Berapa Banyak Malaysia Pinjam Dari IMF Untuk Beri BR1M 2.0??

Tinggalkan komen

Berapa Banyak Malaysia Pinjam Dari IMF Untuk Beri BR1M 2.0??

Cybertroper Pakatan Rakyat dok mencanang kononnya Datuk Seri Najib meminjam berbillion dari International Monetary Fund (IMF) bagi memberi Bantuan Rakyat Malaysia 2.0 kepada rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja pinjaman yang dibuat juga dikatakan untuk peruntukan bantuan rebat telefon pintar dan untuk belanjawan yang dibentangkan lepas.

Jadi untuk kepastian… Mari kita check melalui IMF… Mesti IMF ada simpan maklumat jumlah pinjaman kerajaan Malaysia pada tahun 2012…

Cuba tengok pada bahagian ditandakan dalam kotak berwarna merah…

Outstanding Purchases and Loans: None
Latest Financial Arrangements: None

Ianya bermakna tidak ada sebarang pinjaman dibuat…

Malah IMF juga tidak ada mengaturkan sebarang pinjaman kepada Malaysia…

Jelas sekali cybertrooper Pakatan Rakyat hanya pandai bermain serkap jarang untuk bermain dengan persepsi rakyat…

Permohonan BR1M 2.0 Sudah Dibuka

Tinggalkan komen

Permohonan BR1M 2.0 Sudah Dibuka

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM 3000.00 sebulan, permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 sudah mula dibuka sejak semalam (1 November 2012). Bagi pemohon yang pernah memohon pada tahun lepas, anda tidak perlu lagi mengisi borang, kecuali sekiranya anda ingin mengemaskini permohonan anda disebabkan kematian ketua keluarga, perceraian atau hal yang lain.

Borang rasmi Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 boleh dimuat turun di sini: Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0

Sekiranya terasa malas nak memegang pen, dan menghantar borang ke LHDN… Tak perlu susahkan diri anda… Boleh isi secara online di sini: Permohonan Online Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0

Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah:

Isi rumah yang layak (RM500):

  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan
    jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang
    sama).
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953
    dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Individu yang layak (RM250):

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun
    dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
    bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.