Alhamdulillah. Kakitangan Awam Terima Bonus Hari Ini.

Tinggalkan komen

Alhamdulillah. Kakitangan Awam Terima Bonus Hari Ini.

Rata-rata kakitangan awam persekutuan bersyukur kerana hari ini mereka mendapat bonus yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ditambah pula bonus masuk sekali dengan gaji, lagi la senyum sampai ke telinga…

eXception nasihatkan berhemahlah ketika berbelanja… Jangan boros sangat… Jangan baru sampai tengah bulan dah kering… He he he he he…

Apapun bersyukurlah kita apabila kerajaan Barisan Nasional menjaga kebajikan kakitangan awam, tak seperti kerajaan PR yang hanya tahu menabur janji… Bonus hari raya aidilfitri kakitangan awam negeri Selangor pun dengar cerita tak dibayar lagi… Ni dah nak masuk tahun baru 2013 ni… Kesian ya?

Tapi nak buat camne kan? Dah MB Selangor kata MANIFESTO BUKAN SATU JANJI… Jadi harap lepas ni pakat-pakat pangkah Barisan Nasional dalam PRU 13 akan datang… InsyaAllah Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menjaga kebajikan rakyat… Tak perlu dicanang satu kampung… Tak perlu dicanang dalam ceramah… Rakyat sudah tahu… Nikmat yang kita perolehi sekarang ni juga atas limpah kurnia Allah atas kebajikan kerajaan Barisan Nasional…

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Satu lagi KEZALIMAN TERBESAR Kerajaan Barisan Nasional terpaksa eXception dedahkan. Sebagai kakitangan awam, eXception cukup marah dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap kakitangan awam. Mana tak marah… Dapat bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali pulak tu… Siapa tak hangin!! Ini dah membebankan kakitangan awam!!

Kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan memberikan bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan Disember depan dan bulan Januari tahun depan, ini sudah cukup menaikkan darah kakitangan awam.

Apakah ini balasan Kerajaan Barisan Nasional kepada segelintir kakitangan awam yang selama ini langsung TAK PERNAH MENYOKONG BN?? Bagi eXception balasan sebegini cukup zalim… Lagi zalim dari Firaun…

Apa yang pasti… Sebagai menunjukkan protes dan kemarahan eXception terhadap KEZALIMAN ini… eXception bersumpah… Pada PRU 13 nanti… eXception tidak sekali-kali akan memangkah… Logo BULAN… Logo MATA SATU… Logo ROKET… Ataupun logo-logo lain… Selain logo DACING…

eXception hanya akan memangkah LOGO DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… Jika kezaliman ini yang Kerajaan Barisan Nasional lakukan terhadap kakitangan kerajaan… Nanti sahajalah PRU 13 nanti… eXception akan menunjukkan kuasa sebagai pengundi…

eXception akan mempengaruhi keluarga dan saudara mara untuk tidak memangkah mana-mana logo selain logo DACING sahaja pada PRU 13 nanti… Kita tunggu!! PRU 13 kita akan pastikan parti selain yang ada logo DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… TUMBANG!!!

Ingat ya!! Kita pastikan TIDAK akan memangkah parti SELAIN dari parti yang mempunyai logo di bawah ini…

Benarkah Kakitangan Kerajaan Dipaksa Sertai Himpunan Merdeka??

Tinggalkan komen

Benarkah Kakitangan Kerajaan Dipaksa Sertai Himpunan Merdeka??

eXception tak pasti samaada benar atau tidak perkara ini…

Benarkah kakitangan kerajaan dipaksa dan dikerah untuk menyertai himpunan merdeka di Bukit Jalil??

Selama 5 tahun lebih eXception bertugas di jabatan kerajaan, tak pernah lagi menerima arahan kerahan secara paksa ke mana-mana majlis anjuran kerajaan…

Memang eXception ada menerima emel pekeliling daripada Ketua Jabatan untuk secara sukarela memberikan nama tetapi disebabkan eXception mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang lain, jadi eXception terpaksa menolaknya…

Memang di dalam emel tersebut menyatakan kehadiran akan direkodkan…

Ada sebab mengapa kehadiran perlu direkodkan…

1) Aktiviti persiapan akan dilakukan pada waktu kerja, ini bagi memastikan mereka yang secara sukarela memberikan nama hadir bagi mengelakkan peserta ponteng.

2) Untuk memudahkan peserta membuat tuntutan perjalanan apabila kehadiran direkodkan.

3) Untuk memudahkan jabatan mencetak sijil penyertaan untuk peserta.

Tidak timbul isu kerahan… Jika isu ini timbul. Mungkin berpunca dari kakitangan awam itu sendiri… Patut salahkan diri sendiri yang secara sukarela memberikan namanya…

Jika tak sanggup jangan bagi nama… Jangan ingat ianya peluang untuk ponteng kerja…

Duit Raya Untuk Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib Umum Pemberian Bonus Raya Kepada Kakitangan Awam Serta Insentif Untuk Pesara Kerajaan

KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. – BERNAMA


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT… Terima kasih Datuk Seri Najib atas pemberian bonus raya untuk kami semua kakitangan awam… Malah pemberian insentif raya kepada pesara kerajaan juga amat dialu-alukan…

Inilah sebenar-benarnya kerajaan berkebajikan yang menepati janjinya… Tidak seperti kerajaan PR yang hanya pandai menabur janji tapi banyak yang tidak ditepati… Semoga Allah memberikan berkali-ganda rahmat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan keluarga…

Adiós!! Sidek Hassan… Bienvenido!! Datuk Seri Ali Hamsa

Tinggalkan komen

Datuk Seri Ali Hamsa – Ketua Setiausaha Negara Baru

Datuk Seri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara yang baru

eXception mengalu-alukan perlantikan Datuk Seri Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuatkuasa 24 Jun 2012, bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Sudah tentu ramai kakitangan awam juga menyambut baik dengan perlantikan Datuk Seri Ali Hamsa. eXception teringin melihat apa perubahan dan pembaharuan yang akan beliau bawa nanti…

Salam tahniah buat Datuk Seri Ali Hamsa… Bienvenido!! (Selamat Datang!!)

Kepada Tan Sri Sidek Hassan… Adiós!! (Selamat Jalan!!)

Sumber: Dr Ali Hamsa Dilantik Ketua Setiausaha Negara