Ronnie dipertahankan Islam dilacurkan.

4 Komen


MB Selangor Khalid Ibrahim menolak gesaan PAS supaya portfolio Ronnie Liu ditukar. Malahan Khalid Ibrahim terus mempertahankan kepala gangster selangor itu dalam mesyuarat Exco selangor yang berlangsung hari ini.

Khalid malah memuji Ronnie sebagai seorang Exco yang kuat bekerja. Dia juga menyatakan kerja keras Exco itu wajar dicontohi oleh Exco yang lain.

Soal cerita Ronnie bertelagah dengan kakitangan kerajaan, kata khalid itu cuma persepsi awam, tiada bukti perkara itu berlaku dan Ronnie juga telah menafikannya.

Menurut sumber, mesyuarat Exco hari ini juga agak panas apabila ada Exco yang menghentak meja kerana tak puas hati dengan keputusan khalid.

PAS pula terus menerus berlakon dan nampak macam dah kerat rotan dengan Ronnie. Nampak je macam real, tapi semua orang tahu ini LAKUNAN belaka.

Ada yang menyatakan tak mungkin Hassan Ali sanggup meletakkan jawatan sebagai Exco kerana ini semua perut lebih penting dari pegangan agama dan idealisme. Gaji dan elaun Exco hampir 20 ribu. Semua Exco berlakun demi perut masing-masing.

Petikan Blog: warisan2057

Sekalung tahniah buat MB Selangor kerana sanggup memlacurkan Islam dengan mempertahankan seorang kafir harbi yang bernama Ronnie Liu. Aku percaya tindakan beliau ini pasti mendapat sambutan hangat dari Blogger Pembela Negara dengan kutukan yang berkontena-kontena… Oleh itu aku juga tak mahu melepaskan peluang untuk MENGUTUK TINDAKAN KHALID IBRAHIM MEMPERTAHANKAN RONNIE LIU. Aku percaya, Khalid sebenarnya dalam keadaan ditelan rasa taik Anwar, diludah pun rasa taik Anwar gak. Nak buang sayang, tak telan rasa kelat masin-masin dan masam. Macam tu lah Khalid. Jika ikuti artikel sebelum ini, sebenarnya Anwar dah berura-ura mahu gantikan Khalid dengan Azmin. Tetapi kedegilan Khalid mengundang kemurkaan Anwar. Oleh itu sebagai meredakan kemurkaan Anwar tu, maka Khalid terpaksa menjual Agama Islam sekaligus menjilat buntut Ronnie Liu sebagai tanda mempertahankan tindakan gila kuasa Ronnie Liu dengan mengarahkan rampasan arak oleh MBSA dipulangkan semula. Maka MBSA seperti anjing yang dimarahi tuan, dengan bercawat ekor dan muka tebal sepuluh inci terpaksa memulangkan balik beer yang dikatakan bukan minuman keras oleh Ronnie (mungkin bagi Ronnie Beer tu macam Coke, Pepsi atau air mineral)… Walaupun yang berkuasa di Selangor ialah Sultan dan kedua ialah pemerintah, tetapi Ronnie punya kuasa melebihi Sultan dan MB sendiri. Takde sorang boleh lawan Ronnie. Jika Sultan Selangor tegur Ronnie, pasti akan dikatakan Sultan Murtad oleh penyokong PR yang jumud dan berlumut otaknya. Malah kereta dinaiki Sultan juga pasti akan dihujani dengan batu-batuan. Malah kereta Sultan juga akan dihalang oleh penjilat jubur Anwar…. Inilah Anwar, siapa pun tak boleh kacau program dia. Hatta Sultan sekalipun dia berani sanggah…

Dr Hassan Ali, kami Blogger Pembela Negara mencabar kamu meletakkan jawatan serta keluarkan PAS dari PR Selangor jika kamu benar-benar seorang Islam!!!

Gempar!! Ketua Pengarah SPRM terima ancaman bunuh!!

