Fatwa-Fatwa Dangkal Dari Mulut Pas – Part 1

Tinggalkan komen

Marilah kita sama-sama perhatikan statement-statement di bawah berikut ini, terpulanglah kepada kita untuk memuhasabah diri masing-masing (terutamanya buat pendukung-pendukung PAS),

1 – PAS Mendakwa: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan calon-calon DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

2 – PAS Mendakwa: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

3 – PAS Mendakwa: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi…”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan mereka menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carslberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. PAS marahkan UMNO atau marahkan kemungkaran?
Dato’ Dr.Hasan Ali menyatakan PAS tidak pernah berjanji nak hapuskan kilang arak dan judi. Beliau juga mencabar sesiapa dapat buktikan pemimpin PAS pernah membuat janji sedemikian. (Utusan m.s 15, 27 Mei 08)

4 – PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan babi’.

5 – PAS Mendakwa: Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Mahathir bukan Pak Lah”.

6 – Ketika Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7 – Ketika Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan pelbagai lagi tuduhan, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8 – PAS Mendakwa: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9 – PAS Mendakwa: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA…

10 – PAS Mendakwa: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah Mendakwa: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

Terima Kasih: Blog Pemuda UMNO Bhgn Jasin

Azizan baru sedar tembelang DAP?

Tinggalkan komen

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 4 Julai – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas DAP Kedah kerana didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan negeri selain bertindak seolah-olah hanya parti itu sahaja yang berjuang untuk kaum Cina di negeri ini.

Malah, beliau membayangkan tindakan pemimpin DAP itu berkemungkinan sengaja mahu mencetuskan isu perkauman di samping menimbulkan perasaan kebencian pelbagai kaum terhadap beliau sebagai ketua kerajaan negeri.

Katanya, dakwaan DAP Kedah menerusi pengerusinya, Thomas Su bahawa kerajaan negeri merancang merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong Cina tidak berasas sama sekali kerana beliau sendiri tidak tahu-menahu mengenainya.

“Saya tidak kata fitnah, tapi rakyat boleh menilainya. Saya sebagai Menteri Besar Kedah sendiri tidak tahu, Setiausaha Kerajaan Negeri tidak tahu. Tiba-tiba dia boleh beritahu kepada orang.

“Mungkin lagi satu dia nak cetuskan bagi kebencian pelbagai kaum kepada saya, mungkinlah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Siswa Diploma Kelas 2009 di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas di sini hari ini.

Menteri Besar mengulas dakwaan Thomas semalam bahawa kerajaan negeri pakatan pembangkang pimpinan Pas bukan saja merobohkan pusat penyembelihan babi tetapi merancang untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong Cina.

Dalam pada itu, ditanya adakah dakwaan dan tindakan DAP Kedah itu kerana sengaja hendak menimbulkan isu perkauman, Azizan berkata:

“Mungkin juga, berkemungkinan. Sedangkan DAP mengatakan dia berjuang bukan untuk satu puak (tetapi untuk) semua rakyat Malaysia. Jadi tindakan dia kali ini nampaknya berlainan dengan dasar dia.”

Azizan turut mengingatkan DAP supaya tidak berasakan parti itu sahaja yang berjuang untuk kaum Cina tetapi parti-parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), MCA dan Gerakan turut mewakili kaum tersebut.

Sementara itu, beliau memberitahu, sejak isu mengenai DAP Kedah keluar pakatan pembangkang di negeri ini diperkatakan Rabu lalu, pihaknya belum menemui kepimpinan parti berkenaan dan hanya mengetahui perkembangannya menerusi laporan media.

Azizan menambah beliau juga tidak tahu mengenai wakil tunggal DAP di negeri ini, Lee Guak Aik mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkecuali kerana tiada sebarang mesyuarat antara mereka diadakan setakat ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Hai Azizan baru tersedar dari buaian mimpi indah pabila tidur sebantal dengan DAP. Setelah kentut DAP yang berbau seperti telur tembelang itu terburai keluar. Takkan sekarang baru sedar kot? Kenapa dari awal tak sedar?

DAP sengaja cetus isu perkauman?

Tinggalkan komen

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan DAP Kedah, yang kononnya kerajaan negeri akan merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina di negeri itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sengaja ingin mencetuskan isu perkauman.

Azizan berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah membincangkan tentang perkara merobohkan mana-mana tokong atau kuil di Kedah.

“DAP kata dia berjuang untuk semua kaum tapi kali ni nampak sengaja nak cetuskan isu perkauman sebab Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan dan majlis bandaraya pun tak pernah tau pasal perkara ini, tiba-tiba dia orang (merujuk Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su) boleh tau,” katanya ketika ditemui pemberita di Alor Star hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Thomas di Ipoh semalam yang mendakwa kerja-kerja merobohkan beberapa kuil dan tokong di kawasan Alor Star telah diluluskan oleh MBAS, lapor Bernama.

Sehubungan itu, katanya semua ahli majlis tempatan dan ketua kampung DAP Kedah meletak jawatan serta merta.

Mengenai pengumuman DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu, Azizan berkata sehingga hari ini masih belum ada wakil daripada parti itu datang bertemu dengannya untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Saya cuma tahu DAP nak keluar pakatan daripada akhbar sahaja. Perkara ini boleh dibincangkan secara keluarga, tapi dibesar-besarkan dan ia tak wajar berlaku.

“DAP jangan ingat dia saja mewakili kaum Cina… MCA, PKR dan Gerakan pun wakil kaum Cina juga, saya tak nak bergaduh dengan Cina, apa sahaja bantuan semua dah bagi, kat DAP pun semua bantuan bagi, tak tau tak puas hati kat mana,” katanya.

Lim nak jumpa MB

Rabu lalu, Su mengumumkan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak puas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu yang merobohkan
pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di Alor Star.

