Bahagian 3: Awas!! Bahaya Mazhab Khawarij!

Tinggalkan komen

Bahagian 3: Awas!! Bahaya Mazhab Khawarij!

Selain itu, mereka juga dikenali memiliki keyakinan (fahaman) bahawa sesiapa sahaja yang melakukan dosa besar adalah kafir. Walaupun adakalanya penetapan dosa tersebut hanya pada andaian mereka semata-mata. Mereka juga terkenal dengan sikap terburu-buru dalam menyesat dan mengkafirkan umat Islam atas alasan dosa besar.

Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:

ومن خرج على إمام من أئمة المسلمين فهو خارجي قد شق عصا المسلمين وخالف الآثار وميتته ميتة جاهلية ولا يحل قتال السلطان ولا الخروج عليه وإن جار وذلك

“Dan sesiapa yang keluar dari ketaatan terhadap para pemerintah umat Islam maka mereka termasuk golongan khawarij. Mereka bertindak memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan menentang sunnah. Sekiranya mereka mati, matinya adalah mati jahiliyyah. Tidak boleh mengangkat senjata memberontak (atau memerangi) pemerintah dan tidak boleh keluar dari ketaatan terhadapnya walaupun pemimpin tersebut seorang yang jahat.” (Syarhus Sunnah, no. 33)

Para ulama ahlus sunnah menjelaskan pemberontakan terhadap pemerintah yang paling ringan adalah memusuhi dengan hati, kemudian celaan atau hasutan kebencian dengan lisan, dan yang paling berat adalah dengan tangan dan senjata. Menurut Imam asy-Syahrastani rahimahullah (Wafat: 548H) dalam kitabnya al-Milal wa an-Nihal, pemerintah dalam persoalan ini tidak terhad kepada zaman ketika Khulafa’ al-Rasyidin atau tabi’in semata-mata, tetapi juga termasuk para pemerintah umat Islam di setiap zaman. Sama ada pemerintah yang adil, zalim, mahupun yang fasiq. Ini sebagaimana kata beliau:

الخوارج والمرجئة والوعيدية كل من خرج عن الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يسمى خارجيا سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين أو كان بعدهم على التابعين بإحسان والأئمة في كل زمان

“Al-Khawarij, al-Murji’ah, dan al-Wa’idiyyah digunakan untuk menyebut semua kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah yang sah dan diperakui oleh jama’ah (majoriti) umat Islam. Istilah khawarij digunakan untuk menyebut kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan dan tidak mengakui keabsahan pemerintah yang dilantik sama ada pada zaman para sahabat, khulafa’ur Rasyidin, tabi’in, atau pada masa setelah itu di setiap zaman.” (al-Milal wa an-Nihal, 1/113 – Daar al-Ma’rifah)

Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menegaskan bahawa khawarij adalah kaum yang jahat lagi derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka dikenali rajin beribadah seperti solat malam, berpuasa, dan membaca al-Qur’an, tetapi kebaikan mereka ini sedikitpun tidak memberi manfaat. Kerana mereka memahami nash-nash agama dengan kaedah dan tafsiran yang menyeleweng lagi mengikuti hawa nafsu. Kata beliau:

لم يختلف العلماء قديماً وحديثاً أن الخوارج قوم سوء، عصاة لله عز وجل ولرسوله صلى الله عليه وسلم، وإن صلوا وصاموا، واجتهدوا في العبادة ، فليس ذلك بنافع لهم، وإن أظهروا الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، وليس ذلك بنافع لهم، لأنهم قوم يتأولون القرآن على ما يهوون، ويموهون على المسلمين. وقد حذرنا الله عز وجل منهم، وحذرنا النبي صلى الله عليه وسلم ،وحذرناهم الخلفاء الراشدون بعده، وحذرناهم الصحابة رضي الله عنهم ومن تبعهم بإحسان رحمة الله تعالى عليهم. والخوارج هم الشراة الأنجاس الأرجاس، ومن كان على مذهبهم من سانر الخوارج، يتوارثون هذا المذهب قديماً وحديثاً، ويخرجون على الأئمة والأمراء ويستحلون قتل المسلمين

