Selamat Hari Natal 2012

Tinggalkan komen

Selamat Hari Natal 2012

eXception ucapkan Selamat Hari Natal buat semua penganut agama Kristian seluruh Malaysia…

Mungkin ramai yang terkeliru dengan persoalan mengenai ucapan Hari Natal yang dikatakan boleh menjejaskan akidah…

Berikut adalah penjelasan berkaitan hukum menyampaikan ucapan Selamat Hari Natal…

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Hukum Boleh Berubah-Ubah Ikut Nafsu Pemimpin PAS??

Tinggalkan komen

Hukum Boleh Berubah-Ubah Ikut Nafsu Pemimpin PAS??

KOTA BHARU 7 Ogos – Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.

Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.

Beliau mendakwa, dalam situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun.

“Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam, tolak hukum hudud selain banyak kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

“Maka, Pas yang memperjuangkan Islam mesti tolak kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku. Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang.

Kah kah kah kah… Pemimpin PAS sudah lalok… Lalok sebab kemaruk undi kafir…

Hukum boleh ubah-ubah ikut selera dan nafsu serakah pemimpin PAS…

Patutlah hukum hudud versi PAS berbeza dengan hukum hudud Al-Quran…

Patutlah dalam hudud PAS menakrifkan mendatangi wanita selain isterinya melalui jalan belakang sebagai liwat…

PAS sudah jadi parti tunggang-langgang… Hukum Islam boleh kasi tukar-tukar macam sesumpah…