Cubaan Serangan DDoS Berjaya Dihalang

Tinggalkan komen

Cubaan Serangan DDoS Berjaya Dihalang

Satu serangan Distributed Denial of Service ke atas blog ini berjaya dihalang dengan pantas oleh plugin Wordfence Security dan serta merta alamat IP penyerang berjaya di black list.

Di sini CyWar Putrajaya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada hacker yang cuba attack blog ini kebelakangan ini. Nice try…

Kepada para blogger self hosted yang menggunakan engine WordPress, disarankan memasang plugin Wordfence Security. Ianya mampu menghalang cubaan hack login dengan mem-block alamat IP penyerang. Selain itu cubaan serangan SQL Injection juga mampu dihalang dengan berkesan.

Awas!! Serangan Besar-Besaran DDoS

Tinggalkan komen

Awas!! Serangan Besar-Besaran DDoS

Serangan besar-besaran Distributed Denial of Service (DDoS) telah dilancarkan hari ini terhadap beberapa buah portal berita seperti KL Pos dan Agenda Daily.

Ianya dipercayai dilakukan oleh sebilangan hacker yang pro kepada Pakatan Rakyat.

DDoS adalah satu serangan yang melumpuhkan satu-satu laman web yang disasarkan dengan serangan jarak jauh terhadap domain laman web yang diserang.

Serangan yang berulang-ulang menyebabkan kesesakan trafik berlaku pada sesebuah laman web hingga menyebabkan ianya langsung tidak boleh dimasuki oleh pelawat.

Bagi pemilik laman web atau blog yang menggunakan enjin WordPress, dinasihatkan segera memasang plugin Wordfence Security. Plugin ini berupaya untuk blacklist mana-mana IP yang dikesan melakukan DDoS.

Kepada semua rakan blogger Pro BN serta admin portal online kerajaan, sila pastikan tahap keselamatan laman web atau blog anda di tahap yang maksima.

Gempar!! Akaun Twitter Milik Timbalan Perdana Menteri Digodam??

Tinggalkan komen

Gempar!! Akaun Twitter Milik Timbalan Perdana Menteri Digodam??

Apa kes pula kumpulan hacker Anonymous ni dok hack akaun Twitter milik Timbalan Perdana Menteri??

Itulah yang menjadi kehairanan eXception…

Adakah mereka ini takut dengan bahang Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di PWTC??

Oh tidak sama sekali…

Sebenarnya mereka cuma menggodam akaun Twitter milik Timbalan Perdana Menteri Israel sahaja…

Tidak ada kena mengena langsung dengan akaun Twitter milik Timbalan Perdana Menteri Malaysia…

eXception amat menyokong tindakan kumpulan penggodam Anonymous ini kerana tindakan mereka adalah atas dasar mengutuk tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin.

Jadi tidakkah tindakan Anonymous ini mengujakan kumpulan hacker Malaysia untuk menggodam akaun Twitter milik Anwar Ibrahim??

Mahukah kumpulan hacker Malaysia melambakkan mesej ‘I support all efforts to protect the security of the state of Israel’ di dalam Twitter Anwar??

Ini satu cabaran buat kumpulan hacker Malaysia…

Jangan asyik dok hacking laman web kerajaan dan blog orang lain…