Gereja Katholik seret Al-Islam ke balai

Tinggalkan komen

Roti suci yang diberi makan kepada penganut Kristian menjadi isu besar terhadap wartawan Al-Islam yang menyamar untuk menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.

Dalam satu laporan polis minggu lalu terhadap majalah bulanan tersebut, dua penganut Kristian turut meminta roti putih itu dikembalikan kepada pihak gereja.

Dalam artikel “Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad” yang diterbitkan dalam edisi Mei lalu, roti tersebut diluahkan dari mulut penulis untuk diambil foto.

Dalam aduan Joachim Francis Xavier dan rakannya Sudhagaran Stanley di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, tindakan wartawan lelaki tersebut juga dianggap menghina Katholik.

“Perbuatan dua lelaki ini iaitu meninjau di dalam gereja, menerima roti putih ini (daripada paderi), meludah keluar roti putih tersebut bagi tujuan mengambil gambar dan kemudian menulis mengenai pengalaman tersebut dalam majalah Al-Islam merupakan perbuatan yang amat menghinakan kepada umat Katholik dan berprovokasi,” aduan polis 8 Julai lalu dipetik.

“Kami juga meminta polis supaya pihak Al-Islam mengembalikan secepat mungkin roti putih tersebut kepada pihak atasan gereja.”

Mereka juga dilaporkan mendakwa perbuatan wartawan itu sebagai “pencerobohan” satu majlis keagamaan di gereja dan boleh dianggap mempermain-mainkan ajaran agama tersebut.

Joachim memberitahu Malaysiakini dalam program video “Citizen Journalism” semalam, wartawan itu hadir di gereja dengan tanggapan yang salah.

“Isunya ialah mereka mengintip tentang aktiviti gereja yang pada sangkaan mereka menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam tertentu kepada agama Kristian,” katanya.

“Jadi mereka datang dalam keadaan andaian yang salah, (dan membuat) laporan salah. Bukan itu sahaja malah mereka juga tidak memahami maksud tubuh Isa.”

Sementara Sudhagaran, ditemubual dalam video “Police report against Al-Islam”, berkata setelah membelek-belek majalah tersebut, beliau rasa terkejut dan marah dengan gambar roti suci di majalah tersebut sehingga mendorongnya dan Joachim membuat aduan polis.

Artikel Muhammad Ridhwan Abdul Jalil tentang pengalamannya di dua gereja, termasuk sebuah dekat Puduraya, dimuatkan di halaman 28-30 edisi Mei yang menfokuskan isu “Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad”.

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

“Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui.

“Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir,” artikel itu dipetik.

Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

“Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir.

“Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati,” tulis Muhammad Ridhwan.

“Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu.”

Sumber: Malaysiakini

Ini satu lagi gerakan cuba memurtadkan pelajar-pelajar Islam. Bagi gereja tersebut tindakan wartawan Al-Islam menghina agama Katholik. Tetapi mereka tidak sedar, bahawa tindakan mereka memurtadkan pelajar-pelajar melayu beragama Islam lebih menghina Agama Islam. Mereka ingat negara Malaysia ni demokrasi, mereka boleh melakukan sesuka hati? Malah tindakan untuk menggunakan nama Allah dalam anutan mereka juga lebih jelas menghina Agama Islam. Marilah sama-sama kita menentang pemurtadan orang Islam.

Hadi Awang cakap berbelit macam ular

Tinggalkan komen

Parti tidak tentukan kedudukan akidah: Hadi

KUALA KRAI: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengaku parti itu tidak boleh menentukan kedudukan akidah mana-mana pihak termasuk Umno, walaupun sesetengah pemimpinnya menganggap lawan mereka itu sebagai tidak Islam.

“Kita tidak boleh menentukan akidah seseorang, yang penting sikap dan tindakan mereka mestilah bersifat Islam. Kita adalah satu bangsa dan satu agama.

“Kita berharap saudara kita daripada Umno kembali ke pangkal jalan. Kita mestilah melaksanakan Islam seperti diperintahkan dalam al-Quran dan hadis,” katanya kepada media selepas berceramah di Cuchoh Puteri A, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran BN terhadap Pas supaya pemimpin parti itu membuktikan di mana tidak Islamnya Umno berbanding Pas ekoran sikap pemimpin Pas sering menuduh Umno sebagai tidak Islam.

Berikutan itu, Abdul Hadi berkata, Pas akan sentiasa membuka pintu untuk berbincang dengan Umno selaras tuntutan Islam dan hadis.

“Walaupun mempunyai kerjasama dan ikatan dalam Pakatan Rakyat, Pas dibenarkan untuk berbincang dengan semua pihak, termasuk Umno. Berikutan itu, kita mahu ruang ini dibuka dan pada masa sama, media memberi laporan adil serta ikut sama menjelaskan Islam itu sendiri daripada perspektif kami,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Hadi Awang pada mulanya mengakui PAS tidak boleh menentukan kedudukan akidah mana-mana pihak, terutamanya UMNO. Tapi pada masa yang sama beliau cuba menyatakan bahawa UMNO sesat dan lari dari tuntutan Islam serta hadis. Cakap berbelit-belit. Macam ular… Maka memang layak pun digelar sebagai ular-mak… Apapun jika Hadi mahu media menjelaskan Islam dari segi perspektif PAS. Maka akan ramailah umat Islam di Malaysia terus disesatkan geng-geng ajaran sesat PAS ini…

Jangan sebut perkataan ini di Manek Urai kerana anda mungkin dianggap menghina!