Tinggalkan komen

Ahmad Said terima surat ancaman tembak balas dendam kematian Teoh

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menerima ancaman bunuh untuk membalas dendam atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, selepas disoal siasat SPRM, baru-baru ini.

Ancaman dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Ahmad Said itu diterima melalui pos oleh pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lalu.

Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad, berkata pengirim surat bukan saja mengancam nyawa Ahmad Said, malah mengaitkan anggota keluarganya serta kakitangan dan pegawai suruhanjaya itu.

“Surat tulisan tangan itu menggunakan bahasa kesat untuk menyuarakan perasaan marah terhadap Ahmad Said, keluarganya dan pegawai SPRM berikutan kematian Teoh. Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam beberapa hari selepas menerima surat berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam suratnya, penulis menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh dan mengugut untuk menembak mereka serta berulang kali memakinya dan menyatakan tidak berpuas hati kerana SPRM kerana tidak bertindak terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) serta MCA dan hanya menyiasat pemimpin DAP.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor selepas disoal siasat sebagai saksi berhubung kes penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri.

Kejadian itu mendorong kerajaan melaksanakan inkues bagi mencari punca kematian, manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan prosedur soal siasat SPRM.

Ahmad Said ketika dihubungi berkata, ancaman seumpama itu sebahagian risiko yang perlu dihadapi ketika menunaikan tanggungjawab kepada negara dan rakyat.

“Semua kakitangan dan pegawai SPRM dinasihatkan berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan rasa tertekan dan hilang fokus dengan ugutan, sebaliknya semangat untuk menjalankan tugas perlu diutamakan selain menjaga keselamatan diri,” katanya.

Beliau berkata, nasihat itu diberikan kerana walaupun ancaman bunuh ditujukan kepada dirinya dan keluarga, pengirim secara umum menyatakan rasa marah terhadap SPRM keseluruhannya.

Mengenai penyebaran rakaman klip kejadian seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki yang dikatakan mempunyai kaitan dengan SPRM menerusi internet, Ahmad Said berkata, ia tidak membabitkan anggota SPRM dan lokasi rakaman juga bukan di pejabat agensi itu atau pejabat kerajaan, sebaliknya lebih mirip kepada pejabat pasar raya.

“SPRM mengutuk keras tindakan sedemikian dan berharap polis menyiasatnya dengan rapi. Orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan dakwaan yang cuba memburukkan imej pasukan penguat kuasa,” katanya.

Laman blog advocateviews.blogspot.com menyiarkan klip rakaman lima minit yang memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki hingga menimbulkan spekulasi ia adalah Teoh, manakala pihak yang memukulnya didakwa pegawai SPRM.

Ahmad Said berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti penyebaran rakaman itu.

Sumber: Berita Harian

Huh… Macam-macam hal… Aku percaya yang ugut bunuh ni adalah gangster-gangster upahan Bapak Kongsi Gelap Selangor… Sebab mereka tak mahu SPRM siasat kes penyelewengan Exco Selangor ni, iaitu Ronnie Liu. Jadi mereka cuba mengugut Datuk Seri Ahmad Said, supaya beliau tidak berani meneruskan siasatan terhadap kes-kes penyelewengan PR Selangor…

Lim Kit Siang cadangkan Ketua Kongsi Gelap jadi Ketua Polis Negara??

6 Komen


Wah… biar betul, Lim Kit Siang (Lim Suka Ungkit Siang-2) ni cadangkan Bapak Kongsi Gelap Selangor ni jadi Ketua Polis Negara??

Ha ha ha ha ha… Aku nak tergelak dengan cadangan orang tua nyanyuk ni… Aku rasa jika cadangan tu diterima Anwar lagilah besar gelak aku… Jika cadangan tersebut direstui Nik Aziz, mmg aku pakat gelak berguling-guling…

Ada ke patut Bapak Gangster Selangor ni jd IGP. Bukan makin kurang jenayah. Makin berlambak la jenayah kat Malaysia ni. Dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan menimbun-nimbun. Yang pastinya segala kongsi gelap, ah long dan penjenayah di Malaysia ni akan bersorak kegembiraan

Selanjutnya bacalah blog ni: UNSPIN: LKS whacking IGP Musa Hasan to get Anwar’s man in?

