Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??

Tinggalkan komen

Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??


Pakatan Biawak sudah takut dengan bayang-bayang PRU 13 yang semakin hampir

Pakatan Biawak hari ini mengumumkan untuk tidak melaksanakan pilihanraya umum serentak dengan dengan negeri-negeri lain… Bayang-bayang ajal Pakatan Biawak semakin terserlah apabila Anwar China Doll, mula menyalahkan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang dikatakan tidak telus walaupun SUDAH TERBUKTI bahawa Pakatan Biawak telah memenangi 5 negeri dalam PRU 12 yang lepas secara telus dan adil.

Pakatan Biawak mula merapu-rapu dan meracau-racau apabila bayang ajal Pakatan Biawak semakin hampir… Walaupun diberikan panadol serta china doll, tetapi demam kuning yang sedang melanda Pakatan Biawak semakin lama semakin parah dan menanti masa ajalnya tiba…

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

“Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.

Sumber: MBIKINI

Bermesra Dengan Bini Sendiri Kini Menjadi Satu Dosa?

Tinggalkan komen

Bermesra Dengan Bini Sendiri Kini Menjadi Satu Dosa?

Jika dulu Datuk Noh Omar yang menari dengan isteri sendiri menjadi satu dosa yang tak terampun…

Kini meriba bini sendiri pula menjadi satu kesalahan dan dosa yang tak terampun…

Itulah mentaliti pencacai DAP dari parti PAS…

Apabila mempersoalkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud meriba isterinya sendiri…

Tetapi apa boleh buat…

Sudah menjadi dasar di kalangan ahli PAS dan PKR umumnya, yang HALAL menjadi HARAM… Yang HARAM menjadi HALAL…

Maka tak hairanlah jika ada kalangan pemimpin PAS dan PKR yang melakukan perbuatan mungkar dipuja dan dijulang bagaikan wira…



Manakala jika kalangan pemimpin Islam dalam BN sendiri melakukan perkara yang tidak menyalahi agama, tetapi dihentam hebat bagai ianya satu dosa yang tidak terampun…

Inilah dasar perangai khawarij… Mereka akan menghalalkan apa sahaja perkara yang menguntungkan mileage politik mereka… Tak kira ianya HARAM atau melanggar akidah sekalipun…

Artikel Berkaitan:

Fatwa Baru PR: Haram Menari Dengan Bini Sendiri…

Al Kisah… Dunia Sudah Tunggang Terbalik… Believe It!!

Benarkah Telur Tiruan Ada Di Malaysia??

Tinggalkan komen

Benarkah Telur Tiruan Ada Di Malaysia??

Pada suatu ketika dulu kita pernah di gemparkan dengan isu Telur Tiruan di Malaysia. Banyak bloggers meng-update mengenai isu ini, isu telur tiruan ini sudah lama tersebar di China. Tapi apabila isu telur tiruan ini di gemparkan, ia mula di kaitkan dengan telur tiruan China.

itu sebagai mukadimah jer, nak di kongsi bersama pembaca blog ini, pada 30hb June 2012 lepas, saya mengikuti satu seminar usahawan. Di antara aktiviti tersebut adalah forum bersama dengan beberapa agensi kerajaan. Salah satu daripada agensi tersebut terlibat secara langsung dalam sesi terjah kes telur tiruan ini.

Menurut pegawai tersebut, telur tiruan di Malaysia bukanlah telur tiruan seperti didapati di China, tapi memang telur yang asli, kes telur tiruan ini di adu oleh salah seorang pembeli yang mendapati penampilan telur tersebut agak ganjil berbanding telur normal.

oleh kerana saya pun pernah update pasal telur tiruan di entry yang lepas, jadi forum isu ini amat menarik perhatian saya.

Menurut pegawai tersebut itu lagi, antara punca yang berpotensi mengakibat penampilan telur itu agak pelik kerana pengusaha reban ayam tersebut mengamalkan ‘Amalan Perladangan Baik’/ ‘Good Farming Practice’. Antara punca utama isu ini kerana najis ayam yang busuk mengakibatkan kawasan tidak bersih/ hygenic, maka pengusaha tersebut mengambil keputusan untuk sembur dan mencuci kawasan tersebut dengan bahan kimia secara kerap, untuk mengurangkan bau najis. Semakin kerap kerja, maka semakin tinggi kos pengurusan. Jadi, pengusaha mencuba lagi untuk mencampurkan makanan ayam tersebut dengan bahan kimis supaya ayam tersebut tidak membuang najis yang berbau busuk. So, kesan sampingan bahan kimia tersebut,, jadilah telur ayam yang pelik, ganjil. Telur ayam yang sangat low grade!

Jadi, telur ayam itu boleh di jual dengan gred rendah, murah dan perlu di labelkan bahawa ianya telur daripada cara pengusahaan yang di sebut tadi. Tapi, pengusaha berdegil kerana ia melibatkan kos yang lebih tinggi. jadi semuanya tidak berbaloi.

Sumber: Bongkar! Telur Tiruan ialah Telur Asli


Korang dah faham dengan penerangan di atas??

Baiklah di sini eXception nak tanya kat korang… Gambar pemilik telur di bawah ini adakah ianya TIRUAN atau ASLI??

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Panas!! Anwar Nak Saman Datuk Eskay!??

Tinggalkan komen

Anwar Bakal Failkan Saman Terhadap Datuk Eskay?

Blogger Papa Gomo menerima sms ini dari rakan media yang mana mendakwa ianya dihantar oleh Ibu Pejabat PKR sendiri…

“Salam tuan puan rakan media sekalian, kami menjemput untuk membuat liputan media pada 20 Jun Rabu ini di Mahkamah jalan Duta. D.S.A.I. akan menfailkan saman keatas Trio Dato T dalang video lucah yang dikaitkan dengan D.S.A.I. Pohon diwar warkan liputan ini. Tq.”

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Anwar bakal memfailkan saman terhadap sahabatnya yang dia pura-pura tidak mengenalinya, iaitu Datuk Eskay…

Siapa tak kenal Datuk Eskay, member rapat Anwar yang menggemparkan dengan pendedahan video skandal seks Anwar dengan China Doll…

Seperti biasa Anwar menafikan dirinya di dalam video tersebut malah menafikan dia mengenali Datuk Eskay… Sedangkan gambar di bawah boleh MENCERITAKAN SEGALANAYA…

Malah Anwar sendiri gagal melakukan apa yang sudah Datuk Eskay lakukan iaitu bersumpah laknat…. Mengapa?? Takutkah Anwar dengan laknat Allah di dunia?? Mengapa takut laknat di dunia?? Sedangkan laknat di akhirat CUKUP PEDIH!!

Adakah saman ini akan menerima nasib yang sama dengan saman Anwar terhadap Datuk Nalla yang difailkan bulan Mac yang lalu yang mana ditarik balik kemudiannya??

Adakah ini SATU LAGI SANDIWARA ANWAR menjelang PRU 13 nanti demi meraih semula sokongan pencacai Pakatan Anak Haram Jadah?? Jika mahu saman, sila saman dengan secara serius… Bukan main acah-acah… Kejap saman… kejap tarik balik… Macam PONDAN!!

Sumber: BREAKING NEWS – Anwar Ibrahim Failkan Saman Keatas Dato Eskay.