Tinggalkan komen

Bukan perlekeh tapi sikap Pas mudah melatah

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA KRAI 1 Julai – “Pemborong ikan dan tiada pendidikan tinggi”. Jangan sebut perkataan ini di Manek Urai kerana anda mungkin dianggap menghina!

Segalanya bermula apabila akhbar ini melaporkan Pas mungkin memilih seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Laporan itu dibuat sehari sebelum Pas secara rasminya mengumumkan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, yang lebih mesra disapa Abe Uji sebagai calonnya.

Tiga hari kemudian, ia makin menjadi hangat apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mengulangi kejutan 2004.

Tuan Aziz sebelum ini seorang Pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Muhyiddin menyatakan “Calon kita bukan pemborong ikan” sewaktu memperkenalkan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.

Lantaran itu, Pas dalam ceramahnya menjaja tuduhan bahawa BN telah menghina ‘pemborong ikan’ calonnya lulusan sekolah rendah dan pondok.

Ia semakin memuncak apabila Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan dituduh merendahkan Mohd. Fauzi apabila menyebutnya sebagai peraih ikan dalam satu ceramah.

Berikutan itu petang Jumaat lalu, kira-kira 200 ahli Persatuan Pemborong dan Peniaga Ikan berhimpun di Pasar Laloh untuk menyatakan bantahan.

Perhimpunan itu turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu kerap berada di Manek Urai – satu senario berbeza sewaktu Pas mendepani mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini.

Bagi Pas, jangan samakan peraih dengan pemborong ikan. Ahmad pula dalam reaksi balas berkata, bantahan bahawa Mohd. Fauzi bukan peraih tetapi pemborong dengan sendirinya menunjukkan parti itu merendahkan peraih.

“Eloklah mereka bantah, bagi saya usahawan, pemborong, peraih peniaga dan tauke membawa maksud yang sama. Saya tiada niat memperlekehkan siapa,” tegasnya.

Sementara itu, Muhyiddin sewaktu berceramah di kubu kuat Pas, Kampung Manek Urai Lama yang juga kejiranan Allahyarham Ismail Yaakob menegaskan beliau tidak pernah berniat merendahkan Mohd. Fauzi.

“Bila saya perkecil penjual ikan? Saya dulu Menteri Pertanian, saya memang jaga penggerak industri perikanan, baik nelayan, penternak mahupun penjual ikan, mereka ada peranan.

“Saya cuma sebut calon kita bukan penjual ikan, betul tak? Itu saja… bukan kita perkecilkan malah kita hormat dia, orang sini pun kenal dia,” katanya.

Itulah faktanya. Rakyat di Manek Urai mengenali siapa Mohd. Fauzi – dengan identiti seorang pemborong ikan yang berjaya dan disegani malah dikatakan mampu memegang stereng kereta mewah buatan Jerman.

Malah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed turut mengakui calon Pas itu adalah peniaga yang berjaya dalam satu sidang akhbarnya.

Menjadi persoalan, kenapa Pas begitu melatah hanya kerana isu pemborong ikan dan adakah Pas yang sebenarnya beranggapan karier itu rendah martabatnya?

Pas turut mempamerkan sikap terlebih sensitif apabila pemimpin BN membandingkan tahap pendidikan kedua-dua calon. Kata mereka, itu juga merendahkan Mohd. Fauzi.

Sebenarnya tiada apa yang perlu digusarkan kerana sejarah menunjukkan parti itu tidak pernah mempertaruhkan calon berpendidikan tinggi di DUN Manek Urai kecuali Datuk Ariffin Said pada 1982.

Itupun, Pas hanya tewas sekali sahaja ditangan BN pada 2004 sebelum merampasnya semula tahun lalu.

Mengulas mengenainya, Muhyiddin berkata Islam sendiri amat menitikberatkan ilmu pengetahuan sambil memetik sepotong ayat yang antaranya bermaksud:

“Katakanlah oleh mu wahai Muhammad, adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu.”

Malah Mohd. Fauzi juga tidak menolak bahawa mempunyai ilmu yang tinggi adalah lebih baik.

Jika tidak apa perlunya anak sulungnya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM)?