“Para ulama sepakat menyatakan bahawa khawarij adalah suatu kaum yang jahat dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka solat, berpuasa, dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tetapi kebaikan yang mereka usahakan itu tidaklah memberi sebarang manfaat sedikitpun untuk mereka kerana mereka telah menyelewengkan makna ayat-ayat al-Qur’an bersesuaian dengan hawa nafsunya. Mereka juga menonjolkan amalan amar ma’ruf nahi mungkar, tetapi ia tidak bermanfaat bagi mereka. Kerana mereka gemar menafsirkan al-Qur’an dengan hawa nafsu dan menipu umat Islam. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah memberi peringatan kepada kita dari bahaya dan kesesatan mereka. Begitu juga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para khulafa al-Rasyidin, para sahabat radhiyallahu ‘anhum, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik turut mengingatkan. Khawarij ini dan yang sealiran dengannya adalah orang-orang yang jahat, najis, dan kotor. Mereka saling mewarisi fahaman sesat ini sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mereka memisahkan diri dari para pemerintah umat Islam, sehingga ada dari mereka yang menghalalkan tindakan membunuh umat Islam.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/22)

Kemudian beliau memberikan satu peringatan tegas untuk kita semua dengan katanya:

قد ذكرت من التحذير عن مذاهب الخوارج ما فيه بلاغ لِمن عصمه الله عَزَّ وَجَلَّ الكريم، عن مذهب الخوارج، ولَم ير رأيهم وصبر عَلَى جَوْر الأئمة، وحَيْف الأمراء، ولَم يَخرج عليهم بسيفه، وسأل الله العظيم كشف الظلم عنه، وعن جَميع المسلمين، ودعا للولاة بالصلاح، وحجَّ معهم، وجاهد معهم كل عدو للمسلمين، وصلى خلفهم الجمعة والعيدين، وإن أمروه بطاعتهم فأمكنته طاعتهم أطاعهم، ولِمن لَم يُمكنه اعتذر إليهم، وإن أمروه بِمعصية لَم يطعهم، وإذا دارت بينهم الفتن لزم بيته، وكفَّ لسانه ويده، ولَم يَهو ما هُم فيه، ولَم يُعن عَلَى فتنته، فمن كَانَ هذا وصفه كَانَ عَلَى الطريق المستقيم إن شاء الله تعالَى

“Sungguh-sungguh aku telah menyebutkan peringatan (tahdzir) terhadap mazhab khawarij. Yang mana pada peringatan tersebut mengandungi khabar bagi orang yang dipelihara oleh Allah ‘Azza wa Jalla yang maha Mulia dari mazhab al-khawarij, dan tidak supaya berpegang dengan mazhab mereka, dan hendaklah bersabar dengan kezaliman para pemimpin, juga dengan ketidak-adilan pemimpin, dan tidak keluar dari ketaatan kepada mereka dengan senjata (pedang). Kita berharap kepada Allah yang maha Agung supaya menghilangkan kezaliman darinya, juga dari semua kaum muslimin, dan mendoakan para pemimpin dengan kebaikan. Juga bersama-sama dengan mereka dalam melaksanakan haji, berjihad menentang musuh umat Islam, solat juma’at dan solat dua hari raya bersama mereka. Sesiapa yang bersifat seperti ini bererti dia berada di atas jalan yang lurus, insyaAllah.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/37)

Bersambung…

Bahagian 2: Awas!! Bahaya Mazhab Khawarij!

Tinggalkan komen

Bahagian 2: Awas!! Bahaya Mazhab Khawarij!