Isu arak: Hassan Ali desak Ronnie Liu ditukar

Tinggalkan komen

TEGAS… Pesuruhjaya PAS Selangor ketika menemui wartawan di pejabatnya di Shah Alam hari ini. PAS mendesak Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kerajaan tempatan, Ronnie Liu digantikan dengan orang lain ekoran isu ahli politik campur tangan dalam isu rampasan arak oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebentar tadi.

“PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

“PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan,” katanya.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

“Perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri esok… Exco PAS akan bawa isu ini,” katanya.

Dalam pada itu menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Bagaimanapun menurut beliau, langkah sedemikian tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam di negeri ini.

“PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya di sisi Islam dan bukan untuk mengganggu-gugat hak masyarakat bukan Islam.

Oleh itu jelasnya, PAS Selangor kesal apabila inisiatif untuk mengawal pengurusan penjualan dan aktiviti minum arak di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak tertentu.

Keputusan terhadap gesaan tersebut menurut Hasan dicapai dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Selangor kelmarin.

Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.

Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.

Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

Bagi memastikan enakmen berhubung arak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, PAS Selangor juga akan mengeluarkan satu deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Deraf berkenaan bukan satu undang-undang baru, sebaliknya hanya sebagai peraturan yang boleh digunakan oleh kesemua 12 PBT yang ada di Selangor.

“Sekarang ini hanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang boleh ambil tindakan, jadi sekarang ini kita nak bagi kuasa itu kepada penguatkuasa PBT juga,” katanya.

Sumber: http://www.mstar.com.my

Nampaknya Hasan Ali dah keluar dari gua hantu, tempat pertapaannya. Setelah sekian lama bertapa, barulah dia keluar dan mengeluarkan kenyataan ini. Di harap apa yang dinyatakan oleh PAS Selangor biarlah serius. Bukanlah sekadar melepaskan batuk ditangga. Ataupun bila disergah oleh Ronnie Liu dan ahli kongsi gelapnya, PAS Selangor terus jadi bisu… Apapun tahniah kepada Hasan Ali, kerana anda berjaya. Tapi nanti dulu, kejayaan anda pasti lebih besar jika 2 kilang arak di Selangor anda tutup.

MBSA akhirnya tunduk kepada kehendak Ronnie…

Tinggalkan komen

Hairan, rampasan MBSA dipulang

SHAH ALAM – Menghairankan apabila tidak sampai tempoh 24 jam Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas 70 tin termasuk botol minuman beralkohol dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku D 8/D, Seksyen 8 dekat sini, Rabu lalu, namun pihak terbabit memulangkan barangan tersebut petang kelmarin.

Difahamkan, dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, dua pegawai MBSA merampas kesemua minuman beralkohol setelah menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan yang lalu bahawa premis tersebut menjual minuman haram itu kepada pembeli beragama Islam.

Rentetan aduan itu, MBSA melakukan serbuan dan merampas sebilangan minuman beralkohol pelbagai jenama yang dipercayai mengandungi lebih lima peratus kandungan alkohol.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis kali keempat 2009, Majlis telah memutuskan satu dasar mengenai aktiviti penjualan minuman keras di bawah kadar lima peratus kandungan alkoholnya di premis kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit di seluruh kawasan pentadbiran MBSA.

Dasar tersebut adalah larangan menjual minuman keras di kawasan pentadbiran Majlis dari Seksyen 1 hingga Seksyen 24 dan di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam.

Penguatkuasaan ke atas penjualan minuman keras di premis kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.

Timbul tanda tanya di sini apabila anggota MBSA memulangkan semula minuman beralkohol itu kira-kira jam 4 petang kelmarin iaitu tidak sampai tempoh 24 jam barangan itu dirampas.