PAS, biasalah suka mereka-reka cerita dan pandai mencipta fitnah. Itulah konsep Menghalalkan Cara yang mereka agung-agungkan. Konsep Menghalalkan Cara ini agak berbeza dengan konsep 1 Malaysia yang canang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Jika konsep 1 Malaysia lebih banyak mesra kepada rakyat, konsep Menghalalkan Cara pula lebih kepada mesra kepada dosa dan mungkar. Bagi PAS tak kisah nak tabur se-kontena fitnah dan se-kapal mana hasutan, bagi mereka itu bukan satu dosa. Ye lah bagi mereka, memfitnah BN tak menjadi satu dosa sebab BN musuh mereka. Inilah sikap PAS, hasil didikan dan asuhan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang kononnya memperjuangkan Islam, tapi pada masa yang sama menimbun-nimbunkan lagi dosa. Ditambah lagi dengan dosa menghasut pengikut-pengikut mereka melakukan rusuhan. PAS akan gunakan pelbagai cara untuk menang, termasuklah menjual maruah Agama Islam. PAS sanggup, sekiranya ditawarkan oleh DAP dan PKR untuk berbuat demikian.

Adakah ini melambangkan Islam?

5 Komen

Aku nak tanya koranglah, adakah dengan memakai serban, maka kita layak berbicara tentang Islam? Kita layak menjatuhkan hukum-hakam? Kita layak mengeluarkan fatwa?
Adakah serban ini melambangkan seseorang itu boleh menganggap dia lebih Islam dari orang lain?

Apakah bezanya serban, kopiah dan songkok? Adakah songkok hanya layak dipakai oleh orang UMNO sahaja? Orang PAS sahaja yang layak memakai serban dan kopiah? Adakah dengan memakai serban dan kopiah menentukan bahawa seseorang itu layak mendapat jaminan syurga berbanding orang yang memakai songkok? Inilah hakikatnya PAS sekarang. Islam pada mereka terletak pada serban dan kopiah yang mereka pakai.

Hai nasiblah bagi mereka yang memakai songkok, mungkin tak cium bau syurga gamaknya. Itulah yang selalu didendangkan oleh pengikut-pengikut PAS yang tolol dan dungu. Mereka percaya 250% apa yang dikatakan pemimpin mereka. Jika pemimpin mereka mengaku Rasul baru pun mereka percaya… Entahlah… Agama Islam dijadikan alat permainan politik… Menjijikkan sekali perbuatan mereka yang pada anggapan perbuatan mereka itu sangat suci.

Umat Islam hilang ketuanan jika biar perpecahan – Harussani

Tinggalkan komen

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka.

Sambil mengaitkannya dengan keadaan politik semasa, beliau berkata, keadaan itu tidak harus berlaku kerana ajaran Islam menyarankan supaya semua penganutnya bersatu.

Katanya, semua umat Islam perlu melihat kembali dua perkara utama dalam ajaran Islam iaitu rukun iman yang menyentuh kepada pembentukan sahsiah manakala rukun Islam berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.

“Jika umat Islam terlalu suka merebut perkara yang melibatkan kebendaan, maka perpecahan akan berlaku. Keadaan ini dilihat berlaku di Malaysia dan negara lain di seluruh dunia pada hari ini.

“Sekiranya perpecahan ini dibiarkan berlaku sedikit demi sedikit, umat Islam mungkin akan hilang ketuanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku ‘Rahsia Khazanah Ilmu Pyracosmic’ (tenaga alam semesta) terbitan syarikat jualan barangan kesihatan, Pyracosmic mengenai kaedah-kaedah rawatan dan rahsia penyembuhan alam Melayu yang diolah selaras dengan firman-firman Allah S.W.T dalam al-Quran.

Tambah Harussani, perbezaan pendapat tidak salah dan menyifatkan ia merupakan satu rahmat yang dapat membawa kepada pembangunan negara.

Bagaimanapun, perbezaan pendapat daripada pihak-pihak tertentu sehingga membawa kepada perpecahan adalah tidak wajar kerana ia boleh merosakkan masa depan negara.

“Kalau tidak ada perbezaan pendapat, tidak ada pembangunan. Tapi jangan sampai perbezaan itu boleh memberi kesan kepada perpecahan masyarakat.

“Maka sebab itu, perbezaan pendapat ini harus disalurkan melalui kaedah syura (perbincangan) supaya permasalahan itu diselesaikan dengan cara yang baik,” jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, Harussani yang ditanya mengenai tanggungjawab umat Islam menangani penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) berkata, kerajaan perlu bertindak lebih tegas dengan tidak membenarkan rakyat negara ini keluar atau melawat negara yang dijangkiti virus itu untuk sementara waktu.

Malah, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan rakyat negara ini yang berada di negara yang dijangkiti virus berkenaan supaya tidak pulang ke Malaysia sehingga wabak itu benar-benar dikawal.

“Dalam sibuk-sibuk (bertindak bagi mengekang penularan wabak itu di negara ini) kita masih juga benarkan orang balik. Itu sebab kes meningkat setiap hari sampai berpuluh-puluh kes sehari.

“Orang Islam yang tak makan babi pun, terkena jangkitan selesema babi,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sekalung tahniah buat Mufti Perak, Tan Sri Harussani, atas gelaran Tan Sri yang dikurniakan. Diharap Tan Sri Harussani terus berjuang menegakkan kebenaran. Apapun perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia sekarang ini, didalangi oleh orang bukan Islam yang memanipulasi orang Islam agar salin bermusuhan.

Newer Entries