BN Youth Job Fair Kini Kembali

Tinggalkan komen

BN Youth Job Fair Kini Kembali

Berita baik kepada pencari kerja yang masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai, BN Youth Job Fair kini kembali lagi. Acara ini akan berlangsung pada 27-29 September 2013 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Ribuan peluang pekerjaan ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang menyertai acara ini. Rebutlah peluang ini untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak anda.

Antara jawatan yang ditawarkan…

. Management Trainee
. Financial Sector Talent Enrichment Programme (FSTEP)
. General Position
. Assistant Restaurant Manager Trainee
. General Position
. Waiter
. AO Chargeman
. Travel Consultant
. Safety and Health Officer
. Biotechnologist

Disamping itu, BN Youth Job Fair ini juga ingin memberikan Samsung Galaxy S4 dan iPad Mini secara percuma melalui Giveaway Contest mereka. Caranya sangat mudah.

1) Sertai BN Youth Job Fair Giveaway Contest dengan menjawab 3 soalan mudah dan berikan butiran peribadi anda.
2) Share maklumat peraduan kepada rakan-rakan anda dan memenangi 2 baucar wayang.

Klik imej di bawah untuk menyertai peraduan…

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Seluruh Malaysia 1434 H/2013 M

Tinggalkan komen

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Seluruh Malaysia 1434 H/2013 M

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak

WP Kuala Lumpur & Putrajaya

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan

Sabah

Sarawak

Wilayah Persekutuan Labuan

Senarai Kabinet Malaysia Yang Baru Tahun 2013

Tinggalkan komen

Senarai Kabinet Malaysia Yang Baru Tahun 2013

Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Razak
Timb Perdana Menteri – Muhyiddin Yassin

Menteri Di JPM – Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Di JPM – Datuk Abdul Wahid Omar
Menteri Di JPM – Datuk Seri Idris Jala
Menteri Di JPM – Tan Sri Joseph Kurup
Menteri Di JPM – Datuk Seri Shahidan Kassim
Menteri Di JPM – Nancy Shukri
Menteri Di JPM – Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri Di JPM – Datuk Joseph Entulu

Timb Menteri Di JPM – Datuk Razali Ibrahim
Timb Menteri Di JPM – P. Waytha Moorthy

Menteri Kewangan – Datuk Seri Najib Razak
Menteri Kewangan 2 – Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timb Menteri Kewangan – Datuk Hj Ahmad Maslan

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Seri G Palanivel
Timb Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan – Nazri Aziz
Timb Menteri Pelancongan dan Kebudayaan – Dato’ Joseph Salang

Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timb Menteri Wilayah Persekutuan – Dato’ Dr Loga Bala Mohan

Menteri Belia dan Sukan – Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Datuk M.Saravanan

Menteri Komunikasi dan Media – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timb Menteri Komunikasi dan Media – Datuk Jailani Johari

Menteri Luar Negeri – Datuk Seri Anifah Aman
Timb Menteri Luar Negeri – Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Zahid Hamidi
Timb Menteri Dalam Negeri – Datuk Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

Menteri Pertahanan – Datuk Seri Hishamuddin Hussein
Timb Menteri Pertahanan – Datuk Abd Rahim Bakri

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi 2 – Datuk Seri Idris Jusoh
Timb Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi – P.Kamalanathan
Timb Mneteri Pelajaran & Pengajian Tinggi 2 – Datuk Mary Yap Kain Ching

Menteri Pertanian Industri Asas Tani – Datuk Seri Ismail Sabri
Timb Menteri Pertanian Industri Asas Tani – Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Rohani Karim
Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun

Menteri Sumber Manusia – Datuk Richard Riot
Timb Menteri Sumber Manusia – Datuk Haji Ismail Haji Abd Mutalib

Menteri Kesihatan – Datuk S.Subramaniam
Timb Menteri Kesihatan – Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahya

Menteri Kerja Raya – Datuk Haji Fadillah Yusof
Timb Menteri Kerja Raya – Datuk Rosnah Sirlin