Ketika membahaskan hadis-hadis ini dan yang berkaitan, Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) menyatakan dalam kitabnya Talbis Iblis di bab perbahasan Khawarij, “Dzul Khuwaishirah adalah tokoh khawarij yang pertama sekali muncul dalam sejarah Islam. Ia menganggap dirinya dalam kebenaran berdasarkan sangkaannya semata-mata. Dia tidak memahami bahawa pendapat Rasulullah-lah yang perlu diutamakan dan didahulukan berbanding segala pandangan yang lain. Kemudian daripada Dzul Khuwaishirah ini lahir pula kelompok yang memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu. (Rujuk: Talbis Iblis, m/s. 81-82 – Maktabah Syamilah)

Fitnah-fitnah pemisahan dari ketaatan terhadap pemerintahan ‘Ali tersebut pun akhirnya mengobarkan api kebencian dan pemberontakan. Termasuk di dalamnya adalah fitnah perang Jamal dan Siffin yang mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri akibat diapi-apikan oleh kelompok ketiga berideologikan khawarij.

Pada sela-sela masa seterusnya muncullah tokoh-tokoh khawarij lainnya mewarisi ideologi dua tokoh utama mereka ini (Dzul Khuwaishirah dan ‘Abdullah B. Saba’). Antaranya adalah seperti ‘Abdullah B. Muljam yang telah membunuh ‘Ali radhiyallahu ‘anhu ketika sedang keluar untuk solat Subuh dengan pedang yang disapu racun. Manakala sekutu ‘Abdullah B. Muljam iaitu al-Barak B. ‘Abdullah dan Amr B. Bakar at-Tamimi yang merancang membunuh Mu’awiyah B. Abu Sufiyan dan Amr B. Al-‘Ash. ‘Abdullah B. Muljam adalah seorang yang kuat beribadah dan hebat bacaan al-Qur’annya, namun sayang manhaj berfikirnya menyimpang dari methodologi para sahabat dalam memahami nash-nash agama.

Di zaman al-Hasan B. ‘Ali radhiyallahu ‘anhuma, ketika beliau hendak melaksanakan perdamaian dan menyerahkan pemerintahan kepada Mu’awiyah B. Abu Sufiyan, muncul pula tokoh bernama al-Jarrah B. Sinan. Beliau tampil mencela al-Hasan dan Ayahnya ‘Ali radhiyallahu ‘anhu. Tanpa teragak-agak, al-Hasan pun membunuhnya.

Setelah fasa pemerintahan ‘Ali hingga Mu’awiyah B. Abu Sufiyan, muncul pula nama Mirdas B. Udayyah dan Nafi’ B. Al-Azraq. Mirdas B. Udayyah adalah tokoh yang lahir dari serpihan pemberontak di zaman ‘Ali radhiyallahu ‘anhu yang kemudiannya memimpin pemberontakkan menentang pemerintahan Yazid B. Mu’awiyah. Di antara sikap beliau adalah suka mencari-cari kesalahan pemimpin dan mencanangnya untuk memburuk-burukkan.

Daripada Ziyad B. Kusaib, beliau menceritakan:

كُنْتُ مَعَ أَبِي بَكْرَةَ تَحْتَ مِنْبَرِ ابْنِ عَامِرٍ وَهُوَ يَخْطُبُ وَعَلَيْهِ ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَقَالَ أَبُو بِلَالٍ انْظُرُوا إِلَى أَمِيرِنَا يَلْبَسُ ثِيَابَ الْفُسَّاقِ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ اسْكُتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَهَانَ سُلْطَانَ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ أَهَانَهُ اللَّهُ

Pada suatu masa pernah aku berada tepat di bawah mimbar Ibnu ‘Amir bersama-sama Abi Bakrah. Ketika itu Ibnu ‘Amir sedang memberi khutbah dengan mengenakan pakaian yang nipis (jarang). Lalu Abu Bilal berteriak, “Lihatlah pemimpin kita ini, dia mengenakan pakaian orang fasiq!”

