantai Timur Mula Dilanda Banjir!!

Tinggalkan komen

Amaran!! Pantai Timur Mula Dilanda Banjir!!

Amaran hujan lebat peringkat jingga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi semalam untuk semua negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) manakala amaran peringkat jingga dikeluarkan untuk negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi).

Di bawah adalah rekod bacaan jumlah hujan yang turun pada tengah malam 24 Disember 2012 di negeri-negeri berikut…

Kelantan

Terengganu

Pahang

Untuk negeri Johor pula hanya di Endau/Mersing dan Kota Tinggi sahaja mencatatkan rekod sebanyak 150 ke atas.

Sebagai persediaan menghadapi banjir. Bagi mereka yang berada di kawasan rendah dan biasa dilanda banjir, sila pastikan rekod-rekod diri anda dan keluarga disimpan dengan baik dan perlu di bawa bersama ke pusat pemindahan banjir sekiranya diarahkan berpindah.

Pastikan barangan elektrik anda diletakkan ditempat yang tinggi, seperti di atas almari atau loteng, bagi mengelakkan kerosakan yang besar.

Patuhi arahan untuk berpindah ke pusat pemindahan. Jangan menangguhkannya hingga ke saat-saat akhir di mana ketika paras air mulai meningkat mendadak.

Terima Kasih Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz

Tinggalkan komen

Terima Kasih Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz

eXception mengucapkan syabas dan terima kasih atas kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah atas sumbangan 5000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia kepada penyokong bola sepak Kelantan di Tanah Merah.

Malah beliau juga turut menyediakan bas untuk membawa para penyokong Kelantan serta sedikit duit poket. Selain itu Datuk Ikmal Hisham juga turut menaja makan dan minum bagi penyokong yang menonton di skrin besar di kampung-kampung sekitar Tanah Merah.

Kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham mengagumkan eXception. Diharap pada masa akan datang Datuk Ikmal Hisham terus dipilih untuk berkhidmat kepada penduduk Tanah Merah. eXception juga doakan semoga Datuk Ikmal Hisham tercalon menjadi calon Barisan Nasional bagi mewakili penduduk Tanah Merah.

Jika dibandingkan kemurahan MB Kelantan menaja peserta BERSHIT, kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham lebih menjadi sanjungan penduduk Tanah Merah. Tahniah Datuk Ikmal Hisham!! Teruskan berkhidmat demi rakyat… Semoga Allah memberikan rezeki berlipat kali ganda kepada Datuk Ikmal… Amin…

Sampai Bila Rakyat Kelantan Terus Ditipu Kerajaan Kelantan??

Tinggalkan komen

Sampai Bila Rakyat Kelantan Terus Ditipu Kerajaan Kelantan??

Pagi tadi berlangsung perhimpunan oleh anak Kelantan yang memakai baju merah di hadapan Istana Keadilan Putrajaya bagi menuntut royalti petroleum dari Kerajaan Persekutuan. Bilangan yang hadir tidak seramai mana, adalah dalam kira-kira 200 orang.

Di bawah ini adalah antara gambar-gambar yang eXception sempat ambil pagi tadi…

Inilah salah satu contoh ajaran Islamn ala PAS… Main redah je… Tak kaji betul-betul simbol tangan ni simbol apa… Bila dikatakan bodoh, naik angin… Lepas tu mewariskan anak-anak dengan kebodohan kita… Maka anak pun ikut bodoh macam mak bapak dia… Lepas tu mak bapak marah-marah bila anak bodoh macam lembu padahal merekalah yang mencorakkan anak mereka menjadi bodoh dan tolol… Jangan salahkan cikgu bila anak jadi bodoh, salahkah ibu yang mengajarnya jadi bodoh…

Untuk mengetahui simbol apakah ini, sila baca artikel ini: Elemen Kristianisasi Meresap Ke Dalam PAS??

eXception sempat bersembang dengan seorang pakcik kat sana… Bersemangat sungguh dengan berpakaian merah dan bendera Kelantan dililit kat leher… eXception sempat juga bertanya kat pakcik tu kot-kot dia faham pasal isu petroleum ni… Rupanya langsung tak tau yang petroleum yang digali berada jauh dari perairan Kelantan… Selama ni dia ingat petroleum tu berada dalam perairan Kelantan… eXception tambah lagi soalan… Kenapa tak tuntut royalti balak dengan emas kat kerajaan Negeri Kelantan?? Rasanya rakyat Kelantan juga mempunyai hak untuk menuntut royalti balak dengan emas… Terkedu orang tua tu bila diajukan soalan macam tu… eXception jolok lagi… Kenapa pakcik tak pergi tuntut air bersih kat Kelantan? Saya kesian tengok rakyat Kelantan minum air karat dan berlumpur… eXception tengok, air muka orang tua tu berubah…

Selama ini rakyat Kelantan ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan mereka sendiri… Mereka ditipu kononnya Kerajaan Persekutuan tak pernah salurkan peruntukan, sedangkan berbilion disalurkan kepada Kelantan setiap tahun… Persoalan sekarang, kemanakah duit peruntukan tersebut pergi??

Artikel Berkaitan: Menuntut Hak Rakyat Atau Hak Poket Sendiri???

Kopi O Percuma Untuk Rakyat Kelantan. Terima Kasih Pok Nik.

Tinggalkan komen

Kopi O Percuma Untuk Rakyat Kelantan. Terima Kasih Pok Nik.

Menteri Besar Kelate merangkap Mursyidul HamPAS merangkap Tok Garu merangkap Wali Selipar… Hari ini ingin melakukan kebajikan dengan mengagihkan kopi o percuma kepada rakyatnya…

Kopi O percuma itu akan diagihkan melalui air paip di rumah masing-masing… Rakyat Kelantan hanya perlu tadah dan menikmatinya…

Rasanya mungkin agak pahit sedikit sebab berselut dan berkarat, tetapi jika dicampur dengan gula atau susu… Ianya pasti berasa enak sekali…

Apapun mari kita saksikan video flip-flop berkenaan masalah air kat Kelantan ni…

Waaahhhh!! Betul ke kerajaan pusat sekat peruntukan kat Kelantan??

Hummm… Bagaimana dengan maklumat di bawah ini??

Sekiranya korang ragu-ragu dengan maklumat di atas ini…

Korang boleh hubungi sendiri Jabatan Audit Negara

Jangan lupa tanyakan sekali berapa banyakkah hasil derma setiap ceramah PAS yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara…

Jika Jabatan Audit kata ianya tidak diaudit, korang faham-faham sahajalah mana duit tu pergi…

He he he he he he he…

Artikel Berkaitan:

Berita Yang Harakah Sembunyikan Sampai Bila-Bila!!

Older Entries