Muat Turun Manifesto Barisan Nasional Dalam Bentuk PDF

Tinggalkan komen

Muat Turun Manifesto Barisan Nasional Dalam Bentuk PDF

Terima kasih kepada Hanafi Mohd Ali sebab bermurah hati berkongsi fail Manifesto Barisan Nasional 2013 ini. CyWar Putrajaya ingin kongsikan dengan anda semua.

Sila muat turun di sini: Manifesto Barisan Nasional – Menepati Janji Membawa Harapan

PRU 13 – BN Tukar Manifesto Jadi Aku Janji

Tinggalkan komen

PRU 13 – BN Tukar Manifesto Jadi Aku Janji

Malam tadi Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi Barisan Nasional telah melancarkan aku janji Barisan Nasional dihadapan lebih 50 ribu penyokong Barisan Nasional. Penggunaan istilah AKU JANJI bagi menggantikan MANIFESTO adalah satu cara untuk membuktikan apa yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak adalah satu janji yang serius dan wajib dilaksanakan. Ini bagi membezakan dengan MANIFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN yang dibawa oleh Pakatan Pembangang.

Berikut antara intipati Aku Janji Barisan Nasional (BN) bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh

Parlimen Dibubarkan Hari Ini 3 April 2013

Tinggalkan komen

Parlimen Dibubarkan Hari Ini 3 April 2013

Hari ini Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihanraya ke 13.

Sehubungan itu beliau turut menasihatkan ketua-ketua kerajaan negeri yang masih belum membubarkan DUN agar membubarkan DUN segera untuk menjalankan Pilihanraya Umum serentak seluruh negara.

Datuk Seri Najib telah mengadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi dan sudah mendapat perkenan berkenaan pembubaran Parlimen.

Pengumuman dibuat oleh Datuk Seri Najib selepas selesai mesyuarat terakhir kabinet hari ini.

PM Mengadap YDP Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen?

Tinggalkan komen

PM Mengadap YDP Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen?

Pagi tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat memasuki perkarangan Istana Negara, di Jalan Duta. Teka-teki kunjungan Perdana Menteri mengadap Yang Di Pertuan Agong memohon pembubaran parlimen mungkin benar. Tetapi mungkin juga kunjungan Perdana Menteri mengadap Yang Di Pertuan Agong adalah berhubung dengan insiden di Lahad Datu. Kemungkinan yang berlegar dalam fikiran aku…

Kemungkinan besar Datuk Seri Najib mohon perkenan tarikh pembubaran Parlimen. Malah mungkin juga dalam kesempatan itu Datuk Seri Najib mohon perkenan Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Angkatan Tentera Malaysia, supaya Angkatan Tentera Malaysia mengambil alih sepenuhnya soal keselamatan di Lahad Datu apabila pembubaran Parlimen dilakukan.

Ini kerana apabila Parlimen terbubar, kabinet juga secara automatik digantung dan peranan semua menteri kabinet juga digantung sehingga kerajaan baru dibentuk selepas PRU 13 nanti. Oleh itu, sebelum pembubaran dilakukan, Perdana Menteri mahu menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Panglima Angkatan Tentera, disamping membantu Polis DiRaja Malaysia melaksanakan tugas.

Maka selepas ini ATM akan sepenuhnya menyelia dan melaksanakan Ops Daulat di Sabah. Apapun ini hanya kemungkinan. Apa yang terlintas dalam kepala otak aku sahaja. Kebenaran akan terserlah nanti. Kita tunggu pengumuman rasmi Datuk Seri Najib.

Ada Pihak Sengaja Beri Laporan Salah Lawatan DS @NajibRazak Ke Gaza

Tinggalkan komen

Ada Pihak Sengaja Beri Laporan Salah Lawatan DS @NajibRazak Ke Gaza

Ada pihak yang tidak senang dengan lawatan Datuk Seri Najib ke Gaza. Ianya bukan sahaja datang dari dalam Malaysia, malah datang dari luar Malaysia. Pihak ini sengaja beri laporan yang salah untuk menimbulkan kemarahan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas.

Pihak ini sengaja melakukan provokasi terhadap Presiden Mahmoud Abbas untuk membuat kecaman terhadap Datuk Seri Najib hanya disebabkan Datuk Seri Najib tidak melawat Tebing Barat.