Maka, Abi Bakrah pun berkata, “Diamlah, bahawasanya aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan menghinakannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Fitan, 8/164, no. 2150. Al-Iraqi berkata, isnadnya sahih dan at-Tirmidzi menghasankannya, Takhrij Ahadits al-Ihya’, 5/246, no. 2246. Al-Albani mensahihkannya, Shahih Sunan at-Tirmidzi, 5/224, no. 2224)

Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata:

أبو بلال هذا هو مرداس ابن أدية، خارجي، ومن جهله عد ثياب الرجال الرقاق لباس الفساق

“Abu Bilal dalam hadis tersebut adalah Mirdas B. Udayyah, seorang yang berfahaman Khawarij. Disebabkan kebodohannya, beliau pun menganggap pakaian nipis bagi kaum lelaki sebagai pakaian orang fasiq.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 3/20 dan 14/508)

Kisah-kisah berkaitan kekacauan akibat fitnah ideologi khawarij ini tidak berhenti setakat itu. Bahkan ia terus berlangsung seiring dengan beredarnya zaman. Termasuklah zaman kita hari ini.

Di antara syi’ar utama kelompok khawarij ini adalah mereka sentiasa berusaha mengambil kesempatan di atas kelemahan para pemerintah umat Islam bagi tujuan memisahkan diri dari ketaatan terhadap kepimpinannya dan berhajat mengambil alih tampuk kuasa tersebut dengan apa jua cara walapun jelas dilarang oleh agama. Mereka menganggap perbuatan memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintah sebagai salah satu bentuk sarana amar ma’ruf nahi mungkar dan termasuk amalan jihad yang mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Bersambung…

Bahagian 1: Awas!! Bahaya Mazhab Khawarij!

Tinggalkan komen

Bahagian 1: Awas!! Bahaya Mazhab Khawarij!

Mengusik kehormatan dan kredibiliti pemerintah dengan cara memaki-hamun, mencela, menyebarkan aibnya, dan mengkritik mereka secara terbuka adalah satu bentuk kesalahan yang amat besar di sisi Islam. Bahkan ia termasuk benih-benih pemberontakkan terhadap pemerintah yang menjadi sebab rosaknya agama, tergugatnya keamanan, dan menghilangnya kemaslahatan dunia sekaligus.

Perbuatan mengecam dan memburuk-burukkan pemerintah adalah satu bentuk bid’ah yang sengaja diada-adakan dalam perlaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar. Ia mula dicipta oleh seorang tokoh Yahudi bernama ‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura memeluk Islam ketika zaman pemerintahan Khalifah ‘Utsman B. Affan radhiyallahu ‘anhu. Disebabkan fitnah yang direka dan disebarkan oleh ‘Abdullah B. Saba’ inilah akhirnya sejarah Islam menjadi kacau-bilau sehingga terbunuhnya ‘Utsman dan ‘Ali. Ideologi yang beliau cetuskan tersebut kemudiannya makin tersebar hingga meracuni dan memperdaya sebahagian kelompok umat Islam setelah itu yang mengakibatkan munculnya firqah-firqah sesat seperti Khawarij dan syi’ah, yang kemudiannya dari Khawarij lahirnya Murji’ah, Qadariyah, dan Muktazilah.

Lebih awal dari itu, pemikiran mencela pemimpin secara terbuka ini juga telah wujud sejak hayat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lagi. Bahkan celaan tersebut diungkapkan terus kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tanpa segan-silu di hadapan umum. Orang yang mencela Rasulullah tersebut dikenali sebagai Dzul Khuwaishirah sebagaimana kata Imam Ibnul Jauzi. Beliau menuntut Rasulullah supaya berlaku adil dan bertaqwa kepada Allah kerana pada anggapannya Rasulullah telah berlaku khianat dalam suatu proses pembahagian harta ghanimah ketika itu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada ketika itu pun marah dengan celaannya lalu mengatakan:

وَمَنْ يَعْدِلُ إِذَا لَمْ أَعْدِلْ قَدْ خِبْتَ وَخَسِرْتَ إِنْ لَمْ أَكُنْ أَعْدِلُ

“Celakalah engkau, siapa lagi yang dapat berlaku adil jika aku dikatakan tidak adil? Benar-benar celaka dan rugi jika aku tidak dapat berlaku adil.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 11/442, no. 3341)

Kemudian orang tersebut pun berlalu pergi.

