Kempen #MutePRKKualaBesut? Pergi Mampus Lah Sama Lu Orang!!

Tinggalkan komen

Kempen Mute PRK Kuala Besut? Pergi Mampus Lah Sama Lu Orang!!

Ada pihak berkepentingan dalam Unit Media Baru Barisan Nasional cuba memboikot dari membuat laporan serta liputan Pilihanraya Kecik Kuala Besut, Terengganu gara-gara Datuk Ahmad Maslan membawa masuk 30 orang blogger yang bukan taraf otai ke sana untuk membuat liputan sepanjang PRK tersebut.

Bagi eXception, ianya satu perkara yang tidak bermoral dan jelas berniat jahat serta niat cuba mensabotaj parti. Pergi mampus la sama korang!! Yang penting eXception takkan berganjak untuk terus membuat laporan tentang PRK Kuala Besut ini. Siapa yang rugi nanti? Kita jugak yang rugi. Hanya dek kerana ketamakan mengejar agenda peribadi.

Apa yang dilakukan oleh Datuk Ahmad Maslan adalah hak beliau… Jadi Unit Media dalam Barisan Nasional jangan dok melalak tak tentu pasal… Beliau nak letak team cybertrooper beliau dalam jet peribadi sekalipun adalah hak beliau… Apa pasal korang yang meroyan?

Pergi Mampus Lah Sama Lu Orang!!

Blogger Milo Suam Ditahan Ketika Cuba Lari Ke Jerman

Tinggalkan komen

Blogger Milo Suam Ditahan Ketika Cuba Lari Ke Jerman

Maklumat yang diterima beberapa minit sebelum pukul 12:00 tengah malam tadi, mengesahkan Blogger tersohor Pakatan Rakyat, MILOSUAM telah ditahan pihak berkuasa selepas beberapa hari hidup dalam buruan.

MILOSUAM dilaporkan telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang dalam cubaan untuk melepaskan diri ke luar negara. Sebaik-baik sahaja ditahan, Blogger berkenaan telah dibawa ke Bukit Aman untuk membantu siasatan berhubung fitnah kertas undi dan fitnah terhadap SPR.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga peruntukan atau akta yang boleh digunakan terhadap MILOSUAM kerana menyebar maklumat palsu.

Pastinya para pecacai Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan penangkapan MILOSUAM dan tindakan pantas pihak berkuasa Malaysia terutama sekali PDRM. Dan pastinya juga barisan peguam handalan PKR dan DAP sudah bersedia untuk membela MILOSUAM.

Apa pun kita tunggu siasatan selanjutnya. Kita juga tunggu apakah MILOSUAM akan mengaku yang dia MILOSUAM kerana khabarnya para blogger pro-Pakatan amat berani dan tidak takut-takut untuk memperkenalkan diri mereka walaupun mereka juga berselindung di sebalik nama pena.

Atau dia juga akan meniru gerak langkah seorang lagi pecacai Pakatan yang sangat aktif di YOUTUBE suatu ketika dahulu yang enggan mengakui pengguna akaun bernama HAFIZ adalah dirinya?

Kita tunggu sama-sama…

The Flying Kick

Aikkk? Mau lari ka Milo Suam? Apa pasal mau lari kalau lu tak buat salah… Kata orang-orang tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali… Sekali lu buat jahat, lu memang tak boleh lari punya maaa… Apapun nasihat aku kepada PDRM, jagalah Milo Suam ni bebaik… Jangan lupa bagi dia makan friskies sehari 3 kali… Ha ha ha ha ha ha ha ha!!

Khabarnya nama sebenar si Milo Suam ni, Yusuf Al Siddique Suratman dan berumur 29 tahun… Nama Al Siddique, tapi langsung tak menyampaikan perkara yang benar… Sedangkan sahabat Rasulullah SAW, iaitu Abu Bakar, diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud (yang membenarkan)…

Blogger Meroyan Pas Media PAU 2012 Kena Sorok??

Tinggalkan komen

Blogger Meroyan Pas Media PAU 2012 Kena Sorok??

Tak habis-habis dengan blogger sorang ni… Ingatkan dia dah tinggalkan terus dunia blogging, tapi masih lagi menulis… Sah la memang kaki kencing… Dulu declare nak tinggalkan dunia blogging, siap umum satu dunia… Konon nak suruh pemimpin UMNO pujuk laa… Tak seorang pun kalangan pemimpin UMNO yang ambik kisah…

Kesian… Punyalah lama tunggu kot-kot ada wakil dari Perdana Menteri datang membawa ufti berupa harta berkoyan-koyan… Sorang pun tak datang…

Kali ni dia dok meroyan pasal pas media Perhimpunan Agung UMNO 2012 kena sorok… Ehh… Hairan betul eXception, masa bila pulak dia ni jadi blogger UMNO?? Tak tahu malu ke dia mengaku sokong UMNO??