Datuk Seri Najib menjelaskan kegagalan beliau melawat Tebing Barat adalah disebabkan ianya di bawah kawalan Israel. Hanya negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sahaja dibenarkan masuk ke Tebing Barat.

Menurut Datuk Seri Najib lagi, dalam perancangan awal beliau sudah merancang untuk melawat Gaza dan Tebing Barat. Akan tetapi sekatan pada Tebing Barat membantutkan perancangan tersebut.

Malah dipercayai media Pee-Arr hanya mencedok daripada sumber agensi berita dari Israel bukan merujuk kepada laporan dari pejabat Presiden Palestine sendiri…

Jelas sekali media Pakatan Rakyat (Pee-Arr) sengaja menimbulkan isu ini kerana iri hati dan dengki dengan lawatan Datuk Seri Najib ke Gaza. Ini kerana pemimpin agung mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan mempunyai hubungan akrab dengan Israel… Maka tak hairanlah pemimpin tersebut secara terbuka menyatakan sokongan terhadap mempertahankan keselamatan negara Israel.

Ketua Dewan Pemuda PAS Dicemuh Ahli PAS?

Tinggalkan komen

Ketua Dewan Pemuda PAS Dicemuh Ahli PAS?

Inilah akibatnya bila busuk hati… Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dikecam oleh pengikutnya sendiri di dalam Facebook gara-gara mempertikaikan dan mencemuh lawatan Datuk Seri Najib ke Gaza. Mungkin tindakam Nasrudin itu sendiri didorong oleh mahu mengampu Anwar dan Nik Aziz untuk memudahkannya tercalon dalam Pilihanraya Umum yang akan datang…

Pengikut Nasrudin Hassan di dalam Facebook mengecam beliau kerana tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Datuk Seri Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu. Pengikut Nasrudin Hassan sendiri mempersoal mengapa sebagai orang yang bergelar Ustaz, sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati. Malah Nasrudin Hassan juga menuduh lawatan Datuk Seri Najib bersifat politik dan cuba memancing undi.

Jika diundurkan semula masa, siapakah dulu yang sanggup pergi ke Mekah dan Madinah berkempen Bersih 3.0 di sana? Siapakah dulu yang pergi ke Mekah dan Madinah semata-mata untuk tujuan politik?

Jika hendak dikatakan tujuan Datuk Seri Najib melawat Gaza semata-mata mahu memancing undi… Adakah penduduk Gaza boleh mengundi Barisan Nasional?? Inilah bila kedengkian membusuk di dalam hati… Yang nyata, jelas tindakan Nasarudin Hassan dikecam oleh pengikutnya dari kalangan ahli PAS sendiri…

Apapun… Tahniah kepad Datuk Seri Najib kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di Palestine… Malah sebelum ini Tun Dr Mahathir juga pernah menjejakkan kaki di Bosnia membantu penduduk Islam di Bosnia…

Dalam rangka lawatan ke Gaza, Datuk Seri Najib tidak berkesempatan ke Tebing Barat untuk bertemu dengan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas, disebabkan masalah keselamatan.

Datuk Seri Najib Tiba Di Gaza Mengunjungi Rakan Sejawat

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib Tiba Di Gaza Mengunjungi Rakan Sejawat

Alhamdulillah… Semalam Perdana Menteri kesayangan kita tiba dengan selamat di Gaza dalam rangka lawatan beliau ke sana… Datuk Seri Najib Razak ditemani isteri beliau dan delegasi lain iaitu Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato’ Seri Anifah Aman & Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom dan lain-lain delegasi.

Kunjungan Datuk Seri Najib ini mencipta sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejakkan kaki ke wilayah bergolak itu. Lawatan Perdana Menteri itu merupakan sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau selama tiga Najib ke Kaherah, Mesir serta Gaza, yang berjiran dengan Palestin.

Kunjungan Datuk Seri Najib disambut oleh rakan sejawat beliau, Perdana Menteri Palestine Ismail Haniyeh. Melalui perjalanan darat dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir dekat sempadan Gaza, Najib dan isteri melalui sempadan Mesir-Gaza di Rafah dan memasuki bilik menunggu sementara menunggu pasport mereka untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan memasuki Gaza.

Rombongan Datuk Seri Najib juga turut berkesempatan melawat kawasan kejadian serangan udara Israel yang mengorbankan seorang rakyat Palestine, Ahmed Al-Jaabari serta menyedekahkan Al-Fatihah dan berdoa.


Older Entries