Dalam riwayat yang lain setelah orang ini pergi, Rasulullah pun bersabda (kepada para sahabatnya yang hadir ketika itu):

إِنَّ مِنْ ضِئْضِئِ هَذَا قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنْ الرَّمِيَّةِ يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَيَدَعُونَ أَهْلَ الْأَوْثَانِ لَئِنْ أَدْرَكْتُهُمْ لَأَقْتُلَنَّهُمْ قَتْلَ عَادٍ

“Sesungguhnya daripada orang ini akan muncul sekumpulan manusia yang hebat membaca al-Qur’an tetapi bacaannya tidak melepasi kerongkongan. Mereka terlepas dari batas-batas Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya (buruannya). Mereka membunuh ahlul Islam dan membiarkan hidup ahlul Autsan (penyembah berhala). Jika aku sempat menemui mereka, nescaya akan aku perangi (bunuh) mereka sebagaimana dibunuhnya kaum ‘Aad.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/441, no. 6880)

Bersambung…

Ini Bukti Di Tangan Saya Penyelewengan Yang Dilakukan UMNO – Al Juburi

Tinggalkan komen

Al Juburi Tunjuk Bukti Penyelewengan UMNO/BN Dalam Ceramah PAS??

Berikut adalah antara isi kandungan ceramah Al Juburi di dalam sebuah ceramah anjuran PAS…

“Tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Di tangan saya ini adalah antara BUKTI penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO dan BN semasa zaman Mahathir memerintah. Bukti ini antara dokumen rahsia kerajaan yang berkotak-kotak saya simpan”

Waaaahhh… Ada bukti tu… Awat tak fotostat pastu edar kat semua penonton?? At least diorang akan tahu akan kebenaran dokumen tersebut…

Tapi eXception pasti, Al Juburi takkan dedahkan kandungan dokumen di dalam tangannya kerana sebenarnya dokumen tersebut ialah…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Kah kah kah kah kah kah!! Sejak dari tahun 2007 lagi dok dengar mende yang sama… Ada dokumen rahsia kerajaan berkotak-kotak… Keh keh keh keh… Mana dokumen tersebut?? Kih kih kih kih kih!! Ke cuma KOTAK KOSONG jer??

PAS Kelantan Tagih Janji Datuk Seri Najib?

Tinggalkan komen

PAS Kelantan Tagih Tebatan Banjir Dari Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Kelantan Buat Apa?

TUMPAT, 10 Jan: Penduduk Kelantan khasnya di daerah Tumpat tertanya-tanya bilakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menunaikan janji membina sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas.

Ini kerana, janji itu masih terngiang-ngiang di telinga mereka ketika Najib berkempen menjelang pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember 2005 lalu.

“Mana janji Kerajaan Persekutuan untuk membina Sistem Tebatan Banjir di Jajahan Pasir Mas ? Masih ingat janji PM semasa PRK Pengkalan Pasir?” tanya seorang rakan Facebook Mohd Zaki Ibrahim, Adun Kelaboran.

“Masa tu 2005 Najib mari letak batu asas jah….lepas tu balik Perak, tak mari-mari,” jelas Zaki yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dalam facebooknya.

Hari ni Zaki dan rakan-rakannya (gambar: Zaki baju hijau berjeket di tengah) sempat menyampaikan sumbangan banjir kepada 200 penduduk yang terlibat dengan banjir di Kampung Ana, Tok Oh dan Cherang Melintang, Tumpat.

Baru-baru ini, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad membuat janji lagi akan melaksanakan projek tebatan banjir di Kelantan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia melibatkan belanja RM2 bilion iaitu di Sungai Golok.

Keadaan banjir di Kelantan pagi ini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara menurun kepada 3,190 orang berbanding 3,579 orang yang dilaporkan malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata jumlah pusat pemindahan yang dibuka masih kekal 22 buah sebagaimana malam tadi iaitu membabitkan daerah Kota Baharu, Tumpat dan Pasir Mas.