Kedai serbaneka tersebut difahamkan telah diberi notis pemberitahuan dan larangan kepada premis terbabit sebanyak dua kali iaitu pada Mei dan Julai lalu termasuk 42 cawangan lain premis itu di seluruh kawasan pentadbiran MBSA.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor berkata, beliau mengesahkan rampasan minuman beralkohol dan penyerahan semula bara-ngan itu kepada pihak terbabit.

“Dasar majlis yang telah diputuskan tidak akan ada pembaharuan namun kita akan memberhentikan seketika operasi itu sehingga mendapat arahan daripada Kerajaan Negeri,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Tinjauan Sinar harian di kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit di Seksyen 18, 19, 20 dan 24 mendapati masih terdapat beberapa premis menjual minuman beralkohol walhal kesemua peniaga telah dimaklumkan berhubung keputusan dasar majlis yang melarang penjualan minuman beralkohol.

Sumber: Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story3007149.asp

Ronnie Liu Arah MBSA Pulangkan Rampasan Arak?

Tindakan Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu mengarahkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di sini kelmarin akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu dan mendapatkan penjelasan daripada Ronnie yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri tentang apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya akan menyiasat perkara ini dan mendapatkan penjelasan daripada Exco terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 di Auditorium Sirim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ronnie yang mengarahkan anggota penguat kuasa MBSA memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini kelmarin.

Mengulas isu penjualan minuman keras di bandar raya ini yang menimbulkan perbezaan pendapat antara wakil rakyat Pas dan DAP, Khalid berkata, minuman keras masih boleh dijual di premis di bandar raya ini tetapi perlu mempunyai lesen dan dibuat secara tertutup.

Bagaimanapun ujar beliau, kerajaan negeri masih dalam proses untuk menentukan garis panduan supaya penjualan minuman keras dibuat secara tertib dan berhemah bagi mengelak kesan sampingan khususnya kepada orang Islam.

Jelasnya, asas kepada peraturan yang masih dalam kajian itu ialah orang Islam diharamkan membeli dan menjual arak dan penjualan minuman keras kepada bukan Islam pula perlu dibuat secara tertib.

“Kita baru mengadakan perjumpaan dengan operator dan pengendali premis yang beroperasi di sini kira-kira dua bulan lalu. Kita jangka dalam tempoh tiga dan empat bulan akan datang baru kita boleh buat keputusan.

“Kita perlu melihat dan faham apa peraturan yang dibuat di negeri lain termasuk yang dipraktikkan di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat Pas dan DAP berbeza pendapat mengenai peraturan penjualan minuman keras di bandar raya ini berikutan Pas mahu kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan yang majoriti penduduk beragama Islam.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan keras wakil rakyat DAP dengan alasan peraturan itu tidak adil bagi orang bukan Islam.

Tindakan Ronnie jelas tidak menghormati MBSA. Malah undang-undang dibuat oleh Kerajaan Selangor sendiri juga tak dipatuhi. Inilah jika Khalid Gagap jadi Pak Turut aje. Akhirnya Kerajaan Selangor ditimpa masalah tanpa henti, akibat samseng tua sorang ni… Khalid Gagap, elok nko berhentilah jadi MB, biar je Ronnie jadi MB Selangor…

Ronnie kata bir bukan minuman keras, habis apa? Air mineral?

Tinggalkan komen


Nampaknya Ronnie Liu cuba menipu umat Islam Selangor, khususnya seluruh Malaysia. Ronnie mengatakan bir bukan minuman keras. Oh adakah beliau hendak mengatakan bahawa bir itu air mineral atau minuman ringan seperti 7Up? Pepsi? Coca-Cola?

