Syukur!! Perjalanan Pulang Beraya Ke Kelantan Jadi Singkat…

Tinggalkan komen

Syukur!! Perjalanan Pulang Beraya Ke Kelantan Jadi Singkat…

Alhamdulillah syukur…

Itulah yang akan diucapkan oleh anak-anak Kelantan yang merantau ke negeri orang mencari rezeki apabila perjalanan pulang mereka kini menjadi singkat dengan terbinanya lebuhraya rakyat.

Jika masa 3-4 jam diambil untuk sampai di Kota Bharu jika melalui jalan lama, perjalanan anda bakal menjadi singkat 1 jam sahaja…

Tak sia-sia rakyat Malaysia yang prihatin mendermakan duit mereka kepada Tok Garu untuk membina lebuhraya ghaib ini…

Tapi pastikan jika anda mahu menggunakan lebuhraya rakyat ini, anda menggunakan kenderaan di bawah ini…

Bukan apa… laluan yang anda bakal tempuhi sepanjang lebuhraya rakyat ini sangat mencabar… he he he he he…

Cuti Sekolah Berganti Pada 17 Ogos 2012

Tinggalkan komen

Cuti Sekolah Berganti Pada 17 Ogos 2012

Memandangkan Aidilfitri akan menemui umat Islam seluruh Malaysia pada 19 Ogos nanti, Kementerian Pelajaran telah mempertimbangkan rayuan ibu-bapa dengan memberi cuti sekolah berganti 1 hari pada 17 Ogos 2012, bersamaan dengan hari Jumaat bagi memudahkan ibu-bapa membuat persiapan awal untuk menyambut aidilfitri serta pulang ke kampung lebih awal untuk mengelak kesesakan.

Kementerian Pelajaran mencadangkan agar sekolah menggantikan hari persekolahan pada Sabtu, 22 September 2012.

Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran terutama sekali kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendengar rayuan ibu-bapa 1 Malaysia… Inilah sebenar-benarnya kerajaan yang menepati janji… Janji Ditepati!!