“Seramai 3,190 mangsa membabitkan 970 keluarga masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah negeri ini.

“Berdasarkan cuaca cerah dan panas kini, mangsa dijangka dibenarkan pulang secara berperingkat apabila keadaan banjir semakin pulih,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini ia telah mengorbankan tiga mangsa.

Sumber: Haramkah: Mana janji tebatan banjir Najib? (SKIP AD untuk papar page ini)

Pelik betul dengan PAS Kelantan. Masih lagi nak menagih projek dari kerajaan persekutuan? Bukankah Nik Aziz dah keluarkan fatwa, sebarang pemberian UMNO/BN adalah HARAM?? Jadi buat apa dok tadah tangan?

Lagipun kenapa mengharapkan kerajaan persekutuan? Apakah kerajaan negeri tak mampu asyik dok bergantung harap pada ihsan kerajaan persekutuan semata-mata? Masih tak cukupkah pemberian wang ehsan yang kerajaan persekutuan beri? Atau duit tersebut sudah licin disebat oleh pemimpin PAS yang rakus…

Pemimpin PAS memamg rakus, bukan setakat pokok balak disebatnya, duit rakyat, bini orang malah anak orang pun disebatnya… Apa nak jadi lah…

Kepada rakyat Kelantan, jika anda semua nak sangat projek tebatan banjir di Kelantan dari kerajaan persekutuan, mengapa masih lagi mahu bergantung kepada kerajaan negeri yang langsung tak mampu membangunkan negeri? Jadi untuk apa andanya kerajaan negeri jika bukan membangunkan negeri, bukan memperabiskan duit rakyat dan hasil bumi negeri sampai kering?

Oleh itu pada PRU13 nanti, hentikanlah sokongan anda kepada PAS yang tidak membawa sebarang pembangunan kepada Kelantan. Sudah berapa banyak peruntukan kerajaan persekutuan sudah salurkan melalui ECER dan NKEA. Cuba tanya Nik Aziz, berapa banyakkah kerajaan persekutuan dah salurkan kepada kerajaan Kelantan peruntukan? Ke mana perginya semua peruntukan tersebut? Adakah digunakan oleh kroni-kroni Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PAS lain untuk membeli banglo dan kereta baru?

Sedarlah rakyat Kelantan… Negeri Terengganu dan Kedah sudah lama membangun di bawah Barisan Nasional… Kini Kedah menghampiri Kelantan apabila ditadbir oleh PAS… Selangor juga yang merupakan antara negeri yang terkaya juga dikhabarkan bakal muflis… Bayangkan sebuah negeri boleh diisytiharkan muflis… Jika tidak kerana bantuan kerajaan Persekutuan, Kelantan sudah lama muflis… Menanggung hutang piutang lama yang menimbun seperti gunung… Bayangkan berapa banyak hutang kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan? Sedikit pun Kerajaan Persekutuan tak pernah ungkit dan menuntut hutang tersebut dibayar oleh Kerajaan Kelantan. Adakah mahu dikatakan Kerajaan Persekutuan zalim lagi? Kerajaan Persekutuan sudah bersikap toleransi dan boleh bertolak-ansur… Sedarlah…

Manakah janji Kerajaan Kelantan mahu menyediakan kemudahan air bersih? Kerajaan Kelantan hanya pandai menabur janji dengan mengatakan 17 tahun lagi baru rakyat Kelantan menikmati kemudahan air bersih, sedangkan negeri-negeri lain di bawah Barisan Nasional sudah lama menikmati kemudahan air bersih… Manakah janji-janji Kerajaan PAS Kelantan yang mendabik dada kononnya merupakan kerajaan berkebajikan… Adakah hanya kebajikan ditabur untuk orang kafir hingga berhala-berhala banyak dibina mengalahkan masjid tingginya? Bukankah Kerajaan PAS Kelantan sendiri yang zalim? Menzalimi rakyat kerana gagal menyediakan kemudahan air yang bersih. Zalim kerana gagal menyediakan masjid-masjid baru yang lebih selesa bagi menggantikan masjid yang lama?

eXception: Lihat Dunia Dari Mata Burung Atau Lihat Dari Dalam Tempurung… Mana Satu Engkau Pilih?

