Bilakah Tarikh Sebenar Pilihanraya Umum Ke 13?

Tinggalkan komen

Bilakah Tarikh Sebenar Pilihanraya Umum Ke 13?

Sukar nak jangka tarikh sebenar PRU 13 diadakan buat masa ini… Ada yang kata 27 April 2013 ni tarikh sebenar mengundi… Tapi yang dok mengata 27 April 2013 tu tarikh mengundi orang SPR ke?

Sebenarnya SPR masih belum bermesyuarat lagi untuk menetapkan tarikh sebenar hari penamaan calon dan tarikh mengundi. Ini disebabkan SPR masih menunggu negeri-negeri lain membubarkan DUN masing-masing dan menghantar notis pembubaran DUN kepada SPR negeri masing-masing. Ini berkemungkinan mengambil masa dalam 7 hari.

Buat masa ini, 3 negeri masih belum membubarkan DUN mereka iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Kesemua negeri ini dikuasai oleh Pakatan Pembangang.

Negeri Sarawak pula sudah melaksanakan Pilihanraya Negeri pada 16 April 2011 dan hanya membubarkan Parlimen. Negeri-negeri yang sudah membubarkan DUN setakat ini ialah.

1. Negeri Sembilan
2. Melaka
3. Perak
4. Perlis
5. Sabah
6. Pahang
7. Terengganu
8. Johor
9. Selangor

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tarikh PRU 13 boleh diadakan selewat-lewatnya 28 Mei 2013. Bermakna jika dilaksanakan PRU 13 paling awal sekalipun dalam bulan Mei 2013, bukan bulan April 2013. Apapun ini cuma andaian. Terserah kepada SPR sendiri menetapkan tarikhnya.

Persoalan sekarang ialah, mengapa 4 negeri Pakatan Pembangang ini masih belum bubar DUN? Hari tu bukan main attack Datuk Seri Najib lewat bubar DUN. Ada pencacai Pakatan Pembangang ini dok spin kononnya pemimpin BN membelakangi Sultan dalam membubarkan DUN, tetapi Pakatan Pembangang tidak membelakangi Sultan dan Raja-Raja Melayu. Habis tu ini gambar apa? Bukankah ini gambar Datuk Seri Najib mengadap YDP Agong di Istana Negara untuk mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen?

Malah semua ketua kerajaan negeri yang sudah membubarkan DUN juga mengadap Sultan atau Raja negeri masing-masing sejak 3 April 2013 lagi untuk mendapatkan perkenan, setelah Parlimen diisytiharkan terbubar.

Sumber: PRU-13 Boleh Diadakan Selewat-lewatnya 28 Mei – Pengerusi SPR

Senarai DUN Yang Sudah Dibubarkan Setakat Ini

Tinggalkan komen

Senarai DUN Yang Sudah Dibubarkan Setakat Ini (Updated)

Berikut adalah senarai negeri yang telah membubarkan DUN masing-masing setakat ini. Maklumat akan dikemaskini setelah lebih banyak negeri membubarkan DUN nanti.

Update! Semua DUN kecuali DUN Sarawak sudah membubarkan DUN masing-masing. Sarawak sudah menjalankan Pilihanraya peringkat negeri pada tahun 2011 dan tidak lagi perlu terlibat dalam PRU 13, kecuali pada peringkat parlimen

Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??

Tinggalkan komen

Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??


Pakatan Biawak sudah takut dengan bayang-bayang PRU 13 yang semakin hampir

Pakatan Biawak hari ini mengumumkan untuk tidak melaksanakan pilihanraya umum serentak dengan dengan negeri-negeri lain… Bayang-bayang ajal Pakatan Biawak semakin terserlah apabila Anwar China Doll, mula menyalahkan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang dikatakan tidak telus walaupun SUDAH TERBUKTI bahawa Pakatan Biawak telah memenangi 5 negeri dalam PRU 12 yang lepas secara telus dan adil.

Pakatan Biawak mula merapu-rapu dan meracau-racau apabila bayang ajal Pakatan Biawak semakin hampir… Walaupun diberikan panadol serta china doll, tetapi demam kuning yang sedang melanda Pakatan Biawak semakin lama semakin parah dan menanti masa ajalnya tiba…

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

“Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.

Sumber: MBIKINI