Mr Ronnie, kita umat Islam satu Malaysia nak bagitau sama lu, kita orang bukan BODO!! Wei apek tua… Lu jangan la cuba mau tipu kita orang… Kita orang bukan BODO mcm lu sangka… Yang BODO ialah Hassan Ali, kerana buat pekak, buat tuli dan buat bisu…

Mr Ronnie, penduduk beragama Islam di Shah Alam mahu lu mintak maaf… Lu sudah permainkan agama kitaorang…

Pendedahan: Rumah Mewah Pemimpin Pakatan Rakyat

Tinggalkan komen


Bila isu banglo Khir Toyo, ramai kalangan puak jumud pembangkang ini mengatakan ianya hasil rasuah. Ada pula yang merupakan penilai tak bertauliah mengatakan nilai banglo Khir Toyo tu puluhan ribu ringgit… Akan tetapi setelah Khir Toyo menunjukkan bukti bahawa banglo tersebut dibeli melalui pinjaman bank, ramai yang tidak percaya… Malah tetap mengatakan ianya hasil rasuah dan penyelewengan… So bagaimana dengan pemimpin Pakatan Rosak pula? Mereka tak duduk kat banglo mewah ke? Ini aku tunjukkan bagaimana rupa banglo mereka…

Rumah Al-Juburi

Pandangan dari sebahagian sisi rumah baru Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Anwar berpindah dari rumah lama di Damansara pada awal Januari 2007. Rumah lama di Damansara bernilai RM2 juta, dan rumah baru (villa), di Bukit Segambut dianggarkan lebih dari 7 juta.

Banglo Mewah Anwar 2

Bagaimana dengan pemimpin Pakatan Rosak lain pula?

Rumah mewah Lim Guan Eng (KM P.Pinang)

Banglo Mewah Lim Guan Eng

Rumah mewah Khalid Gagap (MB Selangor)

Banglo Mewah Khalid Ibrahim

Anwar juga membeli bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru.
Tidak dapat dipastikan berapa nilai rumah di Sekyen 16, Petaling Jaya, yang dijadikan pejabat peribadi Anwar. Kondomium misteri yang pernah dimasuki Anwar bernilai RM2.2 juta. Banyak betul duit Anwar, sedangkan beliau hanya berjawatan Ketua Umum PKR.

Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV. Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai. Rumah beliau juga dilengkapi dengan pondok pengawal keselamatan.
Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya.

Jika kita fikirkan,…dari manakah duit yang diperoleh Anwar serta keluarga untuk mengumpul harta-harta semewah seperti ini???
Adakah dgn cara menjadi Ahli Parlimen (anwar & anaknya) mampu untuk mengumpul wang sebanyak itu???
Adakah dgn kutipan derma wang rakyat melalui ceramah-ceramah perdana beliau di seluruh negara mampu membuatkan beliau begitu kaya???

Pembangkang sibuk mendedahkan kekayaan pemimpin-pemimpin BN sejak akhir-akhir ini,…tetapi pemimpin Pakatan Rakyat juga apa kurangnya???…
Lihat saja harta-harta kekayaan Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim …dll.
Mereka belumpun sepenggal menjadi EXCO/MP/ADUN….

Petikan dari blog: Suara Demokrasi Malaysia

Apa nak dihairankan, pemimpin Pakatan Rosak ni ligat merompak wang rakyat melalui cara yang agak terhormat tetapi menipu. Contohnya kes penyelewengan DAP Selangor yang mastermindnya Ronnie Liu dan Yong Hian Wah. Mereka memalsukan invois semata-mata mahu mengaut kekayaan mudah.

Duit zakat selangor akan masuk kantung DAP?

4 Komen

Dulu adun kota damansara Dr. Nasir dalam sidang dun meminta kerajaan negeri menyalurkan wang zakat kepada semua kaum, semua kaum tu bermaksud wang zakat orang islam turut juga di nikmati oleh kaum cina dan kaum india.