Dok hentam pemimpin-pemimpin dalam UMNO tak ingat dunia… Bila tak dapat pas, merajuk macam budak kecik…

Sudah-sudah la meroyan… Hang tu dah tua… Buat cara orang tua laa…

Ini blog blogger yang kuat meroyan tu: UMB dah ada pengerusi baru ke? @NajibRazak @tunfaisal ~ Aku Peduli Apa @ APA

Permohonan Maaf Blogger Milo Suam Tak Ikhlas??

Tinggalkan komen

Permohonan Maaf Blogger Milo Suam Tak Ikhlas??

Selepas kantoi dengan isu lambang salib terbesar di Putrajaya semalam, blogger Milo Suam telah membuat permohonan maaf…

Tapi permohonan maaf macam ni, seolah-olah tidak ikhlas… Permohonan maaf paling sambil-lewa yang pernah eXception baca… Sudah la mengelirukan pembaca blog dengan artikel tahap sampahnya itu… Itulah lain kali jangan main hentam sahaja… Siasat dulu… Selidik dulu… Tapi bila dah kemaruk sangat nak menghentam kerajaan, sampai membelakangkan fakta… Maka ibarat terlajak perahu… kita boleh undur lagi… Tapi terlajak kata, lu pikir la sendiri…

Jadi sempena Ramadhan ni, sebaiknya Milo Suam kurangkan le artikel berunsur fitnah dalam blog tu… Jangan dek kerana mengejar berita sensasi, sampai diri kita tersadung kaki sendiri, jatuh terjelepuk atas tahik lembu…


Milo Suam Tersembam?? (Gambar Hiasan)

Artikel berkaitan: Lambang Salib Terbesar Di Putrajaya??

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Wilayah Persekutuan

Ulasan Dimatikan pada Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Wilayah Persekutuan

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Wilayah Persekutuan

Salam sejahtera kepada semua pengamal media sosial 1 Malaysia, tak mengira anda penulis blog, facebooker ataupun twitterian. Sukacita dimaklumkan bahawa Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 14 Julai 2012 di Regency International Hotel, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan anda semua, masuk adalah percuma. Difahamkan ada hadiah untuk cabutan bertuah. Jika di Selangor tempoh hari, hadiahnya ialah Netbook… Mungkin hadiah peringkat Wilayah Persekutuan ni berupa telefon Blackberry?? Mungkin iPhone 4S?? Mungkin Netbook?? Mungkin laptop?? Mungkin Samsung Galaxy SIII?? Mungkin…. Segalanya mungkin… Jadi eXception tak boleh nak bagi confirmation lagi…

InsyaAllah eXception akan turun juga ke sana… Kita jumpa di sana nanti…

Sila emelkan maklumat diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, no telefon, facebook/twitter/blog kepada Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia: daftarkms1m.wpkl@gmail.com

Selamat Datang Ke CyWar Putrajaya!!

Tinggalkan komen

Blog Baru… Wajah Baru… Orang Lama…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Buat sahabat seperjuangan dan pembaca sekelian…

Untuk pengetahuan korang semua… Ini blog aku yang baru…

Aku terpaksa tinggalkan blog lama dengan kenangan yang menjengkelkan hati…

Setelah penat bergelut dengan kerenah birokrasi dengan Google Blogger…

Maka aku terpaksa bina blog yang baru dari asas…

Tetapi jangan risau…

Semua post-post dari blog lama, aku dah transfer ke dalam blog baru ni…

Dan… Kepada Google Blogger…

You Are… SUCK!!

Selepas ini, mohon untuk delete link blog lama: [http://exception2008.blogspot.com] dari blogroll/bloglist korang…

Kemudian tambah blog baru ni: [http://www.cywarputrajaya.com] ke dalam blogroll/bloglist korang…

Sebarang request untuk letakkan link blog korang ke dalam bloglist aku boleh diajukan melalui ruangan komen…

Hanya blog politik pro BN sahaja… Hang nak aku letak blog pro PKR ke… Pro PAS ke.. Pro DAP ke… Pergi cari longkang yaa?? Pastu terjun…