Gempar!! Benarkah Dua Per Tiga Penduduk Bumi Telah Lenyap??

Tinggalkan komen

Gempar!! Benarkah Dua Per Tiga Penduduk Bumi Telah Lenyap??

eXception tertanya-tanya sendiri… Benarkah 2/3 penduduk bumi telahpun lenyap pada bulan Ramadhan yang lepas?? Benarkah bencana yang berlaku telah melenyapkan 2/3 penduduk bumi dan yang tinggal kini hanya 1/3 sahaja? Pertanyaan eXception ini adalah berdasarkan mesej di bawah…

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..

Bulan Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita… Malah bulan Ogos juga sudah berlalu juga, kini kita sudah masuk bulan September… Sepatutnya insiden yang diramalkan dalam mesej di atas berlaku pada 3 Ogos yang lepas…

Adakah ini bermakna kita adalah antara 1/3 penduduk bumi yang terselamat?? Siapakah antara kita yang telah mendengar suara keras tersebut??

Mungkinkah ianya tidak berlaku pada tahun 2012. Mungkin 2013… Mungkin 2014… Mungkin 2015… Mungkin 2016… Mungkin 2017… Mungkin… Ianya sekadar hadis palsu??

Mungkin 2013 akan keluar semua hadis palsu ini dan akan mengatakan berlaku pada bulan Ramadhan tahun tersebut… Macam-macam laa…

Artikel Berkaitan:

Rakyat Malaysia Mudah Percaya Kepada Fitnah Dan Khabar Angin??

Sumber:

Kiamat di Bulan Ramadhan

Ramalan Mala Petaka Kiamat Bermula Pada Bulan Ramadhan 2012

Advertisements

Hakikat Yang Cuba Disembunyikan Dalam Bershit 3.0

Tinggalkan komen

Hakikat Yang Cuba Disembunyikan Dalam Bershit 3.0

Inilah sebenarnya perkara yang cuba disembunyikan juak PR dalam BERSHIT 3.0…

Mereka mendakwa mereka datang tidak membawa sebarang senjata…

Mereka mendakwa Polis yang mengganggu mereka…

Tetapi lihatlah hakikat yang cuba disembunyikan mereka…

Kini mereka merancang untuk melakukan BERSHIT 4.0 di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos…

Apa motif mereka yang sebenar??

Melakukan kekacauan??

Menimbulkan huru-hara??

Cuba mensabotaj sambutan ambang merdeka??

Cuba melakukan provokasi terhadap anggota Polis??

Masalah air bersih kat Selangor tak mampu diselesaikan…

Masalah air bersih kat Kelantan tak mampu diselesaikan…

Apa punya haram jadah si pemimpin yang taunya buat kacau dan huru-hara…

Inikah pemimpin yang kita banggakan??

Inikah pemimpin yang kita mahu jadikan ROLE MODEL generasi akan datang??