Salam Aidilfitri… Maaf Zahir Batin…

1 Komen

Salam Aidilfitri… Maaf Zahir Batin…

Di kesempatan ini eXception ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca setia dan tak setia blog ni (secara tak sengaja terbukak blog ni la)…

Pada masa post ini disiarkan, eXception dah dok tercangak dalam masjid… Buat hape lagi… Solat sunat Aidilfitri laa!! Takkan solat terawih kot!!?

Jika ada salah dan silap atau terasa hati ataupun butthurt dengan artikel pedas eXception yang lepas-lepas… Harap jangan le korang marah… eXception hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang blogger… Kalo tak sanggup nak baca sebab sakit hati, jangan baca… Keh keh keh keh…

Bagi yang berada di masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri tu… eXception ucapkan selamat menunaikan solat sunat tersebut dengan tertib… Jangan pulak korang angkat kaki lepas solat sunat selesai… Lepaklah sebentar mendengar khutbah Aidilfitri…

Sempena hari raya ni, eXception nak bagi duit raya kat korang… eXception bermurah hati ingin memberikan RM 1000.00 kepada pembaca bertuah… Nah ambik la… Jangan malu-malu… Jangan segan-segan…

Nak lebih-lebih duit ni, korang pi tanya Anwar la… Mana dia simpan duit ni banyak-banyak… Hanya Anwar lebih mengetahui mana dia simpan duit ni banyak-banyak… Keh keh keh keh…

Duit Raya Untuk Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib Umum Pemberian Bonus Raya Kepada Kakitangan Awam Serta Insentif Untuk Pesara Kerajaan

KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. – BERNAMA


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT… Terima kasih Datuk Seri Najib atas pemberian bonus raya untuk kami semua kakitangan awam… Malah pemberian insentif raya kepada pesara kerajaan juga amat dialu-alukan…

Inilah sebenar-benarnya kerajaan berkebajikan yang menepati janjinya… Tidak seperti kerajaan PR yang hanya pandai menabur janji tapi banyak yang tidak ditepati… Semoga Allah memberikan berkali-ganda rahmat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan keluarga…