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri – Datuk Mustapa Mohamed
Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri – Ir Haji Hamim Samuri

Menteri Pembangunan Luar Bandar – Datuk Shafie Apdal
Timb Menteri Pembangunan Luar Bandar – Datuk Alexander Nanta Linggi

Menteri Komoditi Dan Perladangan – Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timb Menteri Komoditi Dan Perladangan – Noriah binti Kasnon

Menteri Pengangkutan – (Memangku) Datuk Seri Hishamuddin Hussein
Timb Menteri Pengangkutan – Datuk Abd Aziz Kaprawi

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili
Timb Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Iwon Ebin
Timb Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Dr. Abu Bakar Mohamad Diah

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna – Dato’ Haji Hasan bin Malek
Timb Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna – Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timb Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Halimah Sadique

Nota: Tahniah kepada mereka yang terpilih menyertai kabinet penggal kali ini. Diharap anda semua dapat berkhidmat dengan amanah dan tanggungjawab.

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Beri Rebat Pembelian Telefon Pintar Untuk Belia!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Beri Rebat Pembelian Telefon Pintar Untuk Belia!?

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Golongan belia bakal menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakej khas itu akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi.

Menurut beliau, sebanyak RM300 juta disediakan untuk tujuan tersebut dan akan dimanfaatkan oleh 1.5 juta belia.

“Ia terbuka mereka yang berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah,” katanya dalam pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

eXception cukup tidak berpuas hati dengan perkara ini… Kerajaan Barisan Nasional memang ZALIM… Ikut suka dia sahaja nak berikan rebat RM 200 kepada belia untuk mereka membeli telefon pintar.

Dah la sasaran umur adalah 21 hingga 30 tahun… Memang patut eXception berasa marah…

Mana tak marah… Umur eXception sendiri dah lebih dari 30 tahun… Tak layak la dapat rebat ni… Memang tak puas hati!!

Apa yang pasti… Sebagai menunjukkan protes dan kemarahan eXception terhadap KEZALIMAN ini… eXception bersumpah… Pada PRU 13 nanti… eXception tidak sekali-kali akan memangkah… Logo BULAN… Logo MATA SATU… Logo ROKET… Ataupun logo-logo lain… Selain logo DACING sahaja…

eXception hanya akan memangkah LOGO DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… Jika kezaliman inilah yang Kerajaan Barisan Nasional lakukan… Nanti sahajalah PRU 13 nanti… eXception akan menunjukkan kuasa sebagai pengundi…

eXception akan mempengaruhi keluarga dan saudara mara untuk tidak memangkah mana-mana logo selain logo DACING sahaja pada PRU 13 nanti… Kita tunggu!! PRU 13 kita akan pastikan parti selain yang ada logo DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… TUMBANG!!!

Ingat ya!! Kita pastikan TIDAK akan memangkah parti SELAIN dari parti yang mempunyai logo di bawah ini…

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Nafikan Hak 170,000 Individu Bayar Cukai Pendapatan!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Nafikan Hak 170,000 Individu Bayar Cukai Pendapatan!?

Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan satu peratus kadar cukai mulai tahun depan.

Penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.
Langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.

20 jenis pelepasan

Sebelum ini, kerajaan menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000.

Cukai koperasi turun

Kerajaan turut mencadangkan penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara satu hingga tujuh mata peratusan pada semua kumpulan pendapatan bercukai.

Dengan itu, seramai tujuh juta ahli koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan.

-Berita Harian

Satu lagi kezaliman terbesar Kerajaan Barisan Nasional!! Ini dah menindas rakyat yang berpendapatan sederhana!! Dengan menafikan peluang 170,000 individu dari membayar cukai adalah satu kekejaman yang melampau. Sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional perlu memberi peluang 170,000 individu ini membayar cukai pendapatan.