Masam Muka Bila Bayar Saman

5 Komen

Saman Oh Saman… Mengapa Kerajaan Harus Dipersalahkan?

Pagi ni aku terbaca dalam akhbar Utusan Malaysia berkenaan luahan hati seorang pengguna jalanraya yang marah apabila terkena saman ekor. Beliau melahirkan rasa tak puas hati dan marah apabila terpaksa menghabiskan RM 600 untuk membayar saman ekor. Beliau mengatakan akan meluahkan kemarahan tersebut pada pilihanraya umum yang akan datang dan yang pasti beliau akan memangkah parti lain.

Itulah yang sering terjadi apabila rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan. Serba-serbi tak puas hati… Itu tak puas hati, ini tak puas hati… Aku tak taulah apa yang boleh memuaskan hati rakyat Malaysia… Mungkin petrol percuma? rumah percuma? api dan air percuma? Mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu?

Salah siapa jika kita kena saman? Ketika dijalanraya, kita terlupa akan adanya Polis yang memerhatikan kita. Kita anggap kitalah raja di jalanraya boleh memecut sesuka hati biarpun sampai meter cecah bawah pun takpe.

Kita tak sedar Polis sedang melakukan speed-trap, dan sedar-sedar surat saman sampai di rumah. Ketika itu kita tak ingat kita bawak laju macam tak ingat dunia… Yang kita tahu ialah marah pada Polis dan kerajaan sebab kena saman…

Bila sampai masa nak bayar saman, mulalah muka masam mencuka, aku rasa cuka tengok muka dia pun takut… Hati penuh dengan perasaan marah, bengang, tak puas hati dan dendam… Mulalah berkira-kira nak melakukan protes pada pilihanraya akan datang…

Begitu juga sekiranya terjadinya kemalangan. Harus dipersalahkan kerajaan… Design jalan tak betul lah… Terlalu lurus laa… Selekoh tajam sangat la… Jalan licin la… Jalan kesat la…

Tetapi hakikatnya apa yang berlaku atas kita adalah kesilapan diri sendiri… KIta kena saman, salah sendiri juga sebab memecut melebihi had laju, melanggar lampu merah… Tetapi kita lupa, asyik nak salahkan orang lain… Sampai bilakah rakyat Malaysia nak sedar dari tidur!?

JANGAN MANSUHKAN COLA (ELAUN SARA HIDUP) KAMI!!

27 Komen


URA-URA COLA AKAN DIMANSUHKAN DAN GAJI CUMA DINAIKKAN 10%

Khabar-khabar angin yang bertiup mula meresahkan jiwa kakitangan awam. Terutama bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur yang sudah ramai tahu kos sara hidup di sana amat tinggi. Khabar yang bermain di minda samaada benar atau tidak. Khabar yang membawa berita bahawa kemungkinan elaun sara hidup kakitangan awam dimansuhkan dan gaji cuma dinaikkan sebanyak 10%. Pada mulanya kami jangka ianya akan diumumkan dalam Bajet 2010, tetapi lega ianya tidak dibentangkan. Kemudian baru-baru ini mendapat lagi khabar yang sama. Tidak pasti betul atau tidak…

Mungkin bagi kakitangan awam gred 40 ke atas tak terasa sangat. Tetapi bagi kami yang bergred rendah bakal mengalami seksanya. Apa keperluannya elaun sara hidup kami dimansuhkan? Apa faedah yang akan kami dapat jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Kami tidak dapat sebarang faedah, malah hidup kami makin terbeban.