Tapi itu cerita setahun lalu, kini Ronnie Liew ketika dalam mesyuarat exco kerajaan negeri mengusulkan supaya wang zakat di gunakan untuk membailout berberapa anak syarikat kerajaan negeri yang hampir mampos, permintaan ronnie tu turut di sokong oleh berberapa adun cina dan india, xavier jayakumar adun seri andalas meminta kerajaan negeri melalui baitumal dan jabatan agama islam selangor memulangkan atau menukar status tanah-tanah wakaf yang terbiar kepada kerajaan negeri selangor untuk di kormesialkan.

Setelah tanah-tanah wakaf ini di tukar statusnya mereka juga meminta untuk di jual tanah-tanah ni sekiranya ia mempunyi nilai kormesil, wang itu boleh digunakan untuk membayar elaun-elaun ahli majlis seluruh selangor yang kini tertunggak mencecah puluhan ribu ringgit.

Desakan ini sebenarnya datangnya dari berberapa exco pakatan haram yang bukan beragama islam, mereka melihat terdapat banyak tanah-tanah wakaf orang islam yang terletak di kawasan stratigik, sekiranya di jual boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada kerajaan negeri selangor.

Rodziah yang juga adun batu tiga pernah membuat janji-janji pilihanraya kepada penduduk ladang midland untuk memberikan tanah wakaf milik orang islam kepada berberapa persatuan hindu, alasannya ialah, “ia hanya status, wakaf hanya terletak pada perkataan sahaja, kalau kita tukar statusnya maka tanah itu sudah menjadi tanah kormesil”, korang bayangkan la kalau seorang adun melayu sanggup bagi tanah wakaf orang islam kepada hindu, ape nak jadi dengan nasib orang melayu kalau pakatan haram dapat perintah malaysia.

Soalnya sekarang ini, boleh ke tanah wakaf di tukar statusnya menjadi tanah industri? bolehkah wang zakat orang islam di gunakan untuk membailout anak syarikat kerajaan negeri yang status perniagaannya dan pelaburannya boleh di ragui? sedangkan beribu lagi orang islam di selangor ni masih memerlukan bantuan wang zakat, apa keuntungan yang orang islam dapat sekiranya tanah wakaf ini di kormesilkan? dan adakah tindakkan ini mendapat tentangan dari pada exco atau adun pakatan haram yang beragama islam?

Petikan Dari Blog: Darul Ehsan Today

Ha ha ha bagus Khalid Gagap. Ko ikut la cakap dua orang kafir tu. Maka perjalanan anda ke neraka kelak lebih mudah. Nanti guna la duit baitulmal, duit anak yatim dan duit kerajaan lagi. Pastu tak cukup mintak kat Kerajaan Persekutuan lagi.

SPRM terima maklumat penyelewengan DAP Selangor

2 Komen


KUALA LUMPUR 24 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat mengenai sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya ada dimaklumkan berhubung laman blog itu namun saya belum lagi melihatnya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya hari ini mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco berkenaan.

Dakwa laman blog itu, Exco berkenaan dikatakan telah mencipta projek, syarikat dan invois palsu bagi membolehkan mereka mengeluarkan peruntukan ADUN sebanyak RM500,000.

“Ini sebenarnya kes kecurian kerana jika rasuah, seseorang itu memperoleh duit secara haram daripada individu yang lain,” dakwa blog itu.

Antara lain, blog itu mendakwa seorang individu telah memperoleh sehingga 84 projek berlainan bernilai lebih RM200,000 secara rundingan terus bagi tahun 2008 di kawasan DUN Exco tersebut.

Penulis blog itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘T4TBH’ atau ‘truth for Teoh Beng Hock (kebenaran untuk Teoh Beng Hock)’ turut mendakwa mendiang telah meninggalkan salinan bukti berupa senarai lebih 300 projek kecil tersebut.

“Bagi menyelamatkan diri, Beng Hock telah membuat salinan semua dokumen, lengkap dengan nama syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan parti pembangkang dan Exco Selangor.