Tetapi Kerajaan Barisan Nasional memilih untuk menafikan hak mereka dari membayar cukai pendapatan… eXception cukup marah dengan perkara sebegini… Sekiranya 170,000 individu ini dinafikan dari membayar cukai pendapatan, sudah pasti yang akan untung BUKAN Kerajaan Barisan Nasional… Sudah pasti yang TAKKAN rugi ialah 170,000 individu tersebut.

Sebagai tanda protes, PRU 13 nanti eXception tidak akan teragak-agak untuk TIDAK MEMANGKAH MANA-MANA PARTI SELAIN PARTI LOGO DI BAWAH INI…


#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Satu lagi KEZALIMAN TERBESAR Kerajaan Barisan Nasional terpaksa eXception dedahkan. Sebagai kakitangan awam, eXception cukup marah dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap kakitangan awam. Mana tak marah… Dapat bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali pulak tu… Siapa tak hangin!! Ini dah membebankan kakitangan awam!!

Kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan memberikan bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan Disember depan dan bulan Januari tahun depan, ini sudah cukup menaikkan darah kakitangan awam.

Apakah ini balasan Kerajaan Barisan Nasional kepada segelintir kakitangan awam yang selama ini langsung TAK PERNAH MENYOKONG BN?? Bagi eXception balasan sebegini cukup zalim… Lagi zalim dari Firaun…

Apa yang pasti… Sebagai menunjukkan protes dan kemarahan eXception terhadap KEZALIMAN ini… eXception bersumpah… Pada PRU 13 nanti… eXception tidak sekali-kali akan memangkah… Logo BULAN… Logo MATA SATU… Logo ROKET… Ataupun logo-logo lain… Selain logo DACING…

eXception hanya akan memangkah LOGO DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… Jika kezaliman ini yang Kerajaan Barisan Nasional lakukan terhadap kakitangan kerajaan… Nanti sahajalah PRU 13 nanti… eXception akan menunjukkan kuasa sebagai pengundi…

eXception akan mempengaruhi keluarga dan saudara mara untuk tidak memangkah mana-mana logo selain logo DACING sahaja pada PRU 13 nanti… Kita tunggu!! PRU 13 kita akan pastikan parti selain yang ada logo DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… TUMBANG!!!

Ingat ya!! Kita pastikan TIDAK akan memangkah parti SELAIN dari parti yang mempunyai logo di bawah ini…

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim. Bagi Bonus. Naikkan Pencen Pesara.

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim. Bagi Bonus. Naikkan Pencen Pesara.

Apa punya kerajaan la… Zalim sungguh!! Dah la pencen pesara dinaikkan… Pastu nak bagi bonus sebanyak RM 500… Sepatutnya pencen pesara tidak perlu dinaikan, ianya akan menambahkan lagi beban pesara. Bonus pun jangan bagi… Lagi tambah beban pesara… Kesian pesara…

eXception pasti, kenaikan pencen untuk pesara kerajaan, yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun, daripada RM 720 kepada RM 820 dalam Belanjawan 2013, membuktikan kerajaan Barisan Nasional sememangnya zalim.

Malah pemberian bonus RM 500 kepada pesara juga adalah tidak wajar… Hanya kerajaan yang ‘ZALIM’ sahaja akan beri bonus… Sekiranya pencen tidak dinaikkan dan tidak diberikan bonus kepada pesara, sudah tentu kalangan pemimpin Pakatan Biawak akan memuji-muji keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional terhadap pesara.

Sekarang apabila Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan pencen serta pemberian bonus kepada pesara, para pemimpin Pakatan Biawak sudah mula menggelabah biawak… Mereka seolah-olah tidak berpuas hati dengan ‘kezaliman’ Kerajaan Barisan Nasional yang mahu membebankan pesara dengan peruntukan Bajet 2013 itu.

Sebagai pengajaran atas ‘kezaliman’ tersebut. Pada PRU 13 nanti, eXception akan pangkah ‘Kerajaan Zalim’ ini lagi!! Tungguuuuu!! Taulah nanti!! eXception akan pastikan ‘Kerajaan Zalim’ ini MENANG BESAR dalam PRU 13… Allahuakbar!!

Older Entries