Ramai yang berkeinginan memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja. Malah ada juga yang ingin mendirikan rumah tangga. Dari mana mereka dapat sumber kewangan tersebut? Sudah tentulah dari pinjaman bank. Bayangkan sekiranya gaji pokok hanya RM 800.00 kemudian dicampur dengan elaun tetap perumahan sebanyak RM 180.00 dan elaun sara hidup sebanyak RM 300.00. Maka gaji sebulan adalah RM 1280.00 sebulan. Kemudian terpaksa pula gaji dipotong untuk Tabung Haji, KWSP (bagi kakitangan yang baru), serta Angkasa. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM 40,000.00 dan perlu membayar melalui potongan gaji selama 10 tahun, maka setiap bulan Angkasa akan memotong sebanyak RM 600.00 . Berapa sangatkah yang tinggal? Itu belum lagi tolak sewa rumah, bil api dan air, bil telefon, bil internet serta minyak untuk kenderaan. Yang tinggal lebih kurang RM 300 sahaja. Bayangkan jika elaun sara hidup dimansuhkan. Apa yang tinggal? Habuk!! Habuk yang tinggal.

Maka selepas itu kes-kes rasuah akan terus meningkat. Kes-kes jenayah yang sebelum ini didominasi oleh warga asing sepeti rompakan, samun dan ragut akan didominasi oleh kakitangan-kakitangan awam. Apakah puncanya? Puncanya kerajaan sendiri yang tak mahu ambil tahu rintihan hati kami. Kerajaan hanya sibuk berpolitik siang dan malam. Mencari salah dan kesilapan pembangkang, tetapi tak mahu belajar kesilapan sendiri sewaktu pilihanraya umum yang lepas. Adakah kerajaan Barisan Nasional yang hampir tumbang dulu akan tumbang pada pilihanraya akan datang? Undi di tangan rakyat. Kebanyakan rakyat juga adalah kakitangan awam juga. Jika kerajaan sendiri silap membuat keputusan yang boleh membangkitkan kemarahan kakitangan awam. Jangan mengeluh atau melenting jika semua kakitangan awam seluruh Malaysia akan melakukan mogok. Kami bukan kuli! Kami bukan hamba abdi! Kami ada maruah! Kami ada kehidupan masing-masing! Semakin lama, harga barang dan minyak akan naik. Tetapi apa yang kakitangan awam dapat? Kenaikan gaji? Bila kenaikan yang kami dapat? Ini sahaja sudah cukup membuatkan kami terseksa. Apa lagi jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Hidup kakitangan awam bergred rendah makin tersepit. Jika sebelum ini kami makan mee segera sekali-sekala. Kali ini mungkin kami terpaksa menjadikan mee segera makanan asasi kami. Adakah menteri-menteri sekelian mahu lihat kami kakitangan awam mogok? Adakah kamu semua tahu apa akan terjadi jika semua mogok? Ekonomi Malaysia akan jatuh merudum. Pasaran saham terpaksa ditutup. Peristiwa Kemelesetan Ekonomi tahun 1997 bakal berlaku lagi, malah lebih teruk. Malah kes-kes perceraian akan berlaku apabila suami tidak lagi mampu menyara keluarga. Malah lebih teruk akan ada ramai kakitangan awam terjun bangunan dan membunuh diri kerana terseksa dengan kehidupan di dunia. Adakah para menteri sekelian mahukan itu? Para menteri sekelian tentu tidak kisah elaun sara hidup kami dimansuhkan, kerana para menteri sendiri menikmati berbagai jenis elaun. Hinggakan isi minyak pun boleh claim lagi. Kami kakitangan awam cuma mengharapkan pada gaji sahaja untuk menyara kehidupan kami. Kami kakitangan semua menuntut…

JANGAN MANSUHKAN ELAUN SARA HIDUP KAMI!! DAN KAMI JUGA MINTA GAJI KAMI DINAIKKAN!!

Kami kakitangan awam juga ingin mengingatkan kepada kerajaan…

KAMI BUKAN KULI!! KAMI JUGA BUKAN HAMBA ABDI!!

Dan pesanan terakhir…

JANGAN BUAT KAMI HILANG KESABARAN!! INGATLAH KAMI JUGA RAKYAT!! KAMI YANG MENENTUKAN KERAJAAN MANA YANG BERHAK KAMI PILIH!!

Newer Entries