“Mendiang kemudiannya meninggalkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyelewengan tersebut yang disimpan di dalam cakera keras kepada seseorang,” dakwa blog itu lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah menafikan dakwaan beliau terlibat dalam aktiviti mengelapkan wang peruntukan pembangunan ADUN.

Katanya, dakwaan tersebut yang disiarkan dalam laman blog hari ini adalah tidak berasas dan satu cubaan untuk memburukkan imej beliau serta ADUN DAP di Selangor.

“Saya nak jelaskan dakwaan dalam blog mengenai saya adalah tidak benar, tidak berasas dan hanya mahu memburukkan nama saya serta ADUN pakatan pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hian Wah yang juga Exco kerajaan negeri menjelaskan mungkin ada pihak tertentu yang mahu mengenakannya dengan mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa Beng Hock.

Sumber: Penyebar Fikiran Rakyat

Aku pun melawati blog tersebut Truth for Teoh Beng Hock… So apa yang aku boleh kata…. WOW!!! Dasatnya penyelewengan DAP Selangor, patutlah Khalid gagap kata Selangor takde duit… Rupanya ada TOYOL… Tapi toyol ni bukan toyol melayu, tapi toyol cina… Mata sepet… Berpakaian kemas dan segak macam manusia jugak, tapi otak penipu nombor satu… Padan muka Khalid kena tipu dek DAP… Basa kepala nko kena kencing… Giler hape… Melampau-lampau kos satu-satu projek, terutamanya projek yang berkaitan penerangan isu-isu semasa yang memakan kos RM 10 ribu!!! Wa wa wee!! Gile kentang…. Apapun, Ronnie Liu pasti terkencing-kencing sekarang… Tapi Yong Hian Wah pulak cuba kencing media, dalam keadaan dia menahan kucil takut kebenaran terbongkar…

DAP campur tangan dalam operasi PBT di Selangor?

Tinggalkan komen


Oleh Teruna Kelana

Peristiwa ini diberitahu oleh seorang rakan rapat dan berlaku beberapa bulan lepas. Katnya, ini sudah jadi satu perkara lumrah di negeri Selangor sejak Majlis Perbandaran Tempatan (MPT) di bawah kuasa Ronnie Liu.

Majlis Perbandaran Subang sedang menjalankan tugas untuk menyerbu masuk sebuah kedai kerana ada laporan komplen dari orang ramai. Apabila mereka ingin masuk kedai, peniaga itu enggan membenarkan orang-orang Majlis masuk. Mereka tidak peduli dan menghormati lamgsung kuasa pihak penguatkuasa.

Pada masa itu berlakulah pertikaman lidah antara pihak penguatkuasa dengan tuan punya kedai tersebut. Tiba-tiba muncul Wakil Parlimen Puchong, Gobind Singh Deol. Nampaknya ada sorang dalam kedai telah menalipon MP mereka.

Sampai saja di situ, dia terus mengarahkan pihak penguatkausa supaya jangan lakukan apa-apa kerana dia akan menalipon YDP. Selesai saja dia talipon, dia terus kata, “Awak boleh balik. Business as usual.”

Tak lama kemudian pihak penguatkuasa mendapat arahan untuk pulang. Terang-terang dikhalayak ramai ahli politik telah masuk campur dalam urusan kerajaan tempatan. Inilah MPT di bawah pentadbiran Ronnie Liu.

Sepatutnya penguatkuasa dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka. Kedai itu akan ditutup sementara untuk urusan pemeriksaan dan jika tidak ada apa-apa masaalah, mereka boleh membuka perniagaan kemudian atau keesokkan hari.

Sudahlah pihak penguatkuasa tidak menjalankan tugas, rungutan orang ramai akan terbiar tidak diambil tindakan. Kenapa Gobind hanya pentingkan pekedai saja? Jeng jeng jeng …

Petikan dari blog: The Unspinners

DAP salah guna kuasa takpe, jangan BN. Kalo BN salah guna kuasa, diorang arak satu kampung, jaja satu kampung…

Older Entries Newer Entries