Jejambat Di Selangor Science Park 2 Runtuh

Tinggalkan komen

Jejambat Di Selangor Science Park 2 Runtuh

Sebuah jejambat yang menghubungkan antara Aman Putra, Puchong dan Cyberjaya telah runtuh siang tadi. Kerosakan struktur jejambat itu dikatakan menjadi punca ianya roboh. Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku kerana jejambat ini telah ditutup untuk semua lalulintas sejak beberapa bulan yang lepas apabila kerosakan struktur mula dikesan akibat mendapan tanah di bawah jejambat tersebut. Laluan di bawah jejambat itu juga telah ditutup dan semua laluan menghala ke Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Putrajaya dilencongkan sejak beberapa bulan yang lalu.

eXception sempat bergegas ke tempat kejadian dan merakamkan beberapa keping gambar keadaan jambatan tersebut. Hanya sebelah struktur jambatan tersebut runtuh, manakala sebelah lagi masih berkeadaan baik.

Dipercayai kawasan tersebut merupakan bekas kawasan lombong yang telah ditebus guna. Oleh itu masalah mendapan tanah berlaku.

Nota: Khabarnya jejambat ini di bawah bidang kuasa PKNS.

Awang Hitam Campak Anjing Dalam Lubang

Tinggalkan komen

Awang Hitam Campak Anjing Dalam Lubang

Video di bawah menunjukkan sekumpulan pelajar asing yang dipercayai pelajar Universiti Multimedia Malaysia telah mencampakkan seekor anjing ke dalam lubang.

Walaupun bagi orang Islam, anjing itu najis… Tetapi ianya tetap mahkluk Allah… Tindakan sekumpulan Awang Hitam yang melampau ini amat dikesali…

Kerajaan Malaysia sepatutnya segera menghalau pelajar asing dari kalangan Awang Hitam ini pulang ke negara asal. Tidak perlu lagi berikan permit kepada golongan Awang Hitam ini masuk ke Malaysia sebagai pelajar.

6 Ogos nanti pada jam 10.00 pagi, satu perhimpunan akan dilakukan di Universiti Multimedia Malaysia di Cyberjaya. Perhimpunan yang diberi nama ‘Perhimpunan Langsi’ ini dilakukan bagi membantah tindakan Awang Hitam ini menyeksa anjing. Sekaligus mahu tindakan diambil terhadap Awang Hitam ini… Mungkin satu demonstrasi khas yang mana Awang Hitam yang melakukan kekejaman terhadap haiwan ini akan disumbatkan ke dalam lubang yang sama… Kemudian pintu lubang ditutup dengan konkrit… Kasi kurung satu hari dah cukup sebagai pengajaran…

eXception akan menyertai Perhimpunan Langsi ini sebagai membantah tindakan Awang Hitam yang tidak mempunyai tamadun ini… Kepada pencinta haiwan seluruh Malaysia, eXception ingin mengajak anda semua untuk turut serta dalam bantahan ini. Jumpa di sana!!

Maklumat lanjut: KAKIMOTONG ك FAN CLUB