Sementara itu, pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang dilaporkan oleh Bernama sebagai bderkata, ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dengan kepimpinan kerajaan negeri itu akan cuba diselesaikan di peringkat negeri.

Sehubungan itu, katanya, beliau sendiri akan berjumpa dengan menteri besar untuk membincangkan tentang perkara itu secepat mungkin.

“Saya akan berjumpa dengan menteri besar dan merangka (penyelesaian) untuk
mengatasi masalah ini supaya kerajaan pakatan dapat diperkukuhkan.

“Kalau tak dapat selesai di peringkat negeri, seluruh Malaysia pun akan bertanya adakah pakatan boleh jadi pilihan yang kredibel,” katanya dalam sidang media di Alor Star hari ini.

Katanya, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri itu.

“Isu penutupan tempat penyembelihan babi itu cuma salah satu sebab. Selain itu mereka juga mendakwa pandangan atau pendapat DAP di Kedah tidak diambil kira…apa saja masalah yang dihadapi seeloknya diselesaikan di peringkat negeri,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan DAP Kedah untuk keluar dari Pakatan Rakyat, Lim berkata “Sama ada saya setuju atau tidak, itu perkara lain”.

Katanya, apa sahaja masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik kerana ia bukan hanya melibatkan DAP dan PAS tetapi sebaliknya semua parti dalam Pakatan. Sumber: Malaysiakini

Aku malas nak komen banyak-banyak. Yang pasti Pakatan rakyat di Kedah semakin goyah.

Anwar kata lain, DAP kata lain.

2 Komen

Hai macam-macam hal terjadi pada Kera-Jaan Fuckatan Riot Kedah nih. La ni kes DAP Kedah nak keluar dari pakatan. Puncanya berkemungkinan dari isu seekor binatang yang dipanggil BABI ataupun KHINZIR ataupun TONYOK ataupun KERBAU PENDEK…. Apa-apa sahaja nama yang berkaitan, sama sahaja. Babi tetap babi. Tapi ada pulak kenyataan yang cukup menggelikan hati dari Anwar yang mengatakan isu tersebut hanya diperbesar-besarkan media. Sebenarnya Anwar cuma takut media menyiarkan kepincangan Fuckatan Riot ni. Ye lah bila dah pincang, maka tergugat lah Anwar. Kalau tak percaya sila baca berita di bawah ini:


BUKTI…Lee menunjukkan keratan akhbar isu pusat
penyembelihan babi menyebabkan beliau keluar dari Pakatan
Rakyat Kedah

ALOR STAR: Parti DAP Kedah, semalam membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah pimpinan Pas berikutan kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa tidak mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang mengutamakan keadilan dan kebajikan rakyat.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar diadakan di sini, petang semalam dan pihaknya sudah menghantar surat berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat serta memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Sekiranya Jawatankuasa Tertinggi parti menerima keputusan itu, satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah iaitu Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Darulaman akan diisytiharkan sebagai Adun Bebas.

“Selain itu, tiga ahli majlis dan 43 ketua komuniti dari DAP di negeri ini akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Keputusan mengejutkan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan kerajaan negeri yang tidak mengendahkan rayuan mereka untuk menangguhkan kerja meroboh dan memindahkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini petang semalam.

Pusat penyembelihan babi itu yang mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan penduduk berhampiran sejak 30 tahun lalu sepatutnya diroboh awal bulan lalu ditangguhkan sebulan sehingga semalam bagi memberi peluang kepada pengusaha mencari lokasi baru.

Bagaimanapun, usaha DAP mencadangkan enam lokasi baru kepada kerajaan negeri baru-baru ini ditolak.

Malah, DAP turut kecewa apabila janji Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk membawa perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dalam pertemuan mereka kelmarin tidak dilaksanakan apabila ia tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Exco, semalam.

Su berkata, mereka bukan menentang kerja merobohkan pusat penyembelihan itu, malah menyokongnya kerana kawasan itu tidak lagi sesuai selain mengambil kira sensitiviti penduduk di situ.

“Apa yang kami mahukan ialah keadilan dan kebajikan 25 pengusaha yang beroperasi di pusat penyembelihan itu. Kelewatan mendapatkan lokasi baru menyebabkan mereka mengalami kerugian selain menjejaskan bekalan daging haiwan berkenaan di negeri ini.

“Ini juga bukan soal perkauman, tetapi adalah keadilan dan hak rakyat. Jika kawasan itu pusat penyembelihan lembu dan keadaannya sama seperti itu, kami juga akan bantah,” katanya.

Terdahulu, kerja meroboh pusat penyembelihan itu oleh MBAS cuba dihalang Su serta kira-kira 20 ahli DAP.

Su berkata, kekecewaan DAP Kedah terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak prihatin dengan keadilan untuk rakyat dengan pelaksanaan dasar baru pemilikan rumah iaitu kuota Bumiputera dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus dan isu perobohan kuil serta tokong di Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan Jalan Tanjung Bendahara, di sini yang didakwa sudah diluluskan MBAS.

Katanya, keputusan itu juga dibuat kerana berasakan suara DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dipinggirkan sejak memenangi pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Sementara itu, Azizan ketika dihubungi, berkata DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belit isu itu dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

Sumber: Harian Metro 3 Julai 2009

Dah terang-terang dia tunjuk kat paper tu, so apa lagi yang nak dikata? Encik Anwar, what say you atau you say aku?

Anwar salahkan media, nafi DAP Kedah keluar PR

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

“Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, semalam.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Anwar berkata, beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan keluar daripada PR kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan merobohkan satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Sementara itu. Pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

“Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita,” katanya.

Bagi Penasihat DAP, Lim Kit Siang, beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Sumber: Sinar Harian 3 Julai 2